Sunday, June 20, 2010

selamat menyambut hari tua

Salam suma!

Hari ni umur saya dah 20 tahun 4 hari T______T Dah beso dah pun. Dekat-dekat dengan hari nak sampai besday, memang betol-betol menikmati setiap molekul saat-saat terakhir umur ada nombor satu kat depan. Besday macam besa saja. Tak ada nak buat parti 4 hari 3 dengan belon, kek dan menda alah yang lain mahupun ada baling tepung dengan telur. Nehi nehi. Tapi part yang paling best bila ada orang yang wish besday dan bagi hadiah sampai rasa cam nak menanges sangat-sangat sebab terharu. HAHA.

Terima kasih kepada :
  • mak abah yang bawak makan ikan steamboat. Feveret feveret.
  • beliau yang datang dari Langkawi balik kampung dan ke Ipoh. woohoo. Dan dan dan dapat coklat feveret saya. I love it so much. Rasa cam tak nak makan. Nak simpan dalam almari kaca saja. HAHA.
  • Kak Yun yang tak pernah lupa wish tiap-tiap tahun dengan tekun.
  • kawan-kawan yang wish dekat tipon dan facebook
  • Kak Lin yang bagi teddy lagi satu. woohoo. I like. Nyut nyut dah ada kawan. Yea! You know how much I love teddy :)
  • Baby yang bagi penyepit kiut. alololo. Kiut sangat.
  • Kak Anyys yang bagi shawl atau nama lain yang betol. Saya main bantai jer panggil shawl. Maklumlah. Kurang sikit tahu menahu bab-bab fesyen ni. 
  • Celcom dan Maxis sebab bagi kol dan sms free. Kalau bagi kol ngan sms free sebulan lagi best. HAHA.
  • dan kepada yang lain yang terlibat.
Terima kasih suma! Sayang kamoo suma ketat-ketat! KAHKAHKAH. Nah amek kau ayat buang tabiat guna ayat gedik. Kejadahnya guna ayat sebegitu rupa? Rasa macam nak sepak muka sendiri sebab guna ayat macam tu.

Nasik lemak hari lahir

Sedap kan tengok nasik lemak tu? Memang sedap. Kalau nak, boleh pi makan kat kedai makan di Medan Selera Stadium, Ipoh kat depan balai bomba. Kalau makan rasa pedas sangat, mintak bomba simbah air dalam mulut korang. HAHA.

Untuk besday kali ini, saya tak mintak yang special macam nak ada super power macam Ultraman ke. Boleh terbang sesuka hati dan berkebolehan untuk mem"fire" raksasa. Mula-mula ada jugak terlintas nak mintak jadi Catwoman tapi cancel lah. Catwoman tak ada power nak fire raksasa. Dah tu seksi al seksa pulak. haish. 

By the way, saya suka suma hadiah dan wish! 

2 comments:

anyys said...

shawl tue btl la... atau bahasa saintifik ye seledang @ ... pash.. apa tah.. lupa plak.. hehehe..

atiq said...

haha. kak anyys bleh jadi pakar slendang pasni. :P