Monday, August 16, 2010

dah banyak kali tengok tapi kali pertama buat.

Kadang-kadang bukan kita tak mahu buat tapi macam ada sesuatu yang menghalang untuk kita buat perkara itu. Yup. Itu yang terjadi kepada saya. Punyalah meronta-ronta hormon remaja nak buat sesuatu tapi tapi tapi macam ada roadblock untuk buat. haish. Jenuh saya kuatkan semangat untuk buat. Ingat senang ke haah nak buat macam tu? Macam besa. Abes senget-senget tudung walaupun waktu pejabat belum abes lagi (perkara normal kalau tudung senget lepas waktu pejabat) Macam besa, nak  kutuk, sila kutuk dalam hati T____T.

Masa dekat Hospital Ipoh pun saya tak berani nak buat. Kat Hospital Taiping pun saya tak berani nak buat padahal nanti bila kerja memang kena buat. Puas pujuk hati dan diri sendiri, akhirnya, Hospital Taiping jadi saksi untuk pertama kali saya buat. Buat amenda? Buat amenda? Sebelum tu gelak dulu. Saya sendiri pun tak tahu apa motif sebenar saya rasa nak gelak. Mungkin gelak pada diri sendiri merupakan perbuatan comel. Jangan dokte pergi syak saya pesakit PSY sudah lah. Muka dah comel tapi PSY. eceh. Comel lah sangat. Kalau comel, dah lama ada orang mintak nombor telefon tapi sampai sekarang tak ada. KAHKAHKAH. Takpa takpa. Tak menjejaskan kualiti hidup kalau tak ada orang mintak nombor telefon ke facebook ke alamat rumah ke. Kalau kacau saya, memang agak terjejas hidup. Hang nak kena hentak ke haah?! (tetiba jadi garang. beware. naga buana kembali mengganas)

HEHE. Gelak sikit.

Gelak lagi. HAHA.

Gelak lagi banyak. KAHKAHKAH.

Okay dah. Cukup gelak sikit-sikit. Nanti kang balik rumah menanges pulak. Okay. Naga buana dah tukar jadi anak kucing comel mata bulat dan bulu putih lebat dengan ekor kembang.

Amenda yang saya cuba sampaikan adalah sebagai perempuan, anda haruslah menjaga kesihatan diri sendiri. Oang lelaki pun kena jaga kesihatan diri tapi kali ini saya nak fokuskan kepada wanita. eceh. Tetiba rasa diri seorang wanita yang telah bekerjaya buat ayat macam tu padahal baru nak tak teh tak teh membawa muka skema pergi praktikal. Minggu ni tak silap saya lah, saya bertugas di bahagian mammografi. Sebenarnya saya sendiri pun konpius sama ada saya kena pergi portable dekat wad atau mammografi sebab dua-dua tempat tu digabungkan pada satu bahagian. eerr. Paham tak apa yang saya cuba sampaikan? Kalau tak paham, pergi baca balik sampai paham. HAHA.

Memandangkan hari berkenaan patient patuh pada temujanji yang telah dibuat, suma patient yang dah buat temujanji datang. Oleh itu, jeng jeng jeng saya mengambil kesempatan ini untuk membuat pemeriksaan mammografi pertama terhadap patient. woohoo. Maka telah datang seorang akak yang merupakan calon bertuah pada hari itu sebab saya yang akan buat pemeriksaan mammografi terhadap beliau. Dengan tunjuk ajar daripada senior radiographer, saya berjaya! ~ weehuu. Rasa macam nak menanges terharu sangat-sangat. Tapi macam besa lah. Remaja purba dah pesan awal-awal lagi. Jangan seronok sangat nanti menanges di kemudian hari. Saya ni tak sempat menanges di kemudian hari pun. Hari tu jugak menanges. sob sob sob.

Dalam keterujaan buat mammografi pertama daalam hidup selama 20 tahun saya bernafas di atas muka bumi yang indah ini, saya menanges teresak-esak dalam hati. Sebab apa? Sebabnya saya lupa salin kes mammografi yang saya buat tadi. Lupa amek nombor x-ray, lupa nama akak tu, lupa amek indikasi pesakit. sob sob sob. Ini baru dinamakan kebahagian dalam perpisahan. T_______T Dah rugi satu kes mammografi yang saya kena cari. Tu lah. Gelak banyak lagi tadi.

Kes yang saya dapat pun agak rare. Bagi saya lah. Kalau untuk pemeriksaan mammografi yang besa atau untuk check up selepas pesakit buat masectomy memang tak rare. HEHE. Saya sendiri pun kadang-kadang seriau jugak tengok macam-macam jenis penyakit yang membabitkan orang perempuan. Memandangkan hari ini saya buat entry pasal mammografi, meh nak citer sedikit sebanyak apa yang boleh dikongsi tentang aset (phewit phewit) wanita ini. Selalunya pesakit datang buat pemeriksaan mammografi untuk buat regular check up. Ada jugak yang buat sebab jumpa lump pada breast mereka selepas mereka dapat kesan masa buat BSE (breast self examination). Yang selalunya adalah golongan wanita seawal umur 40 an datang buat mammografi. Sekiranya dapat kesan sesuatu, pesakit akan buat ultrasound untuk mendapatkan lebih kepastian.

Ada jugak pesakit yang dah ada breast cancer tapi lambat kesan. Aduh. Itu yang kita tak mahu. Ada orang cakap macam-macam punca breast cancer. Salah satu daripadanya adalah pemakaian deodoran serta faktor pemakanan serta keturunan. Mungkin ada yang telah tahu bahawa menyusukan bayi dapat mengurangkan risiko untuk menghidapi breast cancer. Selain itu, adalah menjadi amalan kaum wanita untuk membasuh pakaian dalam yang baru dibeli sebelum memakainya (saya sendiri pun tak pasti sama ada majoriti wanita berbuat begini tapi itu bukankah menjadi sebahagian daripada hygenic routine). Selain daripada itu, jangan boikot sayur dan jangan jatuh cinta terhadap junk food atau fast food. haip haip. Besa tu suka sangat makan junk food dan fast food.



kata hati ; kalau semua orang dah tengok, semua kita dah tunjuk kat orang lain, apa yang tinggal untuk suami kita nanti? :) HEHE.

No comments: