Saturday, August 21, 2010

Outstation : Ramadhan 5

Salam suma!

Dulu masa sebelum pergi Taiping, ada jugak tersesat satu niat suci. Niat nak berbuka posa di masjid setiap sepanjang bulan posa lambang untuk menjimatkan perbelanjaan harian di bulan Ramadhan. HEHE. Jangan kutuk. Jangan kutuk. Kalau nak kutuk, sila kutuk dalam hati.

Ehem.

Last-last duit banyak jugak abes time nak berbuka. Nak buat macam mana. Saiz perut sangat comel macam bayi yang bertukar jadi saiz perut buaya bila berbuka posa. haih. *sigh lambang kecewa dengan kekembangan perut sedemikian rupa*

Tapi bila niat kita tulus ikhlas selamat hari raya maaf zahir batin walaupun sebenarnya tak sampai lagi hari raya dan tak tahu apa motif cakap yang melibatkan batin padahal batin tak buat salah apa-apa pun, niat suci itu akan dimakbulkan.

Jeng jeng jeng.

Al kisahnya pada suatu hari di hujung minggu, saya, Kak Mira dan Mimi balik kampung halaman lambang rindu pada keluarga tidak terperi. Masa nak balik semula ke Taiping, kami tak ada kunci rumah. Kunci rumah itu ada pada Mimi. Mimi pulak lambat sikit sampai. Pikir punya pikir, kami singgah di Masjid Kamunting dulu untuk berbuka posa di sana.

Ingatkan tak ramai yang bukak posa kat masjid especially kaum wanita. Rupa-rupanya memang tak ramai pun. HEHE. Yang ada kat situ adalah mereka yang bermusafir seperti kami. Menu berbuka simple saja. Jangan pulak dok bayang ada nasik beriani gam ke soya campur cincau ke kuew teow hong kong ke bandung cincau ke. haish. Sila kawal pemakanan anda di kala berbuka. Kami makan kurma dan air. Selepas solat Magrib berjemaah, ada seorang mak cik yang baik hati bagitau kami yang ada moreh kat surau. Muka yang memang bercahaya sebab lepas solat bertambah sinarnya bila dengar ada moreh. HEHE.

Tapi ...

Tak jadi pi makan moreh. Sebabnya? Sebabnya kami blushing ada ramai orang lelaki kat situ. Takkan nak redah pi amek jugak.

Dengan penuh keredhaan, kami bergerak pi stesen bas ekpres Kamunting untuk amek Mimi sambil berlinangan air mata teringatkan moreh. HEHE.

Kesimpulannya, (eceh. penutup ringkasan karangan zaman sekolah) apa yang saya nak bagitau adalah ia merupakan pengalaman pertama dalam hidup saya berbuka posa di masjid. Sebelum ni berbuka posa di rumah atau hostel bersama-sama keluarga dan kakak serta kawan-kawan. sob sob sob T______T (menanges sambil lap hingus kesedihan).

Bila bukak posa, memang nak beli macam-macam. Lepas tu tak abes. Tak silap saya, ada satu kawasan di negara lain yang terpaksa menukarkan darah mereka untuk mendapatkan makanan. haah. Oleh itu, sila insaf sekarang. HEHE.

p/s : Gambar untuk berbuka posa kali ini? Ehem. Tak ada gambo. HAHA. Ate kome ingat teman ni kaki bergambo ke haah?

No comments: