Sunday, August 01, 2010

siapa kata tak boleh survive?

Salam suma!

Hello everybody!

Dah masuk bulan 8. Pokoknya dah 2 minggu lebih sikit saya dan kawan-kawan duduk kat hostel baru di Ampang Baru. So far so good. Tak ada pulak saya rasa nak pengsan atau jerit tiap-tiap malam sebab tak mahu duduk sini (walaupun sebenarnya hati serta kasih masih lagi di hostel lama). Menda baru. Tak kenal maka tak cinta. eceh. Apa ni haah cinta-cinta? Bagitau kat mak kang. 

haah. Tahu pun takut.

Ada jugak yang tanya kenapa kami selaku budak-budak private tak duduk luar iaitu rumah sewa macam budak -budak private yang lain? Ini terpulang kepada diri masing-masing sama ada nak duduk di hostel atau rumah sewa. Mula-mula memang ada dengar citer pasal hostel baru. Major citer yang tak best pasal hostel baru. Tapi kami berjaya jugak survive. Kat sini banyak menda yang saya belajar. Mungkin sebab suasana baru yang memerlukan saya adapt dengannya.

Minggu pertama tak tahu apa-apa lagi. Jadi semua pakat-pakat bangun berjemaah pergi mandi pukul 5.30 pagi. woohoo. Maleh nak berebut bilik air dengan junior. Then minggu kedua suma pakat-pakat slow-slow kayuh bangun lewat. HAHA. Ni pun sebab maleh nak berebut dengan junior. See. Senior yang penyayang. Bagi chance kat adik-adik mandi dulu.

Duduk kat hostel baru,m setiap malam rasa terisi. Well, amek kasih sayang adalah satu agenda yang wajib. ~ hikhikhik (blushing sampai pipi kembang macam kuih pau) Selain daripada itu, setiap malam saya berazam untuk tido awal. Oleh yang demikian, saya kena settlekan keja dengan secepat yang mungkin. Iron baju cepat-cepat, makan cepat-cepat, kemas baju cepat-cepat, basuh baju cepat-cepat serta perkara lain yang boleh dilakukan dengan cepat. Part basuh baju, saya serahkan kepada kedai dobi untuk uruskan. HAHA. Haip haip. Bukan baloq liat nak basuh cuma kekangan masa. Kira kami ni masih lagi dapat uruskan hidup dengan baik. Ce tanya dokte houseman kat hospital. Bila masa dorang makan, basuh baju, pergi zoo taiping, tengok movie, bila dorang tido dan lain-lain lagi. haah. Nak tahu kena tanya dorang. Saya ada tanya tak dorang? hhmm. Tak tanya pun sebab saya pemalu. Nanti jumpa kat hospital blushing-blushing pulak. HAHA. (sekarang saya dah pakai baju besi sebagai perlindungan kalau ada di antara anda yang ingin membaling periuk belanga kepada saya)

Sebelum tido, kami jugak akan ada bedtime story. woohoo. Ate kome ingat budak-budak je yang ada bedtime story. Bakal mama budak pun ada jugak. Dan sudah semestinya bedtime story akan diceritakan oleh seorang ibu. eceh. Thanks Kak Intan! :) Alar alar. Kalau ada bedtime story nampak sikit macam princess dalam fairytale story yang nak kawen dengan prince yang ensem tak ingat. eceh. HAHA

Di hostel baru jugak, saya belajar untuk hidup secara sederhana. eerr. Macam mana tu? Macam ni. Dengan ruang serta kemudahan yang terhad, saya perlu menggunakan modified technique untuk buat assignment, bersiap untuk ke kolej, lipat baju (orang kat kedai dobi lipat baju tak comel dan kemas. tu yang kena lipat balik suma baju) serta suhu bilik yang tak berapa nak best. Tak adalah sampai nak keluar statement "aku tak boleh hidup kalau tak ada kipas". Statement tu macam tak berapa nak comel. Bab kipas dan suhu tak berapa nak best saya maleh nak komen sebab katil saya betol-betol bawah kipas. Tersa sedikit heaven di situ. HAHA.

Bab makan saya memang tak kisah. Sedap ke tak sedap ke saya belasah makan. Tak ada istilah cerewet bab makan dalam hidup saya. Suma saya makan, cuma antara suka atau tidak saja. Kalau itu saja yang ada, saya makan jugak walaupun tak suka. Cuma yang saya tak makan adalah organ dalaman haiwan (gilo hang nak makan organ dalaman manusia) macam hati, usus, otak lembu dan lain-lain. Kat hostel baru kedai makan agak terhad, sama jugak seperti dekat hostel lama. Kat hostel baru pun ada pasar malam tapi saya tak pernah pergi lagi. Yang bestnya ada gerai kat belakang hostel yang jual char kuew toew sedap. Nyum nyum. Namun begitu, saya tetap merindui masakan kat kedai bakso belakang hostel lama, nasik kerabu kat pasar malam serta nasik lemak mak cik jual kat pasar pagi belakang hostel T______T Bagaimana pulak nasik lemak kat kedai di kolej? Maleh nak komen. Menambahkan kepiluan dalam hati.

Hostel baru jugak dekat dengan kolej. Dalam 10 minit dah sampai kolej kalau nak dibandingkan dengan hostel lama yang amek masa setengah jam untuk sampai. Macam besa lah. Kaver tido dalam bas. woohoo. Setengah jam itu berharga. Memandangkan hostel baru dekat dengan hostel, maka kami pun sampai awal kat kolej. Pukul 7.30 dah sidai muka kat kolej. woohoo. Tapi tapi tapi sama saja kalau sampai awal ke sampai lambat. Pak guard tetap tunggu tak kira kot celah mana kami masuk secara seludup. Sebabnya kami tak pakai nametag. HAHA.

Walaupun tak best macam duduk kat rumah sewa (sebenarnya tak tahu best ke tak sebab tak pernah duduk) kami bersyukur ada tempat untuk kami tinggal sepanjang pengajian. Tambahan pula, stesen bas Medan Gopeng dekat sangat-sangat dengan hostel baru. Oleh itu, semakin galak saya pulang ke kampung setiap minggu. So jangan jeles kalau saya dan kawan-kawan balik hujung minggu. Kang ada pulak suara-suara puaka asyik perli-perli kami selalu balik kampung. aaii. Dengki ke kami dapat balik hujung minggu? Kami ada family kat kampung. Suka hati tumit kaki kami lah nak balik tiap-tiap minggu. heehh. Kan dah keluar statement garang. -_-"

Jap jap jap. Nak pi minum air bagi sejuk.

Okay. sambung balik entry.

Kesimpulannya (malas nak taip panjang-panjang. tak pasal-pasal ada yang kena fire dengan aku) belom cuba belom tahu. Macam Kak Lin cakap, cuba dulu duduk kat sana baru tahu tempat tu macam mana. So far so good.

Boleh jer survive duduk kat hostel baru. Sapa kata tak boleh survive?

No comments: