Friday, June 18, 2010

Kuala Kangsar

Salam suma!

Mood : happy and past tense

Ehem ehem. Bakal menantu cikgu BI lah katakan (amiin amiin). Ehem ehem. Apa khabar abah? eh eh. Silap pulak. Apa khabar pak cik. hikhikhik ~ (lempang gegendang telinga atiq sekali nafas) Move!

Hari Selasa lepas merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki kat tanah Kuala Kangsar tanah tumpah peluh Ida. hehe. Maksud saya betol-betol pijak kat tanah di bumi Kuala Kangsar. Kaki kena kat jalan batu rumput suma. Bukannya lalu Kuala Kangsar kira dah jejak kaki. Tak aci tak aci kata dah jejak kaki kat Kuala padahal lalu jer.



Macam mana yang boleh sampai ke Kuala Kangsar?

Macam ni. Masa on the way petang tu saya dimaklumkan bahawa Kak Lin nak anta beg Ida gorjes a.k.a Maya Karin. Jadi Kak Lin tanya sama ada nak ikut atau tak. Mula-mula berbelah bahagi. Pikir-pikir balik tak salah saya ikut memandangkan dah dapat lampu hijau. Elok saja saya sampai depan hostel cinta pandang pertama, Kak Lin pun sampai untuk fetch saya. Kemudian terus gerak ke Kuala Kangsar.

Seterusnya anda ke mana?

Of course lah ke rumah Ida gorjes. HAHA. Dapat jugak jumpa mama secara live. Amboi amboi. Cantik dan ramah orangnya. ehem ehem. Mama Ida kata kalau bagitau awal boleh beliau masak special. Aiseh. Rugi tak bagitau awal-awal. HAHA. Part best iaitu dapat makan mee goreng. Ni cheq nak habaq mai kat hampa suma. Mee goreng tu dia punya lah sedap. Tak tau nak habaq lagu mana punya sedap. Sedap punya pasai, cheq belasah makan 2 pinggan. Rezeki depan mata babe. Sedangkan boya pun tak tolak makanan, apatah lagi cheq. HAHA. Ayam dalam mee goreng tu nala punya besaq. Baguih baguih. Jarang nak jumpa orang letak ayam besaq-besaq dalam mee goreng.

Selepas makan mee goreng sedap, anda semua buat apa pulak?

Setelah mendapat green light daripada mama beliau, Ida bawak kami jalan-jalan di sekitar bandar Kuala Kangsar. Dapat tengok istana, muzium dan menda-menda yang ada dekat sana. Memandangkan kami sampai pun dah malam jadi tak berapa nak nampak jelas menda-menda kat situ. Teringat skirt yang ada jual kat Kuala. Jadi untuk tidak melengah-lengahkan masa, kami pergi ke expo yang tengah buat. Comel saja expo tu.  Niat saya nak cari selipar dan skirt tapi tak jumpa yang berkenan. Kat expo tu jugak ada pertandingan nyanyian. Senak perut tengok peserta menyanyi. Muda-muda lagi. Bagi saya, baik balik rumah duduk depan makan popcorn sambil tengok movie. Much much better.

Apa yang anda nampak?

Woohoo. Macam-macam ada. Ada jet, ada keta kebal, ada lampu warna warni lip lap lip lap dan lain-lain. Kami jugak dapat melihat bas Plusliner dua tingkat yang lalu di situ. Saya berasa sangat kagum.

Aik. Takkan itu saja?

Haish. Ada lagi. Tak abes citer lagi ni. Kami pun tak nak balik lewat-lewat, jadi kami stop kejap di tepi Sungai Kangsar. Tak caya? Meh nak tunjuk bukti.


Haah. Kan dah bagitau tadi. Kome tak nak caya. Macam besa. Selagi tak cukup gambo satu dua lori, selagi tu lah asyik bergambo.

Terima kasih Kak Lin kerana bawak kami ke Kuala Kangsar.

Sampai saja di hostel, terus mandi. Dah sehari suntuk tak mandi. Dah start bau macam kucing tak mandi seminggu tapi masih comel. HAHA. Dalam pukul 12.30 pagi (ini pun betol-betol. bukan rekaan) teman Kak Lin pi Medan Gopeng untuk anta Kak Mel. Tak sangka ramai jugak orang kat Medan Gopeng. Ingatkan tak ramai orang tengah-tengah malam.

Sampai hostel tiba-tiba perut merengek lambang dah start lapo dan perlu diisi. Tengah-tengah malam kami berdua kenduri makan muffin. Well. Berdua dengan Kak Lin. ehem ehem. 

It is a wonderful feeling to celebrate a wonderful thing with wonderful person in your life :)

No comments: