Monday, November 29, 2010

Rasa loya merupakan salah satu tanda mengandung?

Salam suma! 

Saya tak tahu apa yang tak kena dengan saya. Dah beberapa hari asyik rasa loya dan sakit perut. Nak kata food poisoning, bukan. Sebab saya tak muntah secara bersungguh-sungguh macam masa kena food poisoning dulu. Dulu lagi hebat saya muntah. Tak caya meh test power. Kita lawan muntah. Muntah sapa lagi banyak  HAHA. Cuma rasa loya tu yang bagi rasa tak best. Tengah malam terpaksa turun katil nak pergi toilet. 

Makan asam untuk kurangkan rasa loya pun tak jalan. Tekak jadi sangat sensitif. Asalkan masuk apa jua jenis makanan, saya mesti akan loya dan muntah sikit. Kalau makanan yang bergoreng lagi cepat saya rasa loya. Baru satu suap, dah rasa nak muntah balik. Minum air pun macam tu jugak. Hanya air kosong saja yang boleh diminum. Air yang lain dilarang masuk. Kalau masuk, nak muntah lah jawabnya. Natijahnya, saya jadi hypo. Dan kena makan gula-gula pulak. Terpaksa minum milo manis nak bagi tenaga. 

Ada yang cakap mungkin makanan dan minuman yang kat kedai saya makan kurang bersih. Oleh yang demikian, saya cuba elakkan makan kat kedai tu. Rasa loya ni pun mengada-ngada jugak. Eceh. Bajet nak manja-manja lah tu. HAHA. Saya tengok keropok ikan yang disalut madu pun tak boleh. Confirm rasa nak muntah. Haish. Ini susulan daripada kes food poisoning  dulu di mana keropok ikan yang disalut madu turut jadi suspek utama punca saya kena food poisoning. 

Setelah mendapatkan pandangan pembantu pegawai farmasi (ehem ehem. hik hik hik) saya cuba pulak minum air Revive. Sepanjang masa minum air tu. Alhamdulillah. Semakin pulih. 

Tetiba hormon remaja jadi rancak. Cuba google untuk cari punca saya loya. Dan macam besa, bila sebut saja pasal loya orang akan ingat mengandung. Cari kat Google pun banyak tulis pasal ni. Dan akhirnya saya jumpa satu artikel di bawah ini. Phew.


klik untuk lebih jelas :) source : Berita Harian Online

Haah. Terungkai sudah misteri walaupun tak terungkai sangat. HAHA.

No comments: