Monday, December 27, 2010

Catatan mingguan tertunggak



Dengarkanlah lagu dulu
Tinggalkanmu itu menunggu
Jangan biarkan hati
Dikunci oleh rasa benci

Resah yang tiada henti
Bila kau melangkah pergi
Apakah yang harus ku lakukan
Tuk merubah hatimu

Kurnia bagaikan khayalan
Takkan ku lepas walaupun apa yang mendatang
Kurnia bagaikan khayalan
Ku takkan lepas walau hanya khayalan

Senyumanmu igauanku
Tiada yang setandingmu
Suara yang bermain
Memanggil-manggil namaku

Resah yang tiada henti
Bila kau melangkah pergi
Apakah yang harus ku lakukan
Untuk merubah hatimu

Pintaku cuma jangan pergi
Tak bisa berasingan jauh oh darimu

Bilakah oh nanti akan pergi
Berlari biarkan pergi
Buat selamanya biar kita berdua disinari
Oh mentari oh mentari

Mizz Nina feat Noh Hujan , Kurnia


Salam suma!

Hari Khamis minggu lepas balik kampung untuk pergi kenduri kawen anak kawan mak dan abah di samping selesaikan urusan di kolej serta anta barang kat hostel. Phew. Banyak kerja. Saya pulak banyak baju dan barang yang letak dekat hostel. Malas nak bawak balik banyak barang. Kalau boleh nak bawak diri saja balik hostel.

Hari Khamis
Malam hari Khamis gerak balik kampung sebab siang mak ada program. Memandangkan dah nak balik waktu malam, saya pakai lah siap-siap baju yang boleh dipakai masa tido dan keluar. Tudung pun pakai tudung segera yang membulatkan muka macam tembikai. Oleh yang demikian, saya terlupa bawak pin tudung. T_______T Saya pulak pergi belasah bawak tudung bawal yang kena pakai pin. Haish. Mana nak cari kedai jual pin tudung malam-malam ni. Takkan nak pakai tudung bawal tak ada pin. Dah macam apa lagi. Nak pakai tudung saji, macam tak tergamak saja nak pakai. Kalau free hair, mak, abah, opah, artis Korea, masyarakat awam dan Allah murka abes kena tulah. Menyesal tak sudah.

Singgah di R&R Bukit Merah untuk solat Isyak, terus pergi cari kedai yang jual pin. Nasib baik ada. Phew. Walaupun tengok pin tu macam hidup segan mati tak mahu dengan berhabuk dan bersawang suma, beli jugak lah daripada tak ada langsung. Senang bila dah ada. Tak perlu pinjam.

Hari Jumaat
Bangun pagi awal sebab abah gerak bangun. Kalau tak bangun dengan segera memang mengundang murka. HAHA. Kalau mak atau opah gerak slow slow kayuh bangun. Kalau tak bangun jugak, depa akan buat tazkirah Subuh penuh dengan keinsafan. 

Dan rekod masa mandi masa balik kampung antara paling cepat. Faktor masa yang suntuk dan suhu air sejuk macam duduk kat Alaska. Iron baju kurung suma dan breakfast terus gerak pergi Ipoh. Well. Dekat saja Ipoh dengan kampung.

Sampai kat Ipoh cari parking yang dekat dengan kolej. Banyak parking dah penuh. Yang dekat masjid dan bilik forensik pun penuh. Nasib baik kat depan kompleks rawatan harian ada parking. Dengan bersemangat pergi kolej dengan mak. Masuk saja kawasan kolej, tengok sunyi sepi. Tak ada orang. Pak guard cakap harini kolej cuti sampai hari Isnin minggu depan. Ceh. Hampeh. Penat pergi dan cari parking. Ada jugak yang datang nak amek result terpaksa lah balik. Nasib baik ada geng senasib. Phew. HAHA.

Singgah hostel untuk anta baju sabun suma. Bawak balik umah suma nota. Malas nak tinggal kat hostel. Kalau boleh, suma baju nak angkut bawak balik. Taknak tinggal apa-apa. Balik singgah Medan Gopeng beli tiket siap-siap dan terus gerak balik kampung. Memandangkan saya dah lama tak naik bas awam, jadi tak berapa nak ingat jalan untuk balik kampung dari Medan Gopeng. Nasib baik ada bas awam yang lalu. Dengan bersemangat cakap kat abah; "Cepat abah ligan bas awam tu." HEHE.

Owh ya. Masa lalu depan balai polis ada nampak bas yang kemalangan masa pulang dari Cameron Highland. Tingkat atas bas memang abes berkecai.

Hari Sabtu
Bangun pagi pada waktu yang boleh dibanggakan. HAHA. Semangat bangun awal sebab nak ikut pergi pasar  Sabtu dekat Bota Kanan. Punya lah ramai orang kat sana. Saya macam besa, awal-awal lagi dah hilang pergi tempat lain. Pergi tempat orang jual baju dan tudung. Rasa seronok tengok orang jual macam-macam jenis tudung dan semestinya penuh dengan shawl. Haih *kesal* Saya ni bukannya jenis pakai shawl. Jadi seronok tengok orang jual dan beli tanpa terasa nak join depa beli. 

Tengah hari pergi kenduri kawen. Masa pergi kenduri kat Ayer Tawar dapat jumpa kawan-kawan abah. Kalau kenduri kawen di Pulau Pinang, kebanyakkan adalah kawan-kawan yang banyak membantu baik dari masak, hidang dan basuh pinggan suma buat gotong-royong. Itu kalau polis marin di Pulau Pinang lah. Ada dewan khas untuk apa-apa majlis yang hendak dilangsungkan. Dapat lah rasa masakan yang polis masak. HAHA.


 Bubur pulut hitam. Rasa? Saya tak tahu apa rasanya. Dah ada depan mata, belasah jer makan.

 HEHEHEHEHEHE

Kemudian singgah sebentar kat Teluk Batik. Punya lah ramai manusia kat sana. Pergh. Rasa macam kat Miami pun ada jugak. Cuma yang bezanya tak ada yang seksi al seksa. Takat ramai budak kecik lagi ada lah. Duk tak teh tak teh lagi. Amek simpan dalam almari kang. Sapa suruh comel sangat.


Saya cari selipar dan tshirt yang murah tapi tak jumpa. Jadi pergi ke Lumut pulak. Ada lah jumpa selipar yang berkenan tapi harga tak padan langsung dengan kualiti. Haish. Harga selipar besa nak sama harga dengan selipar Ipanema.

 "Ada ikan beso! Ada ikan beso!" jerit saya dengan riang.
"Apa masalah hang kakak jerit macam tu? Masyarakat tengok lah" kata adik dengan penuh kekesalan melihat kakaknya berkelakuan sedemikian.

Kenang daku dalam doamu wahai Sopeah. Getus adik sendirian dalam hati.

Sampai rumah terus bergosip dengan sepupu. Woohoo. Long time no see. Banyak hot gosip terlepas.

No comments: