Sunday, August 15, 2010

Outstation : Ramadhan day 1 and 2

Salam suma!

Ramadhan 1
// Ini merupakan Ramadhan yang ketiga saya sambut di perantauan. Duduk jauh daripada keluarga di kampung. eceh. Jauh lah sangat. HAHA. Ramadhan kali ini saya sambut bersama-sama dengan kawan-kawan di Taiping. woohoo. Dan dan dan kali pertama kami masak bersama-sama untuk berbuka puasa. woohoo. Teruja teruja. Untuk berbuka puasa pada hari pertama Ramadhan, kami suma sepakat membawa berkat sama-sama masak. Nyum nyum. Ingat senang ke haah nak masak. Jiwa raga kena betol-betol kental. Itu tak termasuk dengan halangan dan cubaan masa masak.

Ingat senang ke haah nak goreng ikan dengan minyak meletup-letup siap panas menggelegak macam bola-bola api suma tu? Tercabar betol kemampuan nak masak. Tak caya ce tanya Maya Karin. Mungkin ada yang tertanya-tanya sapa Maya Karin. Alar. Yang gorjes tu. Gorjes yang mana satu? Alar alar alar. Yang paling gorjes tu. HAHA. Okay okay. Jom citer pasal masak balik. Walaupun dah kena percik minyak suma, kami berjaya jugak masak masakan yang enak seperti ;

Sayur goreng bujang al remaja.
Maya Karin goreng ikan-ikan ni. Kiut kan ikan-ikan ni? Kiut macam orang yang goreng tu ~ hikhikhik
Sardin roll yang kacak. Kak Mira masak sedap! :)
Kepak ayam seksi yang selamat dimasak kurma. Yummy rite? Ma yang masak.

Nak resipi goreng ikan yang kiut macam Maya Karin masak? Sila hubungi beliau yang kini berpraktikal dengan riang di Hospital Taiping. HAHA. Kalau resipi untuk buat sardin roll adalah lah. Nanti saya share ea. Sharing is caring. Setakat nak share resipi tak ada masalah. Share boyfriend macam mana pulak? Hang pernah rasa tak macam mana kena hentak guna spanar? Kalau tak pernah, meh sini meh nak hentak.

woohoo. Rindu nak berbuka puasa dengan family.

Ramadhan 2
// Hari ni hari Khamis. Jadi esok kami suma akan balik kampung masing-masing kecuali Ma ngan Farah. Depa ikut Kak Eira balik kampung Kak Eira kat Kedah. Malam hari Khamis tu depa dah ikut Kak Eira tido kat rumah Kak Eira. Dah tinggal kami berempat. Rasa macam tak berbaloi nak masak kat rumah. Pokoknya, berbuka puasa di luar! woohoo. Tempat yang tak sesak dan senang nak pergi macam besa lah, McD. Terasa begitu bujang makan kat sini. HAHA.

Makanan orang bujang di perantauan :)

Ini merupakan kali pertama menjejakkan kaki ke Taiping Central. Haip haip. Jangan kutuk. Jangan kutuk. Selain daripada itu, Anis jugak telah terbeli contact lens kaler biru. woohoo. Tak silap contact lens tu boleh tahan selama setahun dengan harga RM40 sepasang. Saya pulak terpegun terpana tengok akak yang jaga kedai tu. Kiut kemain lagi. Dengan mata bulat, rambut curl pusing sana sini, makeup tak tebal, baju comel dengan kulit putih melepak. haish. Macam anak patung jer aku tengok. Kalau anak patung, dah lama saya amek bagi anak-anak perempuan saya main. HAHA.

Anak-anak perempuan? Future. Amiin.


2 comments:

koru said...

sardin rolll!!!^^faveret

atiq said...

woohoo. sardin roll sungguh enak dimakan begitu saja :)