Sunday, October 03, 2010

Meh sayangi haiwan di dunia.

Salam suma! 

Selepas aktiviti mendaki bukit semalam, hari ini kami pergi cuci mata tengok jejaka kacak haiwan pulak! Ekceli hari ini ibu saudara saya ada menjemput kami suma makan di rumah beliau. Oleh itu, sebelum pergi makan, kita pergi jalan-jalan kat zoo dulu! :)

Akhirnya dapat jugak tengok musang secara live. Isk isk isk. Ni lagi terharu daripada dapat jumpa Jason Derulo.

Lelaki buaya darat
Aku tertipu lagi
Mulutnya manis sekali
Tapi hati bagai serigala

Haah. Itu dia buaya air. Buaya darat? Tak payah cari kat zoo. Memang tak ada pun. Mungkin jugak buaya darat tak tinggal di zoo.

Haah. Ini dia si comel mata bulat pipi tak tembam tapi bulu kembang. HAHA. Geram wooo tengok burung hantu ni. Dengan mata hitam pekat dan bulat. Lubang hidung burung ni pun comel.

Do you ever wonder kenapa orang panggil burung ni burung hantu? Bukannya dia buruk macam hantu Niyang Rapik (cis cis cis hantu yang suka bagi saya terkejut bila dia muncul dalam citer tu tak bagi salam) Kiut lagi adalah. Ada ke hantu mata bulat dan kiut macam burung hantu ni? Yang bagi tambah lagi geram saya kat burung ni bila dia membulatkan lagi mata dia yang memang dah sedia bulat. Haish. Jom tukar mata dengan saya nak tak? Mata saya sepet tak ikhlas. Mana tahu dah bosan ke ada mata bulat. HAHA.

Farah cuba ngorat burung comel tapi burung ni garang. Eleh. Takut orang curik mata bulat dia lah tu.

Main-main mata dengan burung hantu mata bulat comel tak ingat. Meh tengok sapa lagi bulat. Mata burung lagi bulat ke pipi saya yang lagi bulat? HAHA.

Haiwan wanted yang ada di zoo. HAHA.

Ikan dalam kolam tu lagi beso saiznya daripada paha saya. Seyes wa cakap sama lu. Takut-takut amek gambo tepi kolam ikan. Kena sekali dia lompat telan kepala ke gigit pipi ke, jenuh!

Dekat-dekat dengan tempat burung ini ada orang yang offer untuk pegang ular sawa. Dalam hati teringin jugak nak pegang dan bergambo dengan ular tu. Yelar. Fahrin Ahmad dah pegang ular sawa tu. Saya je belom lagi. Tak boleh jadi ni. Tercabar kewanitaan dan keremajaan kalau tak pegang.


Next destination; makan makan makan!

No comments: