Saturday, October 02, 2010

Sapa nak mantapkan skill drive keta, boleh lah ke Bukit Larut

Salam suma!

Bagaimana cuti hujung minggu anda? Cuti hujung minggu saya dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan! *seronok sambil guling-guling* Hujung minggu kami suma ke Bukit Larut (sapa-sapa belajar komsas boleh guna nama ini) atau Maxwell Hill (sapa-sapa belajar literature boleh guna nama ini). HEHE. Okay-okay. Kedua-dua nama tersebut boleh diguna pakai dan tak ada sapa yang marah.

Bukit Larut terletak di Taiping (ehem ehem) dan tak jauh dari bandar Taiping. Tak silap saya, boleh pergi ikut jalan nak ke MRSM Taiping. Selain daripada boleh nampak pelbagai jenis rumput di tepi jalan serta pokok-pokok yang tumbuh subur, anda juga dapat melihat kawasan perkuburan di kiri dan kanan anda. eerr. Kubur? Yup. Kubur. Ia merupakan Tanah Perkuburan Perang Taiping.

Sesampainya kat Bukit Larut, kena amek tiket sebelum naik ke Bukit Larut.

Yang tak bestnya,
tiket pulak abes. Ida dan nanges guling-guling lepas 1.5 saat lepas amek gambo ni sebab tiket abes. HAHA.

Tapi nak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Akhirnya kami berjaya jugak naik walaupun terpaksa berhimpit dalam landrover. Ini jugak merupakan kali pertama naik landrover. Sejak duduk Taiping, macam-macam pengalaman kali pertama saya dapat.


Kami naik bersama-sama dengan penumpang lain. Agak terhimpit jugak sebabnya satu landrover kongsi lebih 10 orang. Nampak sangat kami selim melim. HAHA. Kebetulan pulak time ni hujan. Kalau hujan sudah tentulah jalan jadi licin lalu menyebabkan daya geseran pada jalan dan tayar menjadi kurang (kejadahnya aku explain pasal fizik?) Untuk maklumat lebih lanjut, sila tanya cikgu Google dan rujuk buku fizik.

Ini jugak merupakan pengalaman kali ke berapa ntah saya lalu kawasan bukit yang bengkang bengkok. Isk isk isk. Ada jugak pengalaman bukan kali pertama kat Taiping. Kalau lalu kawasan bukit lengkok (jalan pintas dari Kulim ke Bukit Mertajam untuk menuju ke pusat bandar Bukit Mertajam atau Mengkuang Dam), jalan kat Pulau Pangkor serta kawasan Beruas (hot spot untuk muntah lepas lalu 5 selekoh). Tapi jalan kat Bukit Larut lagi mencabar. Selekoh tajam 90 darjah. Lagi 270 darjah je nak sama dengan goyang gerudi Inul. HEHE.

Setengah jam jugak lah untuk sampai kat kawsan atas bukit campur dengan selekoh tajam yang berpuluh-puluh tambah lagi dengan pak cik yang drive landrover tu drift. Pergh. Sangat kagum dengan skill driving beliau.


Sampai kat kasawan atas bukit, hujan makin lebat. Jadi, kami suma duduk makan dan minum kat kafeteria yang ada.

Monalisa jelita. HEHE.

Bila hujan dah berenti, baru boleh keluar dan mikmati keindahan Bukit Larut! :)

Kat atas sejuk dan berkabus. Maksud saya sangat berkabus!


Masa untuk berada di atas adalah 2 jam. Sepanjang perjalanan ada jugak nampak pelajar sekolah yang berjalan kaki untuk menaiki dan menuruni bukit. Pergh. Mereka memang taf dan ada stamina tinggi untuk jalan kaki naik bukit ni. Ada jugak beberapa orang yang saya agak berusia dalam lingkungan 50 an jalan kaki naik bukit! *pengsan* Mana lah depa dapat stamina banyak untuk naik bukit. Ni yang nak buat tunduk hormat. HAHA.

Selain daripada mengagumi stamina mereka yang jalan kaki naik Bukit Larut, saya juga mengagumi skill driving pak cik yang drive landrover. Gila punya admire sampai rasa nak amek depa jadi pelumba F1 kalau saya jadi taukeh Ferrari. HEHE.

Dekat kaki Bukit Larut ada swimming pool. Tapi tak terasa pulak nak pergi. HEHE.

2 comments:

Izyanti said...

wah!! lamenye x singgah sini... Miss you tiqah.. :D

Anonymous said...

tempoh mase utk stay kat bukit larut juz 2 jam jeke?