Friday, July 30, 2010

ini baru dikatakan putus cinta

Salam suma!


Saya tak pernah bercinta sebelum ini. Jadi, saya tak pernah rasa macam mana putus cinta...



OSCE di mana ia merupakan nama singkatan bagi suatu nama exam yang saya ambil di mana saya jugak tak tahu nama penuhnya tergolong dalam "10 perkara yang saya tak suka sampai rasa macam nak sembelit". Student allied health mesti tahu. Bagi yang tak tahu, OSCE adalah nama singkatan bagi suatu nama exam yang saya ambil di mana saya jugak tak tahu nama penuhnya tergolong dalam "10 perkara yang saya tak suka sampai rasa macam nak sembelit". hehe. Saja ulang balik ayat sama lambang tak ada modal nak goreng ayat apa.

Masa OSCE, orang suruh buat lain saya buat lain. Patient sepatutnya dongak kepala, saya suruh buat kepala mengadap erect bucky padahal memang tengok soalan dah tahu apa nak buat. Entah apa yang saya ingat sampai lupa abes suma. Tak pasal-pasal dah salah view. T_____T

Bila kritik imej, saya pun tak berapa pasti view apa yang saya dapat. Lumbarsacral ke lumbar saja. Saya sendiri terkonpius-konpius. T_____T Yang saya pasti, ia berkaitan dengan spine.

Haish.

OSCE ini ada jugak tempias-tempias assessment yang berbentuk exam. (amenda ni atiq yang hang cuba bagitau) untuk maklumat lanjut, anda juga boleh rujuk kepada cikgu Google yang sedia membantu.

Kenapa OSCE tergolong dalam "10 perkara yang saya tak suka sampai rasa macam nak sembelit"?

Pertama.
// Selain daripada alergi kepada nombor, saya jugak alergi terhadap bentuk penglabelan anatomi yang sudah semestinya ditanya dalam OSCE. Walaupun kadarnya sangat sedikit di mana lagi sikit daripada no 5, Ia sudah cukup untuk bagi saya kena anaphylactic shock. 

Kedua.
// Saya akan baca buku positioning patient macam nerd terakhir yang akan mempertahankan gelaran nerd di dunia. Serius. Cheq tak muhong hampa suma. Padahal menda yang sama dok buat kat hospital daripada start masuk deparment x-ray sampai lah dah nak abes belajar. Semakin banyak yang saya baca semakin banyak saya tak tahu. Tu lah. Masyarakat awam dah bagitau dah sejak dari dulu lagi. Membaca itu jambatan ilmu.

Ketiga.
// Ini merupakan kelemahan terbesar antara kelemahan terbesar. woohoo. Besar mana kelemahan ini? Saya pun tak tahu. Mungkin lagi besar daripada biji kacang hijau. Sebenarnya, saya tak pandai kritik imej filem x-ray. Bagi saya, suma imej sama saja. Bukan itu saja, saya jugak tak pandai nak cari buah pinggang dalam filem x-ray bila buat x-ray KUB (kidney ureter bladder) padahal orang lain dah lama dah tahu. sob sob sob. T______T

Keempat
// Saya jugak tak pandai untuk bajet berapa banyak nak bagi exposure pada patient. Ada potensi nak bagi exposure sampai gambo jadi kaler hitam macam punggung kuali atau putih lagi menyucikan.

Kelima.
// OSCE menyebabkan saya gelabah. Mungkin sebab bertentang mata dengan patient. eceh. HAHA. Just kidding. Sebelum OSCE relaks lagi. Muka pun steady jer. Ce tengok bila saya melangkah masuk dalam bilik OSCE. Pegang kaset dengan mesin dah menggeletar tangan padahal bukannya ada Fahrin Ahmad mata - sepet - putih - melepak - pakai - cermin mata - yang - kerja - bagi - ubat - serta - macam pelakon korea pun kat depan tu yang mampu membuat  jantung saya berdegup kencang. eceh. HAHA.

Keenam
// Penantian satu kelaparan. Dari pagi tunggu tapi giliran saya tengah hari. haih. Sabar je. Nak buat macam mana. Nombor matrik comel. Tu yang nama dalam senarai kat bahagian paling bawah.

Ketujuh
// Selain daripada gelabah, saya jugak akan menjadi blur. Sebelum masuk bilik OSCE, rasa penuh ilmu di dada. Ce bila langkah kaki kanan masuk bilik, sumpah hilang abes menda yang hafal tadi. 

Kelapan
// Semua dia atas. HAHA.


Memang tipikal lepas apa-apa exam yang frust, kami mengubat duka lara. Pergi tengok movie Inception. ehem ehem. Memang terbaik movie ni walaupun nak terbalik-balik kepala pikir. Sebab apa best? Sebab ada;

Leonardo Dicaprio ~ aauuww (pengsan sambil tersenyum lepas tengok beliau)
 source : Google




Joseph Gordon-Levitt ~ aauuww. I like.
source : Google


Tom Hardy ~ aauuww. Ini pun sama jugak. Rasa macam nak mintak email ke nombor telefon ke facebook ke apa yang patut. HAHA

serta...

Cillian Murphy

source : Google

Picture of the day :


Oleh itu, sila lah menonton movie Inception. Kalau dah terlepas, sila dapatkan DVD atau VCD di kedai yang berhampiran dengan rumah anda. Tak mahu pergi yang dekat, pergi kedai yang jauh. HAHA. Ini merupakan movie di mana ada ramai jejaka yang sedap mata memandang (eceh). Bagi saya lah. Mungkin jugak sebab saya dah jatuh hati dengan baju-baju yang pelakon-pelakon movie ini pakai. Haih. Cair abes. Sanggup duduk seat nombor 3 dari depan semata-mata nak tengok dorang. HAHA.



Dan berbalik semula kepada cerita asal, serius lah. Memang frust bila masa OSCE tak dapat buat dengan sebaik mungkin. Rasa lagi frust daripada sakit putus cinta. eerr. Aik. Masa bila plak aku pernah putus cinta? Sakit sebab getah putus masa nak lastik cicak ada lah. woohoo.

p/s : Sapa-sapa yang tak tengok lagi movie ni, saya paksa tengok. HAHA.



Orang cakap putus cinta itu menyakitkan. Mungkin sakit macam kena hentak guna kaset besi x-ray yang beso gedabak atau lebih daripada itu. Saya taknak rasa sakit putus cinta macam yang orang cakap. Saya rela sakit kena hentak guna kaset besi x-ray yang beso gedabak. Saya rela sakit ibu jari sebab kena langgar dengan troli patient yang berat dan jugak beso gedabak. Sebabnya sakit tu sementara saja. Tapi sakit putus cinta saya rasa tak mudah hilang macam sakit kena hentak guna kaset besi x-ray mahupun ibu jari kena langgar dengan troli patient. Saya cuba buat yang terbaik. Saya cuba lakukan sedaya yang mungkin untuk pertahankan apa yang selama ini saya jaga dan sayang. Kalau lah ia dimengerti tentu lebih indah.

Sunday, July 04, 2010

Nothing Lasts Forever





It is so easy to see
Dysfunction between you and me
We must free up these tired souls
Before the sadness kills us both

I tried and tried to let you know 
I love you but I’m letting go 
It may not last but I don’t know 
Just don’t know

If you don't know then you can't care
And you show up but you're not there
But I'm waiting and you want to
Still afraid that I will desert you

Everyday with every worthless word we get more far away
The distance between us makes it so hard to stay
But nothing lasts forever, but be honest babe
It hurts but it may be the only way

A bed that's warm with memories
Can heal us temporarily
The misbehaving only makes
The ditch between us so damn deep

Built a wall around my heart
I’ll never let it fall apart
But strangely I wish secretly
It would fall down while I'm asleep

If you don't know then you can't care
And you show up but you're not there
But I'm waiting and you want to
Still afraid that I will desert you, babe

Everyday with every worthless word we get more far away 
The distance between us makes it so hard to stay
But nothing lasts forever, but be honest babe
It hurts but it may be the only way

But we have not hit the ground
It doesn't mean we're not still falling,
Oh I want so bad to pick you up
But you're still too reluctant to accept my help
What a shame, I hope you find somewhere to place the blame
But until then the fact remains

Everyday with every worthless word we get more far away 
The distance between us makes it so hard to stay
But nothing lasts forever, but be honest babe
It hurts but it may be the only way

Everyday with every worthless word we get more far away 
The distance between us makes it so hard to stay
But nothing lasts forever, but be honest babe
It hurts but it may be the only way


Maroon 5, Nothing Last Forever.



Salam suma.


Sob sob sob…

Sob sob sob…

Sob sob sob…

(pekdahnya tulis ulang-ulang?)

Hari ni hati jadi kaca. Sangat fragile. Kena handle betul-betul. Kalau tak, buruk padahnya. ceh. Kalau tulis saya tengah emo kan senang. Ini masuk bab kaca lah menda alah yang lain lah.

Puncanya ada lah sama. Menda yang sama. Menda yang sangat annoying tapi tak ada lah sampai tahap giler meroyan tarik-tarik rambut ngan baling pinggan mangkuk suma. Bukan bukan. Bukan macam tu. Memandangkan dah emo hari ni, skill berleter pun semakin baik. Cuma skill mencarut dan memaki hamun saja yang tak improve langsung dan sangat kesian bila dipikirkan balik. Tapi bukankah lagi comel kalau skill mencarut dan memaki hamun tak improve langsung?

Sekarang saya senang sikit touching. Bukan touching yang pergi pegang anak teruna orang lain atau pasu bunga kristal cap acopal yang mahal. Haip haip. Bukan bukan. Maksud saya, hati mudah tersentuh. Dengan perkara kecik pun saya dah terasa walaupun ia cuma perkara remeh temeh. Harus diingatkan. Ini bukan salah hormon. Sudah lah hati lembut umpama sutera (eceh) mudah terluka dan terasa hati, ada pulak mulut puaka yang jadi batu api. Tak tahu lah puaka mai dari mana. Niyang rapik ke batu belah batu bertangkup ke apa ke.

Walaupun kata-kata pihak berkenaan cuma gurauan yang di mana tergolong dalam kategori gurauan mintak pelempang guna lutut bertalu-talu, saya masih lagi touching. Pergi mati tepi-tepi dengan gurau kalau hati dah terluka. eceh. Ayat memang puitis memang tak nak kalah. HAHA. Mungkin orang dewasa bergurau macam tu. Bukan tak boleh bergurau. Boleh saja. Sila ooo sila. Bukannya ada buah durian jatuh atas kepala kalau tak bergurau. Maksud saya, kadang-kadang gurauan tu boleh menjadi punca kepada pergaduhan manja-manja yang boleh berlarutan menjadi pergaduhan menggunakan senjata seperti garfu untuk mencucuk mata pasangan anda atau mengoyak lubang hidung pasangan (mintak dijauhkan). Atau menjadi lebih teruk di mana membawa kepada perpisahan. (mintak dijauhkan. shuuh shuuh. pi main jauh-jauh).

See? Ia bermula dengan gurauan.

Contoh situasi satu.

Lokasi : tempat kerja
Masa : tengah bekerja
Tarikh : hari bekerja


Al kisah bila ada seorang insan bergurau senda dengan rakannya. Kata mamat itu kepada rakannya,

mamat A : taknak ke cari lagi sorang yang cantik kat sini?
mamat B : taknak lah. cukup lah yang dah ada ni. dah sayang kat sorang
mamat A : alar alar alar kat sini pun ramai yang cantik-cantik. amek lah sorang (sila bayang mimik muka gedik bercampur keji semasa mamat berkenaan berkata sedemikian)
mamat B : haish. taknak lah (muka suci sejuk mata memandang)
mamat A : rugi lah kalau tak cari sorang kat sini
mamat B : haish haish. taknak lah. dah sayang sangat kat sorang tu. kami saling mencintai. lepas dia grad terus nak kawen. pagi tu dia grad, malam terus kawen. haah (mimik muka dalam hati ada taman bunga)

...

Itu merupakan salah satu contoh situasi yang mampu melukakan hati yang selembut sutera (eceh). Syukur Alhamdulillah kalau dapat yang setia. Kalau dapat yang jenis mudah tergoda, dah tak pasal-pasal menanges dalam kepiluan girlfriend dia yang duduk jauh tu. Cuba bayangkan apa perasaan girlfriend mamat B bila dia tahu ada orang lain suruh boyfriend dia cari perempuan lain. Tak ke rasa sedih? Bukan setakat sedih, mungkin ada jugak terasa hati.

Bagaimana pulak kalau ia terjadi kepada saya?

Tercabar kewanitaan aku. Nak jer aku sepak-sepak guna tumit kaki sapa yang bagi cadangan cerdik serta bernas macam tong sampah tu. Action speaks louder than words.

Kadang-kadang apa yang kita cakap adalah doa. Kalau cakap menda yang baik-baik dan suruh orang buat menda baik kan best :) Ce cakap elaun masuk awal ke MNG buat sales tak sempat mengucap ke cuti seminggu jadi sebulan ke okay lah jugak. HAHA.


Shopping always be the best theraphy for girls :)