Friday, August 06, 2010

sapa kata tak boleh hidup kalau tak ada GPS?

Salam suma!

Dah berapa lama asyik tertangguh disebabkan tidak sepakat membawa berkat, akhirnya kami berjaya jugak untuk sampai ke Taiping. Motifnya adalah untuk mencari rumah yang pihak kolej sediakan bagi student-student yang bersemangat waja untuk berpraktikal kat sana. Fuuh fuuh. Antara kami tak ada sorang pun yang tahu jalan kat Taiping kecuali Maya Karin. Nasib baik ada Maya Karin. Kalau tak, confirm sesat sampai subuh esok lusa tulat tungging. Oleh itu, marilah kita beramai-ramai menyanyikan lagu terima kasih buat beliau. Sila tepuk laju-laju! HAHA.

Sekarang zaman canggih dengan adanya iPhone dan menda alah yang sama spesis dengannya. Kalau tipon tak ada tenet yang lengkap dengan Facebook, Youtube (boleh tengok akak Michelle Phan buat tutorial makeup sambil buat kes), dengan touch screen siap kamera 12 megapixel (macam nak amek gambo gajah depan mata) serta GPS akan dianggap seperti kurang canggih. Sob sob sob. Sedikit terasa hati di sini. Tapi tak mengapa. Sekarang nak cari rumah kenduri pun guna GPS. Tak tahu lah pulak kot-kot nanti akan ada yang kuar statement "saya tak boleh hidup tanpa GPS". Memang nak kena sekeh manja-manja kepala guna siku.

Memandangkan kami tak ada teknologi yang canggih sedemikian, kami menggunakan apa yang ada untuk meneruskan hidup. Kalau tak ada GPS, kami guna Google Maps. haah. Kreatif tak? Kreatif tak? Confirm akan ada yang jatuh cinta dengan kami lepas tahu kami guna Google Maps untuk cari rumah. Oleh itu, sila jatuh cinta. HAHA.






Sesampainya di Taiping, kami telah sesat sebanyak 40 kali untuk mencari 2 rumah. Kami jugak telah lalu di hadapan gerai menjual burger yang sama sebanyak 10 kali setelah bertanya sebanyak sekali kepada encik yang menjual burger itu (harap-harap dia tak perasan keta yang kami naik). Selain itu, kami jugak telah menjadi sangat peramah dengan berhenti bertanyakan hampir suma orang yang ada potensi untuk tahu di mana lokasi rumah yang kami nak cari. Belasah jer tanya pak cik yang jual durian sekilo RM5 dengan petai seikat RM2.50, brader-brader yang bersusah payah buat flyover, kakak-kakak serta abang-abang yang kerja dekat kedai jual baju (tapi saya syak tu bukan pangkat abang tapi pangkat adik. sora comel je). Sampai lah satu tahap, kami nak pi ligan posman yang tengah anta surat mintak tolong dia tunjukkan jalan. Tak pun singgah jap kat balai polis. See. Sungguh kental semangat dan jiwa kami.

Dah agak lewat. Jadi kami singgah kat Masjid Kampung Jambu yang berdekatan dengan Hospital Taiping. Setelah menyucikan diri dan jiwa serta dengan lafaz bismillah, kami pun teruskan usaha untuk mencari rumah. Elok masuk saja masuk simpang lepas masjid, terus buat roadblock dengan sorang pak aji yang baru balik dari masjid untuk tanya dia kat mana rumah yang kami cari. Kampung dan lorong dah jumpa cuma nombor rumah tu saja tak jumpa. Ada sorang lagi pak aji datang dan dia tahu rumah yang kami cari. Sebelum tu kami perkenalkan diri iaitu niat suci kami, dari mana kami datang serta kami mengaji kat kolej mana. Sesi perkenalkan diri tak termasuk dengan memberitahu email, facebook, jenis darah serta pointer final exam bagi menyakinkan mereka bahawa kami adalah pelajar kolej perubatan.

Sebut saja kolej perubatan, terus pak aji nombor dua yang kami jumpa bawak kami pergi rumah yang kami cari. Rupa-rupanya kami silap rumah daa. Nombor rumah yang terbalik. Patut lah cari rumah tak jumpa. Tapi dekat rumah tu ada orang duduk. hhmm. Misteri misteri. Pak aji cakap rumah tu budak medic lelaki yang duduk.

ehem ehem. owh. Yeker. ~ hikhikhik. ehem ehem. ada Honda Jazz kat rumah tu. ehem ehem. Tetiba terang biji mata.

ehem ehem. Apa pasal pulak tetiba tekak gatal ni. ehem ehem.

Jom sambung citer balik.

Menda yang sama terjadi untuk rumah nombor dua. Pusing punya pusing akhirnya jumpa jugak rumah yang kami cari. Bila dah jumpa, rasa nak nanges terharu tepi pintu pagar rumah tersebut. Sebelum balik Ipoh, singgah kejap kat Kuala Kangsar untuk solat Maghrib kat Masjid Ubudiah. Kali pertama tengok terus suka. Masjid ni cantik. Tetiba ada plan untuk masa hadapan. ehem ehem ehem. Blushing-blushing pulak dah. ehem ehem. Ingat nak akad nikah di masjid ini. ehem ehem. Blushing-blushing lagi. Okay okay. Pipi dah kembang macam kuih pau sebab blushing sangat.


Sekarang membilang hari untuk ke Taiping! woohoo.

Sebelum apa-apa, kita kena sucikan hati dulu. Baru dapat yang kita nak. Kalau niat dari mula tak berapa nak comel, maka keputusannya pun tak berapa nak comel :)

No comments: