Monday, October 25, 2010

Mak ngei T_____T


Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti


Shahir AF8, Kebahagian Dalam Perpisahan  


Salam suma! T______T

Suma yang terjadi bukan kehendak saya. Serius ni. Lagi serius daripada Sirius Black T____T

Cerita sedih Korea episode satu : Can't take my eyes on you.


// Ini merupakan salah satu menda paling berharga dalam hidup selain daripada nyawa, duit, bijik mata, hidung, kaki, tangan, jari (penting ni. penting. nak taip entry kat blog) dan lain-lain yang dirasakan penting dalam hidup. Bagi saya, cermin mata merupakan salah satu menda yang penting. Maksud saya; SANGAT PENTING (saja letak warna merah bagi nampak macam ganas dan penting).

Saya bukanlah seorang yang gilakan fesyen (tapi rasa macam fesyen jer tergila-gilakan saya. selalu goda saya suruh beli shawl fesyen yang terkini sampai 3 lori). Malah saya jugak bukan seorang yang cermat. Oleh sebab itu lah cermin mata saya hilang. Dan oleh yang demikian saya bukan lah seorang yang pakai contact lenses.

Macam ni. Once upon a time, live a not-so-beautiful-princess-in-dream ... eerr. Kita teruskan dengan cerita sebenar. Tengah hari berkenaan kami suma balik naik van. Beg yang saya guna pada hari berkenaan adalah super duper beso gedabak (eerr. bagi saya lah) di mana tak ada zip pun. Main lekat-lekat guna magnet nak tutup beg. Sebagai seorang mak ngei yang berwawasan tinggi, saya pi letak cermin mata dalam poket kecik kat beg itu.

Pada malam harinya, tetiba rasa nak pi tengok tv kat common room. Masa ni lah baru sedar yang cermin mata tak ada. Abes suma geledah beg, rak buku, bilik air (hot spot untuk tinggal duit dan cermin mata) dan wardrobe tapi tak jumpa jugak. Haish. Memang dah gundah gulana masa tu..

Ini bahagian yang sedih lagi menyedihkan. Baik pergi standby tisu 40 kotak. Sedih weih. Bila study tak nampak jelas. Suma blur. Sudah lah saya ni jenis blur dan lambat dapat tangkap. Tambah pulak dengan dengan tak nampak jelas. sob sob sob. Memang dambaan pilu abes.

Balik tanya abang yang anta kami balik semalam ada tak jumpa cermin mata dalam van. Jeng jeng jeng. Saya nampak cahaya di hujung terowong. woohoo. Semalamnya cermin mata saya terjatuh dalam van. Phew. Nasib baik tak pecah. Ini salah satu perkara yang akan dialami oleh seorang mak ngei yang berwawasan tinggi.

Cerita sedih Korea episode dua : Organised them neatly.


// Ini salah satu siri mak ngei dalam hidup saya. Siri mak ngei bukan saja terjadi di kolej malah di luar kolej. Macam ni ceritanya. Pada suatu hari, saya pergi lah makan kat foodcourt UO yang disayangi oleh orang ramai. Bagaimana pulak dengan saya? Saya sayang tak foodcourt UO? Huih. Bukan takat sayang, cinta abes selagi mak cik kat kedai favorite saya tak naikkan harga makanan. HAHA.

Lepas makan, mula lah sikit-sikit jadi mak ngei. Boleh pulak saya pergi tinggal fail dekat meja makan dan berlalu pergi dengan riang. Haish.

Sampai dekat mana ntah (cerita lama. tu yang tak berapa nak ingat sangat ni) baru perasan fail tak ada. Haish. Rasa macam nak puk puk puk telinga sendiri masa tu. Mak ngei sangat. Esoknya satu Greentown mall saya pi tanya ada tak nampak fail saya. Sudah lah ada kad matrik dalam tu. Then tanya pak guard. Dia pi tanya geng-geng mak cik yang tolong cuci foodcourt. Alhamdulillah. Ada depa tolong simpan. Rasa nak nanges kesyukuran. Lepas tu kami pi berpoya-poya Ipoh Parade. HAHAHAHA.


Cerita sedih Korea episode tiga : I want to to drink 8 glassess of water everyday.

// Ada dua citer mak ngei kali ini tapi ia melibatkan satu menda iaitu botol air.

Kejadian pertama berlaku di stesen bas Medan Gopeng. Semangat nak balik kampung mengatasi segala-galanya. Sanggup tunggu lama dan tertido kat stesen bas. HAHA. Masa tu saya dalam tahun pertama, kalau tak silap saya lah. Saya ada bawak botol air beso gedabak untuk minum dalam bas. Sesampainya kat rumah, baru perasan yang botol air tak ada dalam beg. Haish. Ntah kat mana saya tahuk ntah lah. Kali terakhir pasal botol air tu dalam kotak memory saya, saya letak atas beg. sob sob sob T___T

Kejadian kedua pulak terjadi masa saya pergi rumah Raihan. Singgah kejap untuk tumpang solat Magrib sebelum pulang hostel. Tak sempat kalau nak solat kat hostel. Bila singgah kat kedai makan, saya ode air kosong dengan yakin sebab nak isi dalam botol air zirafah saya. Bila cari dalam keta tak jumpa. Puas saya geledah keta tapi tak jumpa. Memnag dambaan pilu lagi saya malam tu. Minum dalam plastik lah jawabnya.

Keesokkan harinya, Raihan datang bawak berita gembira. Botol air saya tertinggal kat atas meja study dia. sob sob sob. Nasib baik tertinggal kat sana. Kalau tempat lain, memang tinggal dalam lipatan kenangan hidup sepanjang hayat. Letak dalam slot kenangan terindah dalam hidup ada botol air gambo zirafah. HAHA.

Cerita sedih Korea episode empat : Save the best for last

// Ini merupakan kisah mak ngei paling sedih buat masa ini. Serius. Sampai sekarang saya terkilan T______T Ia membabitkan menda yang saya sayang. sob sob sob. Pencil case saya boleh pulak hilang pergi mana ntah. Dalam pencil case tu ada pendrive yang ada assignment yang nak kena anta hujung minggu. *terjelepok menanges di tepian sinki*

Seluruh kolej saya geledah cari pencil case. Bukan setakat dambaan pilu, hancur berkecai hati bila tak jumpa. Bukan takat dekat kolej, dekat Jusco pun saya cari. Abes Watson, Padini dan Nose saya terjah cari pencil case. Saya bukan main-main. Selagi saya tak dapat, saya akan usaha cari. Usaha tangga kejayaan.

Yang jadi lagi sedih bila pencil case tu saya tak jumpa sampai sekarang. Dan setiap hari saya berdoa agar saya dipertemukan kembali dengan pencil case saya (eceh. macam berharap kekasih datang jumpa naik keta kuda bawak bunga ros merah menyala. HAHA)



//
//
//



Itu baru sebahagian daripada kisah hidup seorang mak ngei T_______T Banyak lagi sebenornya. Dah nama pun mak ngei, mana nak ingat kan. HAHA. Oleh yang demikian, untuk mengatasi masalah ini, selalu-selalu lah menoleh ke belakang. Aik? Ramai orang kata nak maju jangan tengok belakang (nanti hantu congkak datang makan korang. HAHA) Eerr. Dalam situasi saya, toleh belakang untuk double check ada tak apa-apa yang tertinggal (belajar daripada kesilapan masa silam. eceh) Oleh itu, jangan takut nak tengok belakang sebab tak ada hantu congkak nak makan korang pun. HAHA.

Owh ya. Bagi yang blur amenda mak ngei tu, ia sebenornya membawa maksud pelupa, lebih kepada lupa barang. Ini yang saya amek daripada kamus dewan bahasa dan pustaka yang ditulis oleh Maya Karin. HAHA.



Dory: Hey there, Mr. Grumpy Gills. When life gets you down do you wanna know what you've gotta do? 
Marlin: No I don't wanna know.

Dory: Just keep swimming. Just keep swimming. Just keep swimming, swimming, swimming. What do we do? We swim, swim. 



love Finding Nemo! I love Dory! :)

No comments: