Wednesday, November 17, 2010

Salam perantauan pertama dalam hidup

Salam suma!

Ini merupakan kali pertama dalam hidup tak beraya dengan family lambang keesokkan harinya ada exam. Cry me a river baby. Cry me a river. T____T Besa lah. Kami suma yang rumah jauh (eceh. jauh lah sangat) tak balik beraya.

Makanan
Memandangkan kedai tutup maka terpaksa lah kami tapau siap-siap kat kedai sebelum kedai cuti. Sebenornya tak best pun sebab makanan tu dah tak boleh dipanaskan guna rice cooker mahupun microvawe sebab tak ada pun. Yang ada peti ais dan water heater.  Oleh yang demikian, kami panaskan makanan guna air panas. Macam mana nak buat? Celup je dalam air panas menggelegak tu. Tapi jangan harap lah nak panas macam yang selalu kita buat. Kesannya? Tak best. Oleh itu, jangan cuba kat rumah. Bila darurat boleh lah digunakan cara ini.

Kesihatan
Ma tak berapa nak sihat. Batuk tak baik lagi. Lepas 1.5 saat makan ubat batuk terus pengsan atas katil. HAHA. Saya pulak bagaimana? Ehem ehem. Steady lagi walaupun tak berapa nak steady sangat. Saya pun turut tumpas ketiduran sebab penat dan demam secara manja-manja. HAHA. 

Perasaan
Heartbroken. Eceh. HAHAHAHA. Lepas sembang dengan Kak Lin dah okay balik. Mungkin saya demam sebab dah lama tak dengar sora Kak Lin kot. 

Aktiviti
Bila exam buat cara exam. Tapi saya buat macam dah tak akan exam dah selepas ni. HAHA. Cuti-cuti pergi belasah tengok movie Finding Nemo berapa kali ntah. Haish. Tu lah. Sapa suruh si Dory tu comel sangat. Mentang-mentang nota yang kena baca ada tiga tajuk saja. Kemain berlagak lagi ea Atiq. Puk puk puk kang. Baru tahu. HAHA.

By the way, jangan tanya baju raya haji tahun ni kaler apa, jenis macam mana, macam mana sambutan raya haji, berapa banyak ketupat dan rendang yang saya belasah makan dan lain-lain yang berkaitan dengan hari raya haji. Telah dinyatakan di atas bahawa saya tak balik ke kampung halaman untuk menyambut raya haji tahun ini. Kalau tanya, memang ada jugak yang nak kena lempang guna siku bertalu-talu. HAHA. Petang raya saya dengan Ma pergi ligan lembu kat hostel. Macam besa. Suma tu dibuat dalam mimpi. Anything that is impossible can be possible in dream. So dare to dream. 

Macam besa; bila balik hostel jangan lupa bawak balik hasil ea. HAHA

No comments: