Monday, December 06, 2010

MRI : Makan Roti Inti

Salam suma!

Setelah berpraktikal dekat Hospital Taiping sekian lama, akhirnya saya kembali menggegarkan Ipoh! HAHA. Eceh. Kembali sebab kena praktikal. Selepas exam, ada lagi mimggu yang kena praktikal. *menanges teresak-esak tepi ambulans* Dengan penuh ketidakrelaan, saya melangkah jua pergi walaupun hati meronta-ronta tak mahu. Ehem. Amacam ayat saya guna? Romantik tak? HAHA.

Untuk minggu kedua, saya kena duty dekat MRI. Ini merupakan kali pertama dalam hidup jejak kaki kat bilik MRI. Dan kali pertama dalam hidup, saya paham amenda yang saya tulis dalam assignment yang berkaitan dengan MRI. Phew.

Lantaran nak sangat balik awal, kami ganti siap-siap praktikal. Petang hari terakhir, tak ada patient. Yang ada pun patient dari wad dan patient tersebut guna MRI baru.

Bila tak ada kes... maknanya ...

Jeng jeng jeng.

Kami tolong bukak plastik kerusi baru dan kira kerusi. Lepas abes buat keja, main kerusi baru. Duduk atas kerusi then tolak. HAHA.

Kerusi ni serius best bila guna. Nak buat lumba naik kerusi kemudian tolak pun best. Pemenang dikira sapa sampai dulu. HAHA. Memang lah best bila guna. Barang baru. Bau kedai pun tak hilang lagi.

Farah dan Maya Karin kiut lah. Sapa lah diriku disamping mereka. Eceh. Maya, awak menggoda lah. Hik hik hik. Nak saaaiiin ~

Ingat senang ke nak bukak plastik kat kerusi? Mau berdarah jugak jari tercucuk blade yang guna tuk bukak plastik kat kerusi. Saya jugak berpeluang untuk tengok tangki oxygen yang terlekat kat MRI. Woohoo. Kecik saiznya tapi berat macam kontena. Sedangkan tangki oxygen pun boleh tertarik masuk dalam MRI ce bayangkan kalau besi dalam badan anda kena tarik? HEHE. 

No comments: