Sunday, August 22, 2010

hello hello. ada kecemasan.

Salam suma! Bagaimana kesihatan anda suma hari ini? Jangan dok kata dok gastrik lagi dah la. Kang tak pasal-pasal pergi emergency kat hospital pi x-ray perut. HAHA.

Baik lah.

Hari ini merupakan kali pertama saya oncall. eceh. Tetiba teruja walaupun agak malas sebenarnya. Kalau ikut jadual, saya oncall dengan Shawani kat main department yang terletak di belakang hospital. 

Sunyi dok kat deparment belakang. Tak ramai yang lalu kecuali staff nurse, PPK dan keluarga patient yang tunggu patient kat depan dewan bedah. Kalau malam kes portable, pergh. Memang banyak. Tak sampai 5 kes. HAHA. Kes emergency untuk CT scan malam ni ada satu kes saja. Nasib baik satu saja sampai pukul 2 pagi. Kalau sampai Subuh, bengkak mata tak tido. HAHA.

Dan ini merupakan kali pertama saya oncall di bulan Ramadhan. Dah bawak siap-siap bekal untuk bersahur. Dan menjadi lebih bermakna apabila bekal tersebut tertinggal dalam keta yang terletak di poliklinik yang berada di bahagian depan hospital. *menanges satu sungai* Kalau nak jalan kaki pergi sana, tak jauh jugak. hhmm. Kena lalu wad PSY, bilik mayat, farmasi dan bangunan wad baru. Tak jauh kan? Kan? Kan? (ayat sedapkan hati) Maka, ini jugak merupakan kali pertama saya tak bersahur pada kali pertama oncall dalam hidup serta kali pertama oncall di bulan Ramadhan T______T

Walaupun macam-macam cabaran datang (eceh. ayat semangat pahlawan melayu), saya gembira! (kejadahnya gembira pukul 3 pagi?)


No comments: