Monday, October 25, 2010

Mak ngei T_____T


Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti


Shahir AF8, Kebahagian Dalam Perpisahan  


Salam suma! T______T

Suma yang terjadi bukan kehendak saya. Serius ni. Lagi serius daripada Sirius Black T____T

Cerita sedih Korea episode satu : Can't take my eyes on you.


// Ini merupakan salah satu menda paling berharga dalam hidup selain daripada nyawa, duit, bijik mata, hidung, kaki, tangan, jari (penting ni. penting. nak taip entry kat blog) dan lain-lain yang dirasakan penting dalam hidup. Bagi saya, cermin mata merupakan salah satu menda yang penting. Maksud saya; SANGAT PENTING (saja letak warna merah bagi nampak macam ganas dan penting).

Saya bukanlah seorang yang gilakan fesyen (tapi rasa macam fesyen jer tergila-gilakan saya. selalu goda saya suruh beli shawl fesyen yang terkini sampai 3 lori). Malah saya jugak bukan seorang yang cermat. Oleh sebab itu lah cermin mata saya hilang. Dan oleh yang demikian saya bukan lah seorang yang pakai contact lenses.

Macam ni. Once upon a time, live a not-so-beautiful-princess-in-dream ... eerr. Kita teruskan dengan cerita sebenar. Tengah hari berkenaan kami suma balik naik van. Beg yang saya guna pada hari berkenaan adalah super duper beso gedabak (eerr. bagi saya lah) di mana tak ada zip pun. Main lekat-lekat guna magnet nak tutup beg. Sebagai seorang mak ngei yang berwawasan tinggi, saya pi letak cermin mata dalam poket kecik kat beg itu.

Pada malam harinya, tetiba rasa nak pi tengok tv kat common room. Masa ni lah baru sedar yang cermin mata tak ada. Abes suma geledah beg, rak buku, bilik air (hot spot untuk tinggal duit dan cermin mata) dan wardrobe tapi tak jumpa jugak. Haish. Memang dah gundah gulana masa tu..

Ini bahagian yang sedih lagi menyedihkan. Baik pergi standby tisu 40 kotak. Sedih weih. Bila study tak nampak jelas. Suma blur. Sudah lah saya ni jenis blur dan lambat dapat tangkap. Tambah pulak dengan dengan tak nampak jelas. sob sob sob. Memang dambaan pilu abes.

Balik tanya abang yang anta kami balik semalam ada tak jumpa cermin mata dalam van. Jeng jeng jeng. Saya nampak cahaya di hujung terowong. woohoo. Semalamnya cermin mata saya terjatuh dalam van. Phew. Nasib baik tak pecah. Ini salah satu perkara yang akan dialami oleh seorang mak ngei yang berwawasan tinggi.

Cerita sedih Korea episode dua : Organised them neatly.


// Ini salah satu siri mak ngei dalam hidup saya. Siri mak ngei bukan saja terjadi di kolej malah di luar kolej. Macam ni ceritanya. Pada suatu hari, saya pergi lah makan kat foodcourt UO yang disayangi oleh orang ramai. Bagaimana pulak dengan saya? Saya sayang tak foodcourt UO? Huih. Bukan takat sayang, cinta abes selagi mak cik kat kedai favorite saya tak naikkan harga makanan. HAHA.

Lepas makan, mula lah sikit-sikit jadi mak ngei. Boleh pulak saya pergi tinggal fail dekat meja makan dan berlalu pergi dengan riang. Haish.

Sampai dekat mana ntah (cerita lama. tu yang tak berapa nak ingat sangat ni) baru perasan fail tak ada. Haish. Rasa macam nak puk puk puk telinga sendiri masa tu. Mak ngei sangat. Esoknya satu Greentown mall saya pi tanya ada tak nampak fail saya. Sudah lah ada kad matrik dalam tu. Then tanya pak guard. Dia pi tanya geng-geng mak cik yang tolong cuci foodcourt. Alhamdulillah. Ada depa tolong simpan. Rasa nak nanges kesyukuran. Lepas tu kami pi berpoya-poya Ipoh Parade. HAHAHAHA.


Cerita sedih Korea episode tiga : I want to to drink 8 glassess of water everyday.

// Ada dua citer mak ngei kali ini tapi ia melibatkan satu menda iaitu botol air.

Kejadian pertama berlaku di stesen bas Medan Gopeng. Semangat nak balik kampung mengatasi segala-galanya. Sanggup tunggu lama dan tertido kat stesen bas. HAHA. Masa tu saya dalam tahun pertama, kalau tak silap saya lah. Saya ada bawak botol air beso gedabak untuk minum dalam bas. Sesampainya kat rumah, baru perasan yang botol air tak ada dalam beg. Haish. Ntah kat mana saya tahuk ntah lah. Kali terakhir pasal botol air tu dalam kotak memory saya, saya letak atas beg. sob sob sob T___T

Kejadian kedua pulak terjadi masa saya pergi rumah Raihan. Singgah kejap untuk tumpang solat Magrib sebelum pulang hostel. Tak sempat kalau nak solat kat hostel. Bila singgah kat kedai makan, saya ode air kosong dengan yakin sebab nak isi dalam botol air zirafah saya. Bila cari dalam keta tak jumpa. Puas saya geledah keta tapi tak jumpa. Memnag dambaan pilu lagi saya malam tu. Minum dalam plastik lah jawabnya.

Keesokkan harinya, Raihan datang bawak berita gembira. Botol air saya tertinggal kat atas meja study dia. sob sob sob. Nasib baik tertinggal kat sana. Kalau tempat lain, memang tinggal dalam lipatan kenangan hidup sepanjang hayat. Letak dalam slot kenangan terindah dalam hidup ada botol air gambo zirafah. HAHA.

Cerita sedih Korea episode empat : Save the best for last

// Ini merupakan kisah mak ngei paling sedih buat masa ini. Serius. Sampai sekarang saya terkilan T______T Ia membabitkan menda yang saya sayang. sob sob sob. Pencil case saya boleh pulak hilang pergi mana ntah. Dalam pencil case tu ada pendrive yang ada assignment yang nak kena anta hujung minggu. *terjelepok menanges di tepian sinki*

Seluruh kolej saya geledah cari pencil case. Bukan setakat dambaan pilu, hancur berkecai hati bila tak jumpa. Bukan takat dekat kolej, dekat Jusco pun saya cari. Abes Watson, Padini dan Nose saya terjah cari pencil case. Saya bukan main-main. Selagi saya tak dapat, saya akan usaha cari. Usaha tangga kejayaan.

Yang jadi lagi sedih bila pencil case tu saya tak jumpa sampai sekarang. Dan setiap hari saya berdoa agar saya dipertemukan kembali dengan pencil case saya (eceh. macam berharap kekasih datang jumpa naik keta kuda bawak bunga ros merah menyala. HAHA)



//
//
//



Itu baru sebahagian daripada kisah hidup seorang mak ngei T_______T Banyak lagi sebenornya. Dah nama pun mak ngei, mana nak ingat kan. HAHA. Oleh yang demikian, untuk mengatasi masalah ini, selalu-selalu lah menoleh ke belakang. Aik? Ramai orang kata nak maju jangan tengok belakang (nanti hantu congkak datang makan korang. HAHA) Eerr. Dalam situasi saya, toleh belakang untuk double check ada tak apa-apa yang tertinggal (belajar daripada kesilapan masa silam. eceh) Oleh itu, jangan takut nak tengok belakang sebab tak ada hantu congkak nak makan korang pun. HAHA.

Owh ya. Bagi yang blur amenda mak ngei tu, ia sebenornya membawa maksud pelupa, lebih kepada lupa barang. Ini yang saya amek daripada kamus dewan bahasa dan pustaka yang ditulis oleh Maya Karin. HAHA.



Dory: Hey there, Mr. Grumpy Gills. When life gets you down do you wanna know what you've gotta do? 
Marlin: No I don't wanna know.

Dory: Just keep swimming. Just keep swimming. Just keep swimming, swimming, swimming. What do we do? We swim, swim. 



love Finding Nemo! I love Dory! :)

Sunday, October 24, 2010

Last Day part 2


I keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly


As we go on
We remember

All the times we
Had together

And as our lives change
Come whatever

We will still be
Friends Forever


Friday, October 22, 2010

Suma student radiografi, sila buat sujud syukur sekarang

Salam suma!

Assignment suma dah abes.
Sesi kita kelam kabut buat assignment pun dah abes.
Masa untuk kita bercuti sambil berstudy week pun dah sampai.
Apa lagi, sila bersyukur sekarang. HEHE.



Masa kat masjid hari Isnin tu, rasa nak muntah. Uuweek uuweek. Nasib baik cuma rasa saja, tapi tak muntah betol-betol kat masjid. Kalau tak jenuh! Maya Karin cakap saya banyak berfikir. hhmm. Ingat senang ke Maya Karin nak cakap macam tu? Sebab itu saya nak catat dalam blog, pahat dalam diari hati hidup serta semai dalam ingatan. HAHA. Banyak perkara yang terjadi. Dengan pencil case hilang siap ada pendrive assignment yang ada dalam tu. *pengsan*

Kata hati : agak terkilan

Saturday, October 16, 2010

Last day





Bye bye Taiping

Hello Ipoh :)

weehuuu ~

I am glad it is over :)





Thursday, October 14, 2010

Sesi membela perut 3

Salam suma!

Staff poliklinik ada buat jamuan comel (?) untuk kami yang bakal abes berpraktikal. Menu jamuan adalah nasik lemak, kek coklat, keropok ikan dan air teh. Yummy rite? Sehari sebelum jamuan, kami beli barang untuk dimasak dan dibawa ke poliklinik keesokkannya. Kiranya nasik saja yang masak di sana. Sambal suma masak di rumah.

Kak Suhaila, Maya Karin, ehem ehem dan Farah.

Saya dan Farah kongsi makan dalam satu pinggan. Sharing is caring. HEHE.

Sila reka dialog atau cation sendiri untuk gambo di atas. Tak lebih daripada 21 patah perkataan.

Ada power ranger kat sini. Sila cari. HEHE.

Terima kasih kerana masak sambal dan air teh yang sedap. :)

Sedih pulak nak tinggalkan poliklinik :(

Saturday, October 09, 2010

lepas ni turn sapa pulak yang kawen?


Selamat pengantin baru
Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat! :)
Lepas ni turn saya pulak. HEHE.
Acah jer (dalam hati seronoknya kalau cepat. HAHA)



Gambo ni fotografer amek. Haish. Nak jugak tangan bakal radiografer amek baru tak blur. HAHA.
Ini bakal radiografer yang snap. Patut lah gambo cantik dan tak blur. HAHA. 

Hari Sabtu haritu Kak Iera ada ajak kami yang tak balik kampung untuk pergi kenduri kawen salah seorang staff hospital. Akak tersebut yakni pengantin baru ada jugak jemput suma staff x-ray yang lain tak nampak pun yang lain. Mungkin sebab jugak kami sampai agak lewat. Adalah menjadi perkara normal kalau sesat jalan. HAHA. 

Selain itu, kami jugak menjadi tumpuan ramai. Sebabnya kami saja yang tak pakai baju kurung atau kebaya. Saya lagi lah nampak lain. Dengan pakai blouse, siap seluar jeans. Memang patut pun mak cik tu dok usha-usha kami daripada start melangkah kaki masuk khemah sampai kuar khemah.

Balik pulak makan laksa yang Kak Iera buat. Memang terbaik kat angkasa lepas. Rasa nak nanges masa makan sebab sedap sangat di samping tengok citer hindustan, Mann. Pergh. HAHA.

P/s : dah lama beli DVD citer Khabi Khushi Khabie Gham tapi sampai sekarang tak abes tengok. Haih.

Sunday, October 03, 2010

Meh sayangi haiwan di dunia.

Salam suma! 

Selepas aktiviti mendaki bukit semalam, hari ini kami pergi cuci mata tengok jejaka kacak haiwan pulak! Ekceli hari ini ibu saudara saya ada menjemput kami suma makan di rumah beliau. Oleh itu, sebelum pergi makan, kita pergi jalan-jalan kat zoo dulu! :)

Akhirnya dapat jugak tengok musang secara live. Isk isk isk. Ni lagi terharu daripada dapat jumpa Jason Derulo.

Lelaki buaya darat
Aku tertipu lagi
Mulutnya manis sekali
Tapi hati bagai serigala

Haah. Itu dia buaya air. Buaya darat? Tak payah cari kat zoo. Memang tak ada pun. Mungkin jugak buaya darat tak tinggal di zoo.

Haah. Ini dia si comel mata bulat pipi tak tembam tapi bulu kembang. HAHA. Geram wooo tengok burung hantu ni. Dengan mata hitam pekat dan bulat. Lubang hidung burung ni pun comel.

Do you ever wonder kenapa orang panggil burung ni burung hantu? Bukannya dia buruk macam hantu Niyang Rapik (cis cis cis hantu yang suka bagi saya terkejut bila dia muncul dalam citer tu tak bagi salam) Kiut lagi adalah. Ada ke hantu mata bulat dan kiut macam burung hantu ni? Yang bagi tambah lagi geram saya kat burung ni bila dia membulatkan lagi mata dia yang memang dah sedia bulat. Haish. Jom tukar mata dengan saya nak tak? Mata saya sepet tak ikhlas. Mana tahu dah bosan ke ada mata bulat. HAHA.

Farah cuba ngorat burung comel tapi burung ni garang. Eleh. Takut orang curik mata bulat dia lah tu.

Main-main mata dengan burung hantu mata bulat comel tak ingat. Meh tengok sapa lagi bulat. Mata burung lagi bulat ke pipi saya yang lagi bulat? HAHA.

Haiwan wanted yang ada di zoo. HAHA.

Ikan dalam kolam tu lagi beso saiznya daripada paha saya. Seyes wa cakap sama lu. Takut-takut amek gambo tepi kolam ikan. Kena sekali dia lompat telan kepala ke gigit pipi ke, jenuh!

Dekat-dekat dengan tempat burung ini ada orang yang offer untuk pegang ular sawa. Dalam hati teringin jugak nak pegang dan bergambo dengan ular tu. Yelar. Fahrin Ahmad dah pegang ular sawa tu. Saya je belom lagi. Tak boleh jadi ni. Tercabar kewanitaan dan keremajaan kalau tak pegang.


Next destination; makan makan makan!