Friday, December 10, 2010

Did I say I love her?

Salam suma!

Salah satu perkara dalam hidup yang saya tak berapa nak sehati sejiwa atau lapan hati lapan jiwa adalah makeup. Memang kesian kalau tengok tahap kemajuan pengetahuan makeup saya kalau hendak dibandingkan dengan kemajuan selera makan (aik?)

Memang naluri kewanitaan tu dah lama terpendam cuma tak keluar. Masa tengah berpoya-poya dekat Youtube, terjumpa satu channel yang dimiliki oleh seorang akak yang cantik. Phewit phewit. Kenyit mata sikit kat akak cantik Michelle Phan. Michelle Phan merupakan jurucakap bagi produk Lancome. Selain itu, Michelle jugak ada skincare line sendri iaitu IQQU.

Saya sendiri pun tak tahu yang dia pernah wujud kat muka bumi. Yang saya tahu, Sailoormoon memang tak ada kat Malaysia. Masa tengah godek-godek video makeup kat Youtube, terjumpa video yang Michelle Phan buat kat jugak ada buat kat Youtube . Sejak daripada saat tengok, memang terus mengadap video dia. Haish. Dia letak dadah ke haah kat video sampai saya ketagih nak tengok makeup tutorial dia. HAHA.

Michelle Phan


Selain daripada itu, dia jugak ada bagi tutorial macam mana buat DIY skincare. Tak payah pergi Paris pun nak buat penjagaan kulit yang dia tunjuk. Kat Tesco berlambak-lambak. Ce godek-godek kat dapo pun jumpa jugak kecuali sebulan sekali masuk dapo memang cari tak jumpa. HAHA.

Salah satu video tutorial DIY skincare yang Michelle Phan tunjuk untuk buat scrub bagi kulit muka kering;


Dan ini pulak salah satu tutorial makeup yang Michelle Phan tunjuk;


Kalau nak buat makeup Lady Gaga pun dia ada tunjuk. HAHA. Tunggu apa lagi, boleh pi tengok sekarang. Kebanyakkan makeup yang dia guna sudah semestinya Lancome. Kalau dia tetiba guna Silkygirl macam pelik saja. HAHA.

Saya dengan gigih menonton tutorial yang dia buat. Oleh yang demikian, saya terpengaruh untuk mendapatkan barang-barang di bawah ini : 



Dior merupakan salah satu produk makeup yang berjaya menambat hati saya. Tapi saya rasa bukan setakat menambat, abes dia dah rompak. HAHA. Ada sapa-sapa nak hadiah set makeup Dior? Ada tak? Ada tak? T_______T Tak paham bertanya kemudian menanges.

Selain itu, rangkaian perfume Dior tidak mengecewakan. Mulanya saya berkenan jatuh cinta pada perfume Zen oleh Shiseido. Tapi entah macam mana boleh terbeli Dior Addict. Apa yang saya katakan baunya long-lasting. Begitu jugak dengan J'adore. Ini memang perfume peveret Kak Lin. Dah lama tak bau perfume ni  T______T Kalau tengok mesti teringat kat Kak Lin. Sebab dah lama sangat pakai tapi tak abes-abes, saya bagi pada artis Korea kat Langkawi. Kalau rindu, bau saja perfume ni. Saya selalu pakai perfume ini bila pergi shooting drama Korea episode 3. HAHA. Jangan guna perfume saya untuk bunuh nyamuk sudah. Kang abes nyamuk bersuka ria kena sembur dengan minyak wangi.

Tak apa. Nanti saya makan makeup yang ada sekarang lepas tu pergi beli makeup Dior. HAHA.




HAHA. Abes duit elaun sebulan kalau nak beli suma ni. Bila duit tak ada, nak makan apa. Jawabnya nanti makan nasik dengan kuah foundation dan sambal lipgloss. HAHA. Pen tak ada dakwat, guna eyeliner buat assignment. 

Ekceli, banyak tutorial yang ada kat Youtube. Bagi saya, ini merupakan tutorial makeup yang terbaik setakat ini yang saya jumpa. Sebabnya;
  1. step untuk apply makeup yang dia tunjukkan teratur.
  2. tak banyak membebel blah blah blah blah untuk makeup. Yang ada dok jumpa depa dok membebel amenda entah sebelum buat tutorial. Citer pasal kucing sakit perut lah, tadi makan tempoyak lah lepas tu saket perut sampai guling-guling lah dan lain-lain lagi. Haish. 
  3. nampak gambaran jelas macam mana nak apply makeup. 
  4. ada tutorial DIY skincare.
  5. ada review pasal produk yang elok diguna untuk jenis-jenis kulit.
  6. semua di atas. HAHA.
Sapa-sapa yang baru nak belajar makeup, boleh tengok tutorial makeup di http://www.youtube.com/user/MichellePhan.

Enjoy the tutorials! Bye bye :)

No comments: