Thursday, September 30, 2010

Sesi membela perut 2

Selang 2 hari lepas jabatan x-ray buat jamuan, hospital pulak buat jamuan. Kali ni buat buat kat padang yang bersebelahan dengan hospital. Memandangkan saya, Farah dan Ida bertugas di poliklinik memang dekat sangat nak pergi. Kami pergi bergilir-gilir. Kang patient terpaksa x-ray diri sendiri kalau kami suma pergi.

Masa ni lah nak cuci mata tengok dokte ensem makanan yang banyak dan sedap. Selain itu, anda jugak dapat beramah mesra dengan staff hospital yang lain.

Kami sampai tak berapa nak awal jugak. Kalau tanya Ida dia pergi pukul berapa, setengah jam sebelum majlis mula dia dah sampai. Tambahan pula, dia merupakan antara insan yang paling awal makan. HAHA.

Anda akan nampak majoriti uniform warna putih. Selain daripada staff hospital, kelihatan jugak masyarakat awam yang turut serta.

Ini yang sempat saya amek. Tak silap ada ayam golek dan kambing bakar. Tak silap saya lah. Ada jugak laksa, soto, air campur, lemang, ais krim dan lain-lain lagi. Sate ini sedap! (saja highlight nama makanan. HEHE)

Ekceli ada dua citer sedih pasal ais krim. Satu cerita tu sangat tragis sampai rasa nak menanges tepi meja booth laksa. Meh saya kongsi satu cerita sedih. Macam ni ceritanya. Masa jamuan ini, ada dua jenis rasa ais krim iaitu vanila dan coklat. Saya sangat mengidamkan ais krim coklat. Bersungguh-sungguh saya beratur nak amek ais krim coklat. Orang yang in charge bahagian ais krim bagi saya ais krim yang bekasnya warna coklat.   Apa lagi, berhoyeh-hoyeh lah saya dekat situ. 

Dengan gembira, pergi duduk kat tempat saya balik. Okay lah. Malas nak citer part sedih menikam kalbu menusuk jiwa T_____T Tapi dah penat taip dari tadi kemudian tak mahu citer adalah perbuatan yang tak best. Meh nak sambung citer balik.

Jeng jeng jeng. Memandankan ini citer sedih, anda boleh menanges jika mahu dan sangat digalakkan. Nak menanges sampai keluar air mata darah mahupun contact lens yang anda pakai pun boleh. Nak menanges dalam hati pun boleh jugak. Nak pergi tenyeh bawang ke cili ke kat mata sampai menanges meraung melalak adalah digalakkan. Risiko tanggung sendiri. HEHE.

Baik lah suma. Dah nanges? Kalau sudah, boleh sambung baca. Kalau belum, buat bunyi menanges macam ni; sob sob sob pun diterima. Nak buat bunyi huhuhu pun boleh. Jangan risau. Saya tak rasa annoyed kalau anda buat bunyi huhuhu itu. HEHE.

Okay okay. Meh sambung citer balik.

Bekas ais krim ada dua kaler; biru dan coklat. Dalam fikiran anda, kalau diikutkan warna dan perisa, warna apakah yang membawa perisa vanila dan coklat?

Dalam fikiran saya, bekas warna biru mewakili perisa vanila dan bekas warna coklat mewakili perisa coklat.


Sekiranya anda fikirkan apa yang saya fikirkan, sila menanges teresak-esak sekarang. T__________T Sebabnya apa yang difikirkan  itu salah. (cry me a river, baby. cry me a river)

Jawapan yang betol adalah bekas warna biru untuk perisa coklat dan warna coklat untuk perisa vanila. Boleh pulak saya dah dapat dua-dua warna bekas tu dan kemudiannya boleh bagi kat orang lain ais krim coklat idaman kalbu. T_______T

Oleh itu, entry ini diakhiri dengan pepatah Brad Pitt. Dont judge an ice by its cover. Okay okay. Itu pepatah saya. Pepatah saya, Brad Pitt pulak dapat nama. HAHA.



No comments: