Saturday, December 04, 2010

Happy Day! Happy Thursday!

Sunrise following our goodbyes
Following the night like you
Disappeared too soon
But it stays
Hear it in the morning waves
Spinning from the night with you
Underneath the half moon
Close my eyes
And you'll still be here with me

Late Night Alumni, Sunrise Come Too Soon

Salam suma!

# 010
Semalam dengan rasminya abes praktikal untuk sem ni. *lap air mata kesyukuran* Walaupun sebenarnya esok baru abes. HAHA. Ganti siap-siap praktikal untuk dua hari. Kiranya praktikal syif pagi dan petang. Petang sekejap saja duty petang. Cuma 3 jam saja berbanding waktu pagi iaitu 5 jam. See? Perbezaan 2 jam sangat bermakna. Kalau naik bas saya dah selamat sampai negeri tercinta.

Masa itu emas. Time is gold. Time is money. Money is everything. (aik? yeker macam tu) Well. Untuk kes-kes istimewa sahaja. Dan tidak untuk membeli wafer perisa strawberi. Contohnya beli wafer kat hospimart. Takkan nak beli guna kasih sayang. Dengan bawak muka kesian, pergi depan kaunter cakap, "Kak, terima lah kasih sayang saya seberat 8 kg sebagai ganti duit untuk bayar wafer ni." Kang tak pasal-pasal muka saya pulak dia lenyek jadi wafer. Menyesal sampai Subuh esok pagi.

#020
Saya dah jadi senior! Maksud saya, super duper senior! Weehuu ~ Lepas ni masuk semester akhir. HAHAHAHA. *muka bangga* Bila dah start cuti, maka tidak ada lagi kelas. Padahal dalam hati, akan merindui suasana belajar. Yup. Akan merinduinya tidak terperi.

#030
Memang pagi ini bangun seawal yang mungkin (dalam catatan rekod bangun pagi di hostel). Sebabnya van akan sampai awal, iaitu pukul 7 pagi. Saya ingat samapi 7.15 pagi. Kelam kabut jugak. Muka tak sempat nak tenyeh dengan krim kewanitaan dan make up. HAHA. Plan untuk berjimat duit untuk disimpan dalam tabung buluh tidak menjadi. Sepatutnya dari hostel terus ke Medan Gopeng tapi tak jadi. Kami naik bas awam depan hospital walhal lagi dekat hostel dengan Medan Gopeng berbanding hospital.

Nasib baik masa sampai hospital bas ada untuk ke Kamdar dan Medan Kid. Phew. Syukur. Tak perlu kami tunggu lama. Sampai depan Kamdar pun tak perlu tunggu lama bas. Jalan pun lengang. Tak ramai orang naik bas which is a good sign for me. Boleh conquer 2 seat bas sekali gus. HAHA.

#040
Sungguh mengejutkan bila dapat tahu yang tiket bas untuk ke Butterworth ada seawal pukul 8 pagi. Woohoo. Sebabnya major bas mula gerak paling awal dalam pukul 8.30 pagi. Dan yang lebih manis sampai boleh kena diabetes, tiket bas terus turun harga macam nangka jatuh ke tanah tak bagi salam. Apa lagi. Berhoyeh-hoyeh depan kaunter lambang teruja yang tidak terperi. Apa lagi. Beli tiket dengan rakus. Saya rakus? Tetiba  tergelak-gelak menggerakkan perutku yg sediakala buncit ini. HAHA.

#050
Salah satu persoalan yang bermain di pikiran saya adalah sapa yang bertuah duduk di sebelah saya. Berdebar-debar jugak tunggu orang naik bas. Siap berdoa ada awek cantik macam Megan Fox duduk sebelah. HAHA. Aik. Bukan selalunya perempuan nak jejaka kacak duduk sebelah? Ehem ehem. Tak mahu lah. Saya nak artis Korea yang kerja kat Langkawi duduk sebelah saya. Hik hik hik.

#060
Buat kali pertama, saya dapat conquer 2 seat dalam bas ekspress *lap air mata keriangan* Ingat senang ke haah nak dapat 2 seat? Selalunya bas yang saya naik mesti full. Tapi pagi ni tak ramai yang nak pergi Butterworth. Seat dalam bas pulak berlebih-lebih. Haish. Tak elok membazir tempat duduk. Baik pergi letak barang. HAHA. Orang yang kat belakang saya guna 3 seat. 1 seat untuk duduk dan 2 seat lagi untuk letak barang. Giler gelojoh amek seat banyak. HAHA. Tapi tengok beg lah. Beg dia lagi beso daripada badan saya.

#070
Saya sampai rumah dalam pukul 11 pagi macam tu. Abah tolong amek saya kat stesen bas. Saya bajet kena naik bas balik rumah. Kalau tahu, nak saja saya bawak balik teddy bear dengan beg baju beso gedabak macam orang selalu bawak pergi haji atau oversea. Tengah hari anta mak pergi bank dulu. Hati memang tak sabo-sabo nak check baki akaun. Harap-harap nombor baki berubah jadi 3 nombor. Ternyata itu bukan mimpi lagi. Elaun dah masuk! Weehuu ~ *dancing around* Bila teringat hutang yang kena bayar, terus menanges teresak-esak tepi ATM.

#080
Petang tu abah buat ayat dah-tahu-jawapan-tapi-tanya-lagi. HAHA. Abah kata nak pi tesco. Ehem ehem. Tesco? Weehuu. Okay okay. Mungkin bagi orang lain ia merupakan tempat yang tak best. Tapi bagi saya, saya suka. HAHA. Suka tengok sayo-sayo yang ada kat situ. Owh ya. Tidak dilupakan ikan-ikan yang dijual. Sebabnya saya ni bukannya ingat sangat nama ikan. Kalau tengok rupa memang kenal, cuma nama saja yang tak tahu. Begitu jugak dengan sayo. Oleh itu, pergi ke Tesco boleh diklasifikasikan sebagai bershopping sambil belajar.

#090
Masa mula-mula masuk MRI dah kena jawab soklan pasal MRI. Aauuww aauuww nyah tak suka lah jawab soklan-soklan ni. Menci tauu ~ Aauuww. Soklannya berkaitan dengan T1, T2, perbezaan MRI dengan CT scan dan lain-lain lagi. Siap ada due date lagi. Duenya hari Jumaat minggu ni. Nak jawab amendanya. Pagi Khamis saya dah lesap. KAHKAHKAHKAHKAH.

#0100
Hari Rabu lepas ramai-ramai pergi timbang berat dekat bilik BMD. Berat turun 2 kg. Hoyeh-hoyeh! *dancing around* Erk? Pekdahnya berhoyeh-hoyeh? Nak kena sambar petir ke haah? HAHA.

#0110
Finally. Kulim dah ada McD. Woohoo. Ini merupakan salah satu kedai idaman kalbu dari zaman kanak-kanak lagi. Tak peduli kalau tak ada Sushi King pun. Mungkin lepas ni Kenny Roger bakal ditubuhkan di sini. Pergh. Ni yang semakin hari semakin sayang Kulim. Muah muah muah untuk Kulim. HAHA.

No comments: