Tuesday, September 28, 2010

Sesi membela perut 1

Salam suma!

Berakhirnya bulan posa, ada yang turun berat badan (macam saya. turun 2 kilo T___T). Oleh itu, bagi mereka yang ingin menaikkan kembali berat badan, salah satu caranya adalah makan. Woohoo. Sapa-sapa yang nak diet, sila kawal pemakanan anda. HEHE.

Jabatan x-ray Hospital Taiping ada buat jamuan hari raya. Ehem ehem. Buat jamuan ea. Ini merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh suma orang. Memandangkan minggu tersebut saya bertugas di poliklinik, maka kena lah tak teh tak teh dari depan hospital ke bahagian belakang hospital. Demi jamuan, takpa. Kami suma sanggup pergi. HAHA.

Ini kek yang Kak Iera buat dan sangat sedap! Woohoo.
Ehem ehem. Ini lah Kak Iera. Nak mengorat Kak Iera? Owh. Tahniah! Anda berpeluang merasai pengalaman kena hentak dengan boyfriend beliau. HAHA.
Sekiranya anda rabun makanan, meh nak bagitahu amenda yang ada dalam pinggan saya. Mee goreng, bihun goreng Singapore, nasik beriani, lemang, tembikai, rendang, kek buah, cheese kek, puding dan kek coklat. Yummy rite? :)
Mengalir satu sungai air liur tengok
picture credit to Mr Lee

Yang bertugas di poliklinik dan tak dapat pergi, kami ada bawak balik juadah jamuan untuk mereka. Jadi tak ada sapa-sapa yang menanges teresak-esak tepi ambulans ke yang nak hantuk kepala kat sinki sebab tak dapat pergi. HEHE. 

Ekceli, kami sampai agak awal. Makanan tak sempat siap hidang lagi kami dah sampai. Of course lah. Dah kata majlis mula pukul 10 pagi. Maka kami sampai 15 minit awal. Haah. Oleh itu, sila amek kami sebagai idola anda. Bagaimana pulak kalau datang awal ke hospital? eerr. Malas nak komen. HAHA.

No comments: