Thursday, November 25, 2010

E-Day :)

Salam suma!

Ehem ehem. Selamat bertunang kepada kazen tersayang, Shieda (Kak Yun) dan pasangannya Azri (Abang Azri) yang telah berlangsung dengan meriahnya pada hari Sabtu, 20 November 2010 di Seksyen 19, Shah Alam.

Lepas paper last exam, terus gerak pergi sana. Phew. Owh ya. Kaler tema majlis adalah purple dan pink.

Mashmallow untuk budak-budak yang datang. Hasil kerja gigih Kak Yun balut riben dan kertas suma tu. Mashmallow pulak adalah hasil kerja gigih lagi cekal kedai yang jual. HAHA.

 HAHA. Ini adalah piramid kasih sayang yang cuba dibina dengan gigih. Last-last tak tahu nak kata jadi bentuk apa. :P

 Ini merupakan barang panas yang menjadi perhatian sapa-sapa yang tengok. Owh ya. Ini bukan halwa betik. Lebih kepada gula keras (saya dah lupa amenda masyarakat awam bagi nama)

 Hantaran daripada pihak perempuan.

 Ehem ehem. Ini tak termasuk dalam senarai hantaran mahupun menu makanan.

Bekas letak cincin

Bunga rampai

Hantaran daripada pihak lelaki :)
Pergh. Banyak tu barang make up yang dia guna. Kalah barang akak Michelle Phan. Tengok berus make up pun dah gerun. HAHA.

Budak kecik sedikit sebanyak menggugat kesabaran saya. Kalau tak sabar, dah lama pipi tembam dia saya cubit bertubi-tubi. Sapa suruh comel sangat. Haish. Dah memang sedia comel, pergi buat lagi muka comel. Memang nak kena ni. Geram wooo.

Lovely :)



P/S : Who next? Ramai kata giliran saya pulak lepas ini. Well. Macam besa. KKM on. MARA on. Saya pun on lah. HAHA

2 comments:

Anonymous said...

Salam..nak tanya kat mana beli halwa betik tu? Boleh tak email kt nurfa.8@gmail.com

Thank uuu! :)

atiq said...

Wasalam. saya pun tak pasti sebab halwa tu orang bagi :)