Sunday, November 28, 2010

Hujung minggu yang eerr... menguruskan badan.

01 :
Menonton movie merupakan salah satu azam selepas exam. Rasa macam banyak movie yang nak kena maraton tengok tapi bila check balik senarai macam sikit lah pulak. HAHA. Malam marathon tengok citer New York Minute yang Mary Kate dan Ashley Olsen berlakon. Pergh. Comel sungguh dorang. Movie ni biasa-biasa saja. Yang boleh tengok sebab Nak tengok macam mana dorang make up. HAHA. Cantik dan simple.

Siang pulak tengok movie hantu Indonesia, Bangku Kosong. Ma yang cadangkan movie ni. Hantu tu comel sangat. HAHA. Lepas movie hantu tengok movie kartun Corpse Bride. Eceh. Hujung minggu yang bertemakan pengantin dan hantu. HAHA.

02 : 
Tengok gambo baju pengantin yang diupload oleh designer kat dalam facebook. Pergh. Hebat giler design. Disebabkan kehebatan baju pengantin yang dia buat, saya tak mahu pakai masa majlis perkahwinan mahupun pertunangan saya nanti. NEVER! HAHA.

Banyak perkara yang bermain di pikiran saya masa tengok album yang designer tu letak;
  • apa yang bermain di fikiran designer tu bila dia design baju pengantin. Ada jugak baca jugak komen-komen yang designer tu reply. Dia kata unik. Huiks. Unik kot celah mana pun saya tak tahu. Saya dan Ma memang menanges teresak-esak kat hujung katil 2.5 saat lepas baca komen tersebut lambang rasa kesal yang tidak terperi.
  • apa yang bermain di pikiran pengantin yang pakai baju pengantin yang direka oleh designer tu. Tengok siap fully booked lagi. Tapi kenapa saya sedikit pun tak terdetik nak ada impian mahupun cita-cita nak book baju tu? Adakah saya tidak normal? Owh tidak ~
  • apa yang bermain di pikiran orang yang komen gambo baju yang menyatakan bahawa baju yang ada di kedai designer tu cantik. Ke saya yang tak ada taste cakap baju-baju tu tak cantik? HAHA
Mungkin di mata mereka ia sangat cantik tapi tidak pada saya. Lain orang lain pandangan dan cita rasa. But for me, less is more. Apa yang saya perasan, dia sangat suka guna warna yang terang, renda yang banyak dan penuh, kerawang yang disulam tebal, bunga-bunga, serta kombinasi warna yang eerr... ntah lah. Tak tahu nak kabo macam mana. Saya tak amek kursus fesyen. Tambahan pula, saya rabun. Tu yang tak tahu nak cakap macam mana. HAHA. 


03 :
Duduk hostel hujung minggu memang ada potensi untuk turun berat badan. Makan nasik sehari sekali. Patut lah tengok perut sendiri macam tak ada perut je. Kalau sapa-sapa nak amek saya jadi model iklan menguruskan badan boleh jugak. Tapi untuk testimonial selepas guna produk lah. Kalau nak cari gambo saya chubby macam belon memang tak akan jumpa. Cari sampai ke lubang cacing 28 kali pun tak akan jumpa. HAHA.

04 :
Cuaca sejak kebelakangan ini kurang sporting. Hujan turun dan tempias dalam bilik. Natijahnya, kotak buku saya dan Ma basah. T_______T Bukan takat kotak saja yang basah, buku dan nota kat dalam pun turut kebasahan. Kesannya, nota jadi busuk dan lembab. Uuweek.

05 :
Sampai sekarang tak dapat nak susun nota dengan teratur. Walau disusun macam mana pun tetap nampak macam tak tersusun. Nota entah terpelanting kat mana pun tak tahu. Agak pyscho tengok nota sendiri lagi sikit daripda nota kawan. Heehh. Takkan tensen pasal exam abes nota suma saya makan.

06 :
Ehem ehem. Tengok Saidatun Maya Karin pakai henna macam cantik lah pulak. Haish. Orang cantik pakai apa pun nampak cantik. Kan Maya? Betol tak? Betol tak? HAHA. Eceh. Suka lah tu kena puji.  Sebab obses nak cantik macam Saidatun Maya Karin, saya pun amek keputusan nekad pakai henna. Semoga dapat jadi cantik macam Saidatun Maya Karin. HAHA.

Warna kuku dah sama. Cuma yang beza warna kulit. Haish. Jauh perbezaan tu. Macam warna kertas putih A4 dengan tayar basikal. Tak payah nak konpius-konpius kulit sapa yang macam kertas putih A4 atau tayar basikal. Terang-terangan saya tak termasuk kategori kertas putih A4. HAHA.

No comments: