Monday, November 01, 2010

Happy birthday :)

Istimewa untuk lelaki yang istimewa dalam hidup saya sehingga nafas terakhir saya...

Selamat hari lahir Abah!

Memandangkan hari ini merupakan hari lahir abah, jadi kami suma makan di satu restauran di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Ia terletak di Kampung Pelet. Walaupun ia restauran yang di dalam kawasan kampung, tapi tempat macam kat Kenny Roger. HAHA. (eceh. macam lah selalu pi Kenny Roger)

Banyak makanan ada kat sini. Maksud saya tidak terhad kepada makanan macam nasik goreng ke dan lain-lain yang boleh kita dapat di restauran yang lain.

Owh ya. Kalau ada yang gatal usus dan mengidam nak makan daging kambing pun ada di sini. Buka itu saya. Ada daging arnab serta ostrich! Woohoo. kalau untuk ostrich, bukan saja daging, nak makan telur ostrich pun ada jugak jual kat sini. HAHA.

Untuk percubaan kali pertama, 

 Nasik beriani ayam kampung

 Nasik beriani paha kambing

 Sup. eerr. Saya dah lupa sup ameda. Yang pasti ia mengandungi banyak rempah. Rasa macam Kajol pulak bila makan makanan yang berempah.

Ais kacang yang beso gedabak. Ni bukan edit guna photoshop bagi nampak beso. Memang saiz asal beso gedabak. Boleh makan untuk 4 orang dengan harga tak sampai RM5. Woohoo.

 Tapi saya tak boleh nak makan sangat. Mungkin sebab ada susu manis dalam ais kacang ni. Bahan-bahan yang ada dalam ais kacang sama seperti di kedai lain-lain.

 Lai chee kang. Pada mulanya saya agak-agak macam lai chee kang yang ada longan, kismis, kembang semangkuk, grass jelly, snow fungus dan gula merah. Tapi ternyata ia seperti lai chee kang yang selalu dijual. Tapi yang best ada biji selasih yang banyak. *summersault*

 Teh o ais yang jadi kegilaan adik.

 Nasik beriani kambing. Tapi mana daging kambing?

 Taaadaaa! Ada dalam timbunan nasik.


Kedai ni memang ramai orang datang especially waktu malam dan kebanyakkan datang dengan keluarga. Owh ya. Tuan empunya kedai mempunya ladang kambing dan ostrich sendiri.

 Kalau nak cuba, boleh datang ke Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelet, Penanti, Bukit mertajam :)

No comments: