Saturday, September 04, 2010

Hari yang sangat comel.

Salam suma!

Hari ini saya dapat kes yang pelbagai jenis. Walaupun ia merupakan kes yang sama setiap hari tetapi ia unik bagi saya.

// Bleeding love
Hari ini saya dan Anis kena keja petang sampai malam. Hal ini kerana kami masuk keja pukul 3 petang lambang semalam dah oncall. Kalau nak explain pasal sistem syif ni macam complicated. Sapa-sapa yang keja kat jabatan x-ray atau kerja di hospital memang tahu. Kalau tak tahu macam mana? Sila pergi terjun lombong. Nak lagi extrem, pergi terjun laut China selatan atau Selat Melaka. Kalau nak yang jenis sopan iaitu tak payah pakai swimming suit masa nak terjun, boleh terjun bangunan sekarang. Boleh pilih ketinggian bangunan yang anda suka. HAHA.

Petang berkenaan, setelah pulang daripada membeli juadah berbuka posa, kami pulang ke poliklinik dengan riang. Anis pergi solat dulu. Saya pulak bagaimana? ehem ehem. huk huk huk. Terbatuk pulak. Tak payah tanya kalau dah tahu. Saya apa lagi, tolong radiografer bertugas buat keja. Ate kome ingat apa haah? HAHA.

Ada satu patient ini. Yang dah berusia tapi masih lagi bertenaga. Kesnya adalah trauma pada kepala, jatuh barangkali. Bila saya tiba, patient itu baru usai buat AP skull x-ray. Tiba-tiba ...

Jeng jeng jeng ... (sila amek feel suspen)

Dah dapat feel belom? Kalau belom, jangan proceed baca. HAHA.

Dah dapat? Bagus. Boleh sambung baca.








SHE IS BLEEDING!!!







Fuuh fuuh fuuh. Terpaku terpana saya tengok. Macam baru lepas jumpa artis Korea pakai uniform kerja kaler kelabu. HAHA. Tak ada lah. Saya terkejut tengok. Tak pernah lagi saya tengok patient bleeding macam beliau bleeding sebab head trauma. Menggeletar tangan patient tu. Saya pegang patient sementara radiografer bertugas panggil pembantu pegawai perubatan (AMO) untuk balut kembali bandage kat kepala yang dah terkeluar. Darah keluar memang banyak. Siap menitik-nitik dari kepala. Sekali tengok macam tasik je. Kalau nak kira kedalaman lopak darah tu pun boleh tahan jugak lah. Boleh jugak lah buat perlabuhan Klang nombor 2. Tak caya? Meh nak tunjuk.


Nasib baik radiografer yang x-ray patient masa tu. Kalau saya yang x-ray, mau panik jugak saya. Kang tak pasal-pasal sebab panik dan tak tahu buat apa-apa, saya berlari satu poliklinik sambil jerit tolong ~ tolong~. Lepas tu tak pasal-pasal jugak lah saya kena langgar dengan troli patient sebab berkelakuan sedemikian. Haih. Yang kes darah patient memancut keluar siap patient jerit lagi masa kat CT scan pun saya dah sipi-sipi nak panik. Nasib baik staff nurse ada. Phew. Kalau tak, saya pun join jerit, bukan sekali tapi 14 kali.

Lepas dah balut balik kepala patient tadi, dia kena x-ray lagi sekali. Sekali lagi patient ni bagi saya sipi-sipi panik. Patient hilang! *pengsan* Yang saya boleh tersedar patient tak ada sebab terdengar bunyi barang jatuh. Check dalam bilik x-ray, dia tak ada. Mau tak gelabah saya. Pergi cari kat dalam bilik, jumpa jugak. Dia nak masuk bilik salin baju sebab dia ingat bilik tu toilet. Dia nak wee wee. Nasib baik patient ni steady je bila saya explain yang dia kena tunggu kejap saja lagi untuk kami tengok gambo. Kalau gambo okay, patient boleh out.

Saya pun tak pasti yang apa puncanya sampai patient tersebut boleh bleeding sedemikian rupa untuk head fall trauma. Kalau untuk kes moto vehicle accident (MVA) saya dah pernah tengok dan boleh agak bleeding macam tu. Yang saya pasti, akak AMO tu cun. HAHA. Bagi saya lah. Uniform AMO untuk perempuan cantik. Kalau uniform course saya macam tu pun cantik jugak. HEHE.

Bagaimana pulak masa depan darah yang kat atas meja x-ray dan yang menitik-nitik kat lantai?

ehem ehem.

Panggil pihak bertanggungjawab cuci. HEHE. Mereka lebih tahu cara untuk mencuci dengan berkesan.



// Owh. Begini rupanya
Ini pun salah satu kes yang saya baru jumpa dan tengok sendiri dengan mata, hidung, kening mulut suma. First time tengok patient kena sedate dan tengok sendiri keberkesanan sedation yang patient dapat. Selalu dok tengok dalam drama melayu (besa lah tu. dah nama pun drama ngan filem melayu. tipikal sangat tu). Mula-mula ada nampak staff nurse bawak sedation tapi tak terpikir lagi tujuan dia bawak. Saya dan radiografer bertugas cuba untuk posisikan patient tapi tak berjaya. Patient restless. Puas jugak kami pujuk patient untuk duduk diam. Then staff nurse masuk. Bawak keluar sedation dan dengan bergaya berkata, "Patient ni kena sedate. Dia restless." Saya pun dengan skemanya reply, "oowwhh. Yeker". HUAHUAHUA. Automatik cakap macam tu. HEHE.

Dalam beberapa saat, patient tido dengan nyenyaknya. Maka kami pun buat lah apa yang sepatutnya buat iaitu x-ray patient. Dah tu, takkan nak menari pulak. HEHE. Ternyata sedation yang diberikan berjaya. Mungkin bagi orang lain itu adalah perkara biasa dalam kehidupan seharian mereka tapi bagi saya tak. Ini merupakan kali pertama saya tengok. Sebab tu rasa best macam terawang-awang di angkasa raya. HEHE. Besa lah. Sejak praktikal luar, macam-macam perkara baru saya belajar dan lihat serta alami.


// Wound infection
Ini sekuel pada kes di atas. Eh eh. Tapi ni patient yang lain. Baik lah. hhmm. Macam ni ceritanya. Patient saya seterusnya jugak merupakan seorang dah berusia dan restless. Bila saya duduk dekat kaunter, bertalu-talu borang x-ray datang. Memang muka saya ni bawak rezeki kot. HAHA. (masuk mesin basuh putar sendiri) Lepas daftar patient cepat-cepat, terus tolong Anis dan radiografer bertugas posisi pesakit. Saya tengok suma orang pakai gloves. Well. Itu perkara normal. Tapi part staff nurse pakai apron tu agak luar biasa sikit walaupun tak lah luar biasa sangat macam Lady Gaga pakai baju kurung ke kebaya moden ke. Itu memang sangat luar biasa dan dia buang tabiat. HAHA.

Patient memang restless tak tahu nak cakap macam mana. Nak ikat guna tali feri tak sampai hati. Nak tak nak staff nurse kena pegang patient. Of course lah ada bagi protection untuk dorang. Masa depan tuuuuu. Jangan riso. Sejahat-jahat saya, tak ada lah sampai nak menjejaskan masa depan orang lain dengan tak bagi protection walaupun selalu jer ada yang nak bagi saya kecik hati. TAK BEGITU YOUNG LADIES? :)

Memandangkan dah ramai di dalam, saya pun bawak diri dan berada di luar. HEHE. Usai x-ray patient, saya tanya kenapa staff nurse pakai gloves dengan apron suma tu. Then baru perasan yang patient ada infected wound kat tangan dia. Alamak. Tadi saya pegang kaset x-ray patient tu T___T Cepat-cepat pergi basuh tangan dengan sabun antiseptik dan sapu antiseptik dekat tangan. haish.

Ini merupakan kali pertama saya dapat patient yang sedemikian. Tu lah. Masa kelas patologi sapa suruh tido. HEHE. Saya jugak setakat ini tak pernah lagi handle patient yang retro viral disease.


Tapi satu hari nanti, saya kena jugak handle. Jadi kena bersiap sedia.


// Teh bunga
Ehem ehem. Menu berbuka posa hari ini macam besa. Nasik tomato dan air teh bunga yang ada extra bunga chrysanthemum.Lepas berbuka posa, duduk kat depan tunggu patient datang. Eceh. Besa lah tu. Masa nak berbuka posa, sahur, lunch dan balik rumah memang masa kes datang banyak. Duduk sambil sembang-sembang. Then ...

Jeng jeng jeng.

Saya dapat kawan baru! woohoo. Eceh. Ayat macam suspen padahal besa je. HAHA. Well. Bagi saya, Kalau depa nak berkawan, kawan lah. Tak salah kan kalau nak berkawan? Selagi dia tak buat onar dalam hidup saya, it is okay :)


//

//

//

//


Kata hati : Ini baru dugaan kecil yang saya dapat. Saya sendiri pun tak tahu apa lagi dugaan yang akan saya terima. Yang pasti, saya harus bersiap sedia.

No comments: