Friday, July 30, 2010

ini baru dikatakan putus cinta

Salam suma!


Saya tak pernah bercinta sebelum ini. Jadi, saya tak pernah rasa macam mana putus cinta...



OSCE di mana ia merupakan nama singkatan bagi suatu nama exam yang saya ambil di mana saya jugak tak tahu nama penuhnya tergolong dalam "10 perkara yang saya tak suka sampai rasa macam nak sembelit". Student allied health mesti tahu. Bagi yang tak tahu, OSCE adalah nama singkatan bagi suatu nama exam yang saya ambil di mana saya jugak tak tahu nama penuhnya tergolong dalam "10 perkara yang saya tak suka sampai rasa macam nak sembelit". hehe. Saja ulang balik ayat sama lambang tak ada modal nak goreng ayat apa.

Masa OSCE, orang suruh buat lain saya buat lain. Patient sepatutnya dongak kepala, saya suruh buat kepala mengadap erect bucky padahal memang tengok soalan dah tahu apa nak buat. Entah apa yang saya ingat sampai lupa abes suma. Tak pasal-pasal dah salah view. T_____T

Bila kritik imej, saya pun tak berapa pasti view apa yang saya dapat. Lumbarsacral ke lumbar saja. Saya sendiri terkonpius-konpius. T_____T Yang saya pasti, ia berkaitan dengan spine.

Haish.

OSCE ini ada jugak tempias-tempias assessment yang berbentuk exam. (amenda ni atiq yang hang cuba bagitau) untuk maklumat lanjut, anda juga boleh rujuk kepada cikgu Google yang sedia membantu.

Kenapa OSCE tergolong dalam "10 perkara yang saya tak suka sampai rasa macam nak sembelit"?

Pertama.
// Selain daripada alergi kepada nombor, saya jugak alergi terhadap bentuk penglabelan anatomi yang sudah semestinya ditanya dalam OSCE. Walaupun kadarnya sangat sedikit di mana lagi sikit daripada no 5, Ia sudah cukup untuk bagi saya kena anaphylactic shock. 

Kedua.
// Saya akan baca buku positioning patient macam nerd terakhir yang akan mempertahankan gelaran nerd di dunia. Serius. Cheq tak muhong hampa suma. Padahal menda yang sama dok buat kat hospital daripada start masuk deparment x-ray sampai lah dah nak abes belajar. Semakin banyak yang saya baca semakin banyak saya tak tahu. Tu lah. Masyarakat awam dah bagitau dah sejak dari dulu lagi. Membaca itu jambatan ilmu.

Ketiga.
// Ini merupakan kelemahan terbesar antara kelemahan terbesar. woohoo. Besar mana kelemahan ini? Saya pun tak tahu. Mungkin lagi besar daripada biji kacang hijau. Sebenarnya, saya tak pandai kritik imej filem x-ray. Bagi saya, suma imej sama saja. Bukan itu saja, saya jugak tak pandai nak cari buah pinggang dalam filem x-ray bila buat x-ray KUB (kidney ureter bladder) padahal orang lain dah lama dah tahu. sob sob sob. T______T

Keempat
// Saya jugak tak pandai untuk bajet berapa banyak nak bagi exposure pada patient. Ada potensi nak bagi exposure sampai gambo jadi kaler hitam macam punggung kuali atau putih lagi menyucikan.

Kelima.
// OSCE menyebabkan saya gelabah. Mungkin sebab bertentang mata dengan patient. eceh. HAHA. Just kidding. Sebelum OSCE relaks lagi. Muka pun steady jer. Ce tengok bila saya melangkah masuk dalam bilik OSCE. Pegang kaset dengan mesin dah menggeletar tangan padahal bukannya ada Fahrin Ahmad mata - sepet - putih - melepak - pakai - cermin mata - yang - kerja - bagi - ubat - serta - macam pelakon korea pun kat depan tu yang mampu membuat  jantung saya berdegup kencang. eceh. HAHA.

Keenam
// Penantian satu kelaparan. Dari pagi tunggu tapi giliran saya tengah hari. haih. Sabar je. Nak buat macam mana. Nombor matrik comel. Tu yang nama dalam senarai kat bahagian paling bawah.

Ketujuh
// Selain daripada gelabah, saya jugak akan menjadi blur. Sebelum masuk bilik OSCE, rasa penuh ilmu di dada. Ce bila langkah kaki kanan masuk bilik, sumpah hilang abes menda yang hafal tadi. 

Kelapan
// Semua dia atas. HAHA.


Memang tipikal lepas apa-apa exam yang frust, kami mengubat duka lara. Pergi tengok movie Inception. ehem ehem. Memang terbaik movie ni walaupun nak terbalik-balik kepala pikir. Sebab apa best? Sebab ada;

Leonardo Dicaprio ~ aauuww (pengsan sambil tersenyum lepas tengok beliau)
 source : Google




Joseph Gordon-Levitt ~ aauuww. I like.
source : Google


Tom Hardy ~ aauuww. Ini pun sama jugak. Rasa macam nak mintak email ke nombor telefon ke facebook ke apa yang patut. HAHA

serta...

Cillian Murphy

source : Google

Picture of the day :


Oleh itu, sila lah menonton movie Inception. Kalau dah terlepas, sila dapatkan DVD atau VCD di kedai yang berhampiran dengan rumah anda. Tak mahu pergi yang dekat, pergi kedai yang jauh. HAHA. Ini merupakan movie di mana ada ramai jejaka yang sedap mata memandang (eceh). Bagi saya lah. Mungkin jugak sebab saya dah jatuh hati dengan baju-baju yang pelakon-pelakon movie ini pakai. Haih. Cair abes. Sanggup duduk seat nombor 3 dari depan semata-mata nak tengok dorang. HAHA.



Dan berbalik semula kepada cerita asal, serius lah. Memang frust bila masa OSCE tak dapat buat dengan sebaik mungkin. Rasa lagi frust daripada sakit putus cinta. eerr. Aik. Masa bila plak aku pernah putus cinta? Sakit sebab getah putus masa nak lastik cicak ada lah. woohoo.

p/s : Sapa-sapa yang tak tengok lagi movie ni, saya paksa tengok. HAHA.



Orang cakap putus cinta itu menyakitkan. Mungkin sakit macam kena hentak guna kaset besi x-ray yang beso gedabak atau lebih daripada itu. Saya taknak rasa sakit putus cinta macam yang orang cakap. Saya rela sakit kena hentak guna kaset besi x-ray yang beso gedabak. Saya rela sakit ibu jari sebab kena langgar dengan troli patient yang berat dan jugak beso gedabak. Sebabnya sakit tu sementara saja. Tapi sakit putus cinta saya rasa tak mudah hilang macam sakit kena hentak guna kaset besi x-ray mahupun ibu jari kena langgar dengan troli patient. Saya cuba buat yang terbaik. Saya cuba lakukan sedaya yang mungkin untuk pertahankan apa yang selama ini saya jaga dan sayang. Kalau lah ia dimengerti tentu lebih indah.

No comments: