Sunday, December 12, 2010

Itchy itchy itchy

Salam Suma!

Al kisahnya pada satu hari, saya pergi berkebun. Tak ada lah berkebun sangat. Lebih kepada aktiviti mencabut rumput. Mula-mula rasa tak best. Tapi geram tengok rumput-rumput yang ada. Abes botak tanah saya kerjakan. HAHA. Masuk saja dalam rumah, pengembaraan baru bermula.

Tangan dan kaki mula rasa gatal dan bintik-bintik merah mula naik dengan galaknya. Mandi pun tak hilang rasa gatal dan bintik-bintik tu. Sekali tengok macam tangan saya lagi. 14 kali tengok macam ada corak polka dot kat tangan. 38 kali tengok dan belek tangan sendiri dah macam kain cotton kat Nagoya pun ada jugak. Nak kata alergi, takkan saya alergi pada rumput dan tanah? Haish. Nehi nehi nehi. Sebelum mandi punyalah tekun membelek tangan dan kaki yang ada bintik merah macam tersangat kagum dengan diri sendiri sebab boleh ada bintik merah. HAHA. 

Dulu pun pernah jadi macam ini jugak sampai Kak Lin suspek saya ada measles. HAHA. Masa tu ada di kampung. Bila bangun daripada tido, bintik merah dah naik kat tangan dan kaki. Macam kena love bite dengan serangga mana entah. Masa tu tak pergi redah semak-samun suma. Dekat seminggu baru hilang bintik merah. 

Disebabkan sangat gatal, saya letak Calamine cream

Gadis cantik dan Calamine cream. Dengan menyapu krim ini, anda akan bertukar menjadi gadis cantik. HAHA. Lagi hebat jampi Fairy Godmother. Tapi sesungguhnya ia tak akan jadi. Ia cuma membantu anda mendapatkan kembali kulit anda yang cantik serta bebas daripada bintik merah macam kain cotton kat Nagoya.

Tak susah nak bawak krim ini ke mana-mana. Saiznya lagi kecik daripada perfume Anna Sui tapi bau tak macam perfume Anna Sui. Abes tu bau macam mana? Bau-bau bacang? Sudah semestinya bau Calamine cream. HAHA. Tapi tak ada lah bau busuk macam sesetengah krim.

Bila tak boleh tido sebab bintik merah buat mogok dengan bagi rasa gatal tak terperi, saya sapu krim ni kat tempat berlakunya demonstasi itu. Dalam beberapa minit, berkurang rasa gatal.

Selain daripada itu, Aveeno jugak ada keluarkan krim untuk mengatasi masalah bintik merah yang sesuka hati tumit kaki wujud di kulit anda. 

Calamine jugak datang dalam bentuk lotion dan cream. Saya lagi prefer cream. Untuk Calamine yang saya gunakan, cream nya jenis tahan lasak. Tak mudah pudar atau tercalit pada baju atau cadar. Kalau jenis yang datang dalam bentuk liquid, agak manja sikit. Agak mudah tercalit. Kang tak pasal-pasal abes teddy dengan bantal busuk terkena. Dah macam tepung gomak jadinya. HAHA

Ada jugak yang pakai bila kena chickenpox atau measles. Masa saya kena measles, ada jugak rasanya saya pakai untuk bagi hilang rasa gatal selain daripada guna Dettol.

Hari kedua setelah guna, bintik-bintik merah dan rasa gatal semakin berkurangan. :)

No comments: