Wednesday, December 15, 2010

A confession of a broken heart

Salam suma!

Lepas mandi dengan riang ria, tiba-tiba teringat kisah lama. Saya pun tak tahu kenapa mesti lepas mandi baru teringat kisah lama macam yang jadi masa ni. Haish. Nak kata air mandi tadi tukarkan kaler rambut saya jadi kaler pink ke hijau muda ke kelabu ke jadi air milo ke sampai saya murka tak ada pulak. Cuma teringatkan kisah lama.Kisah yang buatkan saya rasa sangat marah. Saya rasa belum pernah saya rasa marah sampai macam ini kepada seseorang. Lebih-lebih kepada seorang kawan. Never. Marah sikit-sikit tu mungkin ada dan tanpa saya sedari dan tidak bermaksud untuk berbuat sedemikian. I did it, I am sorry. It is my bad. T_______T

Kisahnya bermula hanya kerana satu benda. Benda kecik yang tak tahu apa-apa. Benda yang tak boleh bercakap tapi boleh mengeluarkan bunyi yang telah ditetapkan dan lampu lip lap lip lap macam lampu disko.


Privacy
Semua orang ada privacy dan mahukan privacy. Saya menghormati privacy orang lain dan mengharapkan mereka jugak menghormati privacy saya. Menurut seorang kenalan saya, jangan buat apa yang kita tak mahu orang buat kat kita. Begitu jugak saya. Saya jugak berpendapat yang sama seperti kenalan saya. Ia semuanya karma. What goes around comes around.

Ia sepatutnya merupakan hari yang menggembirakan bagi semua umat Islam. Hari untuk kita bermaaf-maafan. Menziarahi saudara-mara dan rakan taulan. Macam masayarakat awam selalu kata lah. Eceh. Saja jer bagitahu lagi. Nak bagi panjang ayat. HAHA. Okay okay. Kita masuk ke perenggan seterusnya.

Tapi hari yang sepatutnya menjadi hari kegembiraan bertukar hari yang memarahkan. Kalau boleh saya hendak baling bekas kuih raya, saya nak saja baling kat dia. Serius. Tapi saya masih lagi boleh kawal rasa marah tu. Dan saya boleh saja hendak tengking, maki hamun dan pukul dia guna jug air oren kalau saya mahu. Tapi saya tak buat macam tu sebab saya masih lagi mahu jaga air mukanya. Kalau boleh, nak saja saya ikat tangan dan kaki dia kemudian campak dalam longkang. Lepas tu baling anak kucing kat dia biar dia kena cakar dengan anak kucing tu. Biaq biaq biaq. Baiklah. Itu lah plan paling jahat yang saya boleh pikir.

Saya tak kedekut
Susah sangat ke nak tanya pada saya kalau nak tahu sesuatu pasal saya? Kalau orang tanya saya akan beritahu, berdasarkan jenis soalan. Nak tahu apa status saya, saya akan beritahu. Nak tahu siapa orangnya, saya akan beritahu. Nak tengok gambo, saya akan tunjuk gambonya yang paling kacak. HAHA. Well, artis Korea mata sepet mana yang tak kacak kan. HAHAHUHUHUHAHUAHUAHUA.

Tapi tak perlulah buat macam tu. Tak boleh ke haah nak mintak elok-elok? Tak perlu buat "rampasan harta" untuk tahu. Mungkin jugak kerana;
  1. saya tak tunjukkan apa yang dia nak tahu di facebook. Contohnya gambo atau ayat yang romantik. Contoh ayat; ke hadapan, belakang, kiri dan kanan kekandaku yang ku rindu, dinda cinta sama kanda. Muah muah muah kanda berjuta-juta lemon. Itu ayat rekaan semata-mata. Tak ada kena mengena dengan sapa-sapa. Kalau ada yang terkena hidung sendiri, ia cuma kebetulan saja.
  2. mungkin dia jeles dengan saya. HAHAHA. Pekdahnya jeles?
  3. mungkin jugak dia sedih saya tak amek peduli pasal dia. 
  4. ketiga-tiga di atas.
  5. semua sebab di atas. HAHA. 
Dengan ini saya tegaskan sekali lagi. Sila hormati privacy orang lain. Tengok kaler ayat pun dah tahu saya jadi sangat garang. Oleh itu saya menulis entry dengan garang. Apa perasaan anda bila perkara privacy anda dicerobohi. Contohnya gambo simpanan peribadi yang anda langsung tak mahu tunjuk pada orang lain seperti gambo insan tersayang atau koleksi gambo buruk. Itu hak saya sama ada untuk kongsi dengan orang lain atau tidak. Ulang taip; ITU HAK SAYA. (abes lah. naga kecik dah mengamuk dan jadi garang. semua, sila takut sekarang. saya paksa. HAHA) Kamon lah. Even girls pun tak buat macam tu. Malah girlfriends saya sendiri tak pernah buat "rampasan harta" macam tu.

Dan saya sendiri tak pernah teringin nak tengok gambo dia. Sikit pun tak. Tak ada pekdanya pun saya tengok gambo insan tersayangnya. Bukannya dapat tipon Blackberry Torch pun kalau tengok. Dan tak akan dapat pun Iphone 4 kalau dia buat macam tu. Malah dia yang akan rugi. Sangat rugi kerana dia telah buat kepercayaan sebagai seorang kawan semakin terhakis.

Pesanan penaja
Sebelum berpisah, ada ayat maaf yang keluar daripada mulut dia. Masa tu apa yang saya boleh katakan; tiada maaf bagimu. (ayat mesti garang. eceh)

Janganlah buat saya tukar friendship jadi friendshit di hari raya. 

No comments: