Friday, December 17, 2010

Hari ini saya buat ...

Masak bihun sup . HEHE
Seronok dapat makan bihun sup yang mak masak. Rasa sedap dan nikmat semester alam daripada makan kat Secret Recipe. Air tangan mak yang penuh kasih sayang. Bagi saya, ini merupakan masakan yang mudah dan sedap. Kalau tak tahu nak masak apa, masak bihun sup pun dah okay. Bagi saya lah. Mungkin ini merupakan kegemaran saya. Makan bihun sup untuk seminggu pun tak apa. Patut lah badan bun macam bihun. HAHA.

Setakat ini, bihun sup yang mak buat adalah terbaik atau yang homemade. Bukannya dekat kedai makan. Selalunya bihun yang saya pernah makan di restauran atau gerai memang tak memenuhi citarasa atau fail. Heeh. Sebab apa saya kata fail:

  1. Kuah tak brapa nak umph. Ada kuah yang ceroi ada yang pekat. Haish.
  2. Ada bahan-bahan yang menyebabkan bihun sup tersebut tidak asli. Contohnya letak karot, bunga kobis dan telur. Eeeuuw. Kalau dah letak tu makan jugak lah. Setiap sayo dan telur yang ada tu duit. Oleh itu, jangan membazir. Suma tu duit. Lagipun membazir Tuhan tak suka. Amalan syaitonirrajim.
  3. Kedekut ayam. Padahal letak ayam bandaraya metropolitan. Siap bela pakai guna botox lagi. Haish.
  4. Sambal tak sedap. Saya pun tak pasti orang lain panggil apa. Saya panggil sambal saja. Alar alar. Yang cabai melaka campur dengan bawang putih dan campur dengan kicap tu. Kalau sapa-sapa tahu nama sebenar sambal ni, meh lah bagitahu saya. Besa lah tu. Pandai makan tapi tak tahu nama makanan.
  5. Kedekut bahan dalam bihun sup. Sudah lah kedekut ayam, menda alah macam tauhu dengan daun bawang pun kedekut jugak. Haish. Takkan harga tauhu dengan daun bawang pun naik jugak. Tak kena pi ligan tauhu dengan daun bawang pun kalau nak masak.
Buat bihun sup kat rumah memang puas hati. Boleh letak banyak. Boleh makan banyak. Sebab nak makan homemade bihun sup, saya turut bagi sumbangan dengan membuat sambal. Walaupun pedas yang amat sampai boleh mengalir air mata, tapi sedap. Besa lah. Makin pedas makin sedap.



Cuci-cuci
Tengok cuaca elok saja harini, akhirnya princess pun keluar untuk pergi mencuci rumah sebelah. HAHA. Sebelum pegang tender buat air dan pisang goreng untuk mak abah bila petang. Rumah memang kotor. Bila hujan abes lecah depan rumah sebelah. Dengan penuh tekun, buang selut kat laluan untuk masuk dalam rumah. Bila hujan tak kotor sangat. Suratkhabar dan buku-buku yang dah tak guna ikat untuk dijual. Ehem. Tak sabo nak deco bilik nanti. Maybe something like this;

Saya suka tengok kaler bilik ni. Lembut dan tenang. Hiasan dalam bilik simple dan tak serabut. Sesuai untuk junior babygirl (Amiin) Kalau dapat junior hero, serahkan pada papa mereka untuk deco. HAHA. Aik. Mereka? Semoga dimurahkan rezeki :)

Cadar katil yang comel. I like ~ Ada jugak survey untuk cadar design macam ni tapi setakat ni tak jumpa lagi.  

 White and turquoise. I think I want these colours to be the theme. In da future. On dat day :)

I love vintage. 

Tak tahu bila boleh mula sepenuhnya. Sekarang dah start buat sikit-sikit apa yang patut. Nanti, di masa depan, bila saya dah bekerja dan sudah sampai masanya (InsyaAllah), saya akan buat seperti apa yang saya dah rancang.


Menukar baju.
Selepas mandi, saya pun menukar baju ...... (sila isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai) HAHA. Lepas tempek 4 kilo krim kewanitaan, saya pergi mengadap kotak bergambo boleh lipat. Pergi tukar baju blog. Rasanya lama sangat dah pakai baju yang sama.  Rasa macam tak berapa nak puas hati tengok layout yang sekarang. Template pun rasa macam tak best. Bila dah mula pening tengok code html suma tu, pergi minum air sirap. Godek punya godek design lepas tu tumpas. Tak tahu nak buat layout macam mana. Pergi minum air sirap dan makan kerepek ubi pedas. Bila dah start macam nak bebai baling bantal busuk pencil case suma, pergi lapor diri kat kapal angkasa. Tido memang ubat yang berkesan untuk hilangkan tensen.


Restaurant City.
Ni pun dah ditukarkan design. Dari dulu meja makan kat tempat yang sama dan furniture yang sama. Mentang-mentang duit banyak, abes pergi berpoya-poya tukar furniture. HAHA.

Ruang kecik sangat. Tak muat nak letak tempat main bowling. HAHA. 

Rasanya macam saya seorang yang gila main game ni. Orang lain tak nampak pun main. Sapa suruh design barang dalam game ni comel sangat. 

Amek kasih sayang.
Hari-hari kena amek. Balik lah. Sudah blushing bila sebut pasal kasih sayang. HAHA.

Entry diari hidup diakhiri dengan pantun dua rangkap;

Pecah kaca pecah gelas;
Sudah baca harap balas. 

No comments: