Friday, September 17, 2010

hari raya bersama mereka :P

Salam dan selamat hari raya suma!

Macam mana dengan hari raya anda suma? Takpa takpa. Tengok gambo-gambo kat facebook pun dah tahu dah macam mana kemeriahan raya tahun ni. HEHE. Hari-hari di bulan Syawal kali ini saya sambut dengan gembiranya. Ehem ehem. Special, bermakna dan ada sedikit kurang best. Sebab apa kurang best? Sebabnya tak dapat beraya dengan Kak Lin serta kakak-kakak yang lain di perantauan. Selama 2 tahun sambut hari raya dengan mereka. Tahun ini tak dapat sambut. *nanges teresak-esak di dalam hati*

Macam remaja purba kita selalu kata, patah tumbuh hilang berganti. Tahun ini pertama kali beraya bersama mereka. Weehuu ~ *dancing around* Dan ini jugak merupakan kali pertama mereka beraya bersama saya (eerr. buat ayat pusing merry go round. takpa. dimaafkan untuk kali ini. HEHE) Berdebar-debar nak beraya bersama. Tido tak lena, mandi tak basah, makan jer kenyang (aik?) tunggu hari untuk jumpa dan beraya bersama. Tipu lah kalau kata tak blushing. HAHA. Eceh. Blushing jugak masa mula-mula raya dengan Kak Lin (HAHA. sila terharu sekarang) Tapi lama-lama boleh adapt :)


*blushing*

Dan kali ini jugak saya beraya bersama kenalan baru. Woohoo. Dulu cuma sembang di facebook tapi hari ini sembang live. Dia merupakan kawan kepada kawan saya. Sayangnya seorang lagi rakan mereka tak dapat datang beraya di rumah saya atas sebab-sebab tertentu *sigh*

Oleh itu, ingin saya ucapkan terima kasih daun keladi kepada mereka yang sudi datang ke teratak comel saya dan sekeluarga di bulan Syawal tahun ini serta sudi menjemput saya sekeluarga ke majlis perkahwinan. Terima kasih! Terharu sangat-sangat (menanges terharu sambil terjelepok di tepian laptop) Dan kepada El, tahun depan hang mai lah rumah aku dengan depa yang lain. Jangan dok teriak tak dapat beraya dengan aku tahun ni. HAHA.

No comments: