Tuesday, September 14, 2010

Meet the Parents

Salam suma!

Selamat pengantin baru kepada kakak beliau, Nur Mazrah (Kak Ngah) dan pasangannya Hisham (eerr. tak tahu nak panggil apa. Abang Ngah perhaps. HEHE) yang telah berlangsung semalam iaitu pada hari Isnin, 13 September 2010 bersamaan 4 Syawal 1431 Hijrah di Kulim. Eceh. Ate dekat benor dengan rumah teman. HEHE.

Dan semalam jugak lah sesi meet the parents terjadi. To be honest, berdebar-debar jantung nak jumpa walaupun muka nampak steady. Tapi di dalam hati ku jua tahu. HEHE. Dan untuk kali pertama saya berjumpa dengan mak abah beliau, adik-adik beliau, mak cik pak cik beliau serta sepupu-sepupu beliau. Phew. Amek kau semua belasah jumpa. HAHA. First time jugak salam dan cium tangan mak beliau. Syahdu syahdu *lap air mata syahdu di hari raya*

Aiseh. Rugi lah pulak tak dapat jumpa pengantin. HEHE
Bila Tikah bertemu Tiqah, maka jadi lah Tikah kuasa 2. HEHE.
Kalau makan memang muka serius sampai masyarakat awam rasa nak pergi baling periuk belanga dekat muka saya. HAHA. 
Tema majlis perkahwinan ini adalah hijau. Saya dan keluarga lari tema. HAHA. Saya tak ada baju kaler hijau.    

To cut the stories, akhirnya saya jumpa jugak parents beliau walaupun untuk seketika saja. Tak sempat nak borak dan main-main mata. HAHA. Dan satu hari nanti, bila saya sudah bersedia, saya akan berjumpa dengan cara yang lebih gentlewoman (ada ke istilah gentlewoman? takpa. belasah saja guna). InsyaAllah. Macam biasa, sebelum balik, salam suma yang ada. Bukan takat salam, sesi hugging serta muah pipi kiri muah pipi kanan pun ada jugak. HAHA. Bukankah itu satu perbuatan tipikal seorang perempuan? 

Kalau dengan lelaki pulak bagaimana? Memang nak kena lastik hidung laju-laju. HAHA.

Lepas kenduri terus pergi Alor Star untuk beraya di rumah mak cik yang dah lama sangat tak jumpa. Rindu! 

Aktiviti minggu ini ; tour rumah sanak-saudara! :)

No comments: