Sunday, August 22, 2010

Outstation : Ramadhan 8

Salam suma!

Jangan riso. Entry kali ini mengandungi gambo. Berapa banyak gambo? Satu cukup lah. HAHA.

Harini memang penat. Malam nanti nak kena oncall pulak. haih. Bangun tido, terus pi amek depa yang len yang baru abes duty. Dengan muka yang tak berapa nak siap, tudung confirm senget benget suma, pergi lah membawa muka ke kedai makan untuk berbuka bersama-sama rakan-rakan dari kolej lain yang sama-sama berpraktikal dengan kami kat Hospital Taiping. Depa pun dah nak abes da praktikal kat Taiping ni.

Lokasi berbuka : Kedai Nasi Kandar Nasmir, Taiping Sentral
Waktu berbuka : Bila sampai waktu berbuka
Tarikh dan hari : Bulan Ramadhan

UNIKL RCMP, UNISEL, UiTM dan MAHSA

aik. Ada plastik Old Town di situ. ehem ehem. Memandangkan Farah bukanlah penggemar nasik kandar, dan begitu jugak saya, Farah beli nasik dekat Old Town yang dekat dengan kedai nasik kandar ni. Saya pun beli nasik dekat Old Town jugak ke? Sudah semestinya tak. HAHA. Saya belasah makan nasik dekat kedai nasik kandar. Nanti kita lepaking sambil gosiping dekat Old Town ye Farah? ehem ehem. Girl's day out :)

Kata hati : Malasnya nak pergi oncall T____T

No comments: