Monday, September 20, 2010

Absence Makes the Love Grows Founder


Ia merupakan doa saya setiap hari, tidak terhad 
untuk setiap tahun di hari ulang tahun.

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki
Sentiasa berada di bawah lembayung rahmat-Nya
Hidup diberkati dan diredhai di dunia dan akhirat
Sentiasa berbahagia bersama keluarga tersayang dan insan tercinta (ehem ehem)
My choice for life (amiin)
Semoga ia berkekalan sehingga ke akhir hayat




Walaupun tak ada hadiah mahal yang saya mampu berikan untuk ulang tahun hari lahir seperti helmet motosikal (hampa ingat murah ke haah harga helmet? lagi mahal harga daripada cincin kat Poh Kong). Kalau nak sponsor visor RM10 boleh saja. Saya jugak tak ada kereta Suzuki Swift untuk bawak awak pergi jalan-jalan cari pasal.Yelar. Mungkin awak kata saya ada driver sendiri, takkan tak boleh bawak awak pergi jalan-jalan. Kalau setakat ada driver bas Transnasional tu boleh lah saya sponsor awak sebab tiket bas tu berpatutan. Awak nak ke? Kalau nak, kejap lagi saya book tiket untuk awak. Walaupun saya ada lesen memandu "highway sahaja", itu tak bermakna saya boleh beli tiket bas suka hati tumit kaki saya.

Kalau awak nak satu set baju persalinan jenama Guess, Levis serta Doche Gabana, memang lah saya tak mampu nak bagi sebab saya sendiri pun pakai baju sukan dan persatuan serta kelab yang saya join masa sekolah dulu. Sentimental value wooo baju-baju tu. Lagipun saya nampak kiut bila pakai baju-baju tu. Sweet 17 sangat-sangat. HEHE.

Kalau awak nak makan hari-hari dekat Sushi King ke Kenny Roger ke The Mahattan Fish Market ke memang saya tak mampu nak bawak pergi makan kat situ. Sebabnya saya sendiri pun makan mee segera. Kalau kaya sikit minggu tu (sila baca betol-betol; KAYA SIKIT) makan nasik dengan lauk yang berharga RM3.50. Sedap pun sedap. Murah pun murah. Berkhasiat pun berkhasiat. Kita ni orang Melayu. Ingat asal usul. Awak ingat awak tu Brad Pit ke haah nak makan kat tempat-tempat macam tu? Brad Pit pun makan kat gerai Cik Jah. Siap makan petai cicah tempoyak. Tapi nasib baik awak tak suka makan sushi. Fuuh. Selamat saya. HAHA.

Kalau awak mintak suma yang saya senarai kat atas tu, nampak sangat awak ni mata duitan. HAHA.

Banyak lagi saya nak tulis. Tapi nanti-nanti lah saya sambung tulis. Saya dah sakit perut. Toilet dah panggil.

P/S : Tapi saya tahu awak bukan macam tu. Sebab tu awak special.

No comments: