Wednesday, June 09, 2010

Gunung Lang


Salam suma!

Anda suma dah makan? Bagaimana pulak dengan kesihatan diri? Saya harap tak ada yang kena demam denggi atau demam-demam yang lain. Demam rindu itu sakit lain. Ubatnya senang saja. Kasih sayang. haha.

Okay okay. Sekarang meh sini saya nak cerita tentang hari kasih sayang yang boleh diibaratkan air dicincang takkan putus. Macam mana ea nak start citer. Haah. Macam ni. Memandangkan Kak Lin dah nak abes belajar, jadi kami suma sepakat untuk spendtime masa berkualiti berkasih sayang tidak terperi dengan Kak Lin sebelum Kak Lin pergi BTN. Ekceli saya sendiri pun tak tahu macam mana plannya. Cuma dengar yang lain citer walaupun dorang pun sama-sama blur.

Lokasi berkasih sayang adalah di Jusco. Again. Ini saja tempat berpoya-poya yang boleh tahan best walaupun kadang-kadang nak loya dah pergi sana. Saya sendiri pun kadang-kadang tak tahu nak buat apa pergi Jusco. Kalau nak tengok movie atau shopping sikit-sikit memang pergi sini. Setakat nak beli sabun basuh baju cap kapak tak ada maknanya. Kat kedai runcit pun ada dan lagi murah. Tak mahal. RM2.50 selonggok. Kadang-kadang terpikir jugak macam mana ada yang boleh berdating sehari suntuk dekat Jusco. Itu tak masuk lagi dengan masyarakat awam pergi sana jugak. haish.

Kali ni pergi naik bas sebab 5 orang. Teksi nak amek 4 orang saja. Selalunya naik teksi. Takpa. Kami beli kari berdikari.


Anis dengan Akma yang cantik lagi slim buat kad Jusco sementara tunggu Ida dan Mira pi solat. Saya? Macam besa. Amek kasih sayang tidak terperi. Apa kaitan amek kasih sayang dengan pi Jusco? haha. Jadi bila tak ada kaitan, sila duduk diam-diam dan jangan bising-bising mengalahkan ayam bertelur riuh sekampung.

Miss u. eh. Tetiba pulak.

Selesai suma urusan termasuk yang nak membuang apa yang patut dibuang, pergi cari teddy idaman kalbu Ida sampai ngigau-ngigau masa tido sebab nakkan teddy tu. HAHA. Memang hari tu rezeki dia. Teddy yang dia nak ada selepas berapa lama dambakan teddy tersebut. Teddy tu ada di kedai favourite saya iaitu Maggie T. Alar alar. Kedai yang banyak jual girl's stuff yang comel kiut. Gadis comel tidak dijual. Harap maklum.


Jeng jeng jeng. Mari mari kita tengok apa ada dalam plastik pink yang cantik.


eerr. Bukan Ida yang berada di dalam beg tersebut. Bukan bukan. Sila jangan salah paham. Paham, sila jangan salah.


Taadaa. See. Nampak tak teddy yang Ida pegang. Comel kan? Nama teddy telah dipilih sebelum teddy dibeli. Macam nak pilih nama baby. Baby steady lagi dalam perut Mama dia tapi nama untuk baby dah ada. Teknik ini boleh jugak diaplikasikan untuk pemilihan nama teddy. Baik lah. Nama teddy Ida adalah Halia. Sila jangan gelak nanti Ida murka abes kena tulah. Welcome Halia! Nice to meet you! Lepas ni teddy saya dan Akma ada kawan baru. Dapat mereka bermain dengan riang.


Tempat kejadian - Sushi King. Sangat sedih dan perit untuk diceritakan.

Tak lama kemudian Kak Lin sampai. Jadi kami masih menunggu yang lain-lain sampai. Tungu punya tunggu tak sampai-sampai lagi. Katanya ada hal. Well, saya malas nak komen apa-apa. Kak Lin pun tak berapa sihat. Jadi penantian satu penyeksaan. Untuk menghilangkan rasa boring kami berpoya-poya di kedai Sasa. Kalau masuk Sasa memang siap lah. Abes barang make up akan diconteng di muka. Saya jugak tidak terlepas menconteng di muka sendiri.

Takkan conteng saja jer kan. Mesti terdorong nak membeli. Tema untuk lawatan ke kedai Sasa kali ini adalah membeli eyeliner. Tapi serius. First time cuba pakai eyeliner yang membuatkan saya rasa saya watak utama dalam movie Avatar. Nak tahu? Saya telah mebuang tabiat jauh-jauh ke tepi dengan mencuba pakai eyeliner kaler hijau. Kalau nak gelak, sila gelak dalam hati iyer.

owh ya. Gambar mata pelakon Avatar iaitu saya tidak akan disertakan. Jangan harap korang nak dapat tengok. haha. Cuba saja pakai tapi tak beli pun eyeliner kaler tu. Beli kaler lain yang cybercolour. Not bad. Anis dan Kak Mira kata eyeliner cybercolour much more better and cheaper than Simply Siti.

Rasa macam lama tunggu berpoya-poya dalam Sasa tapi yang lain tak sampai. Haish. Dah lama sangat ni tunggu. Tak boleh jadi. Kena buat sesuatu. Maka ini hasilnya;


Dah agak-agak makin boring, beli jam. haha. Jenuh lah kalau boring saja pergi beli jam. Kalau jam selonggok RM2.50 tak apa lah jugak. Masalahnya RM250. Hanya mampu melihat sambil menanges dalam hati dengan bersungguh-sungguh. Saya memang dah lama nak cari jam tapi tidak ada yang berkenan di hati. Ini sebab jam RM10 kesayangan sudah tak bergerak lagi sebab masa dekat hospital tali putus lalu jam jatuh menghempas lantai yang keras. Saya sayang jam itu sebab kaler dia pink. haha. Itu salah satu sebabnya. Sebab yang lain jam itu sangat taf dan berjiwa kental. Masuk dalam mesin basuh siap kena spin laju-laju sampai pening pun masih lagi boleh digunakan. Kalau jam yang beliau bagi masuk mesin basuh tak pun masuk dalam blender ke memang saya pengsan di tempat kejadian. Kali ini beli jam yang gagah perkasa. Pueh hati dapat jam baru terus blah pergi tempat lain. HAHA. Agak berciri keji. Abes madu sepah dibuang. HAHA.

Masa ini jadi magik. Sorang-sorang hilang. Yang tinggal saya dengan Kak Lin. Dah kena makan dengan raksasa ke kena culik dengan alien ET ke apa ke dorang yang lain. Saya pun tak tahu. Agak-agak dah tak tahu nak pergi mana, saya dengan Kak Lin pergi cari seluar sukan untuk Kak Lin pakai masa dekat BTN nanti. Bukan setakat seluar sukan saya hasut Kak Lin beli, Tshirt pun saya hasut Kak Lin beli dengan menggunakan taktik pujuk rayu yang berunsurkan ugutan. Contohnya,

"Baik Kak Lin beli seluar tu. Kalau tak, Tika beli. Tika tengah kaya sekarang ni. haah. Kang Tika beli dah Kak Lin kempunan"

Begitu lah ayat ugutan yang saya gunakan.

Sapa cakap menghasut orang untuk bershopping tak penat dan lapo. Meh sini meh nak koyak hidong orang tu. Singgah makan di Secret Recipe untuk memuaskan nafsu makan. Saya pun dah lama tak makan kek. Sambil-sambil tu boleh bermanja-manja dengan Kak Lin. hikhikhik ~ Seronok sebenarnya dapat bermanja dengan kakak memandangkan saya anak sulung. Bagaimana pulak dengan abang sayang? Tak nak manja-manja? Tak apa. Terima kasih saja. Nak lebih-lebih tidak. Manja dengan alar kadar dengan abang sayang sudah. Lebih-lebih terasa macam gedik yang amat. Kang tak pasal-pasal kena lempang dengan masyarakat awam. Nak manja-manja lebih suma tu simpan lepas dah kawen. HAHA.

Sekali lagi magik terjadi. Mereka yang hilang tadi dah muncul kembali lagi. Aik. Ingat alien ET dah bawak lari tak nak bagi balik dah. Saya pun ingat mungkin dorang pun dah tukar jadi alien ET sebab asyik hilang saja. HAHA. Ida ada tanya soklan cepu emas. Dengan selamba saya jawab saya tak tahu apa yang terjadi sebab saya sendiri tidak dimaklumkan dengan apa yang ingin dilakukan.

Solat Asar di surau Jusco.

ehem ehem. Tetiba gatal tekak pulak. ehem ehem.

Jeng jeng jeng.

Ada upacara penyampaian surat cinta untuk Kak Lin rupanya. Oooo. Patutnya korang asyik jadi biskut Chipsmore kejap ada kejap tak ada. Tapi bagi saya, sekali saja biskut Chipsmore tu dapat kat saya, jangan harap nak ada balik dah. Selamat bersemadi dalam perut dan tunggu masa nak buang balik. HAHA.

Nak tengok surat cinta? Nak? Jap ea.

Jeng jeng jeng.


Eceh. Kaver depan memang tak boleh kalah. Dengan tulisan pusing-pusing siap font paling beso. Sesuai bagi yang rabun dan berkaca mata.


Alololo. Sweetnya. Macam kontena gula terbalik. Semut pun boleh kena diabetes kalau tengok dan baca. Kami suma dah dok tunggu bila Kak Lin nak nanges keterharuan. Takpa. Kak Lin nanges terharu dalam hati. HAHA.

Masalah yang sama datang balik. Dia mai dah. Masalah tak tahu nak buat apa dan pergi mana lepas tu. Masing-masing blur. hhmm. Kalau kita dapat atasi masalah dengan suruh dia pergi main jauh sambil buat bunyi shuuh shuuh dan 5 saat kemudian masalah hilang tak mengapa lah. Jadi bila masalah datang kita kena atasi jugak. 

Tiba-tiba idea datang. *mentol bernyala atas kepala* Ayuh kita ke Gunung Lang! Nak pergi panjat gunung? Berkhemah di gunung? Menawan gunung? Bukan bukan. Kawasan ini berdekatan dengan area-area gunung (dah nama pun gunung lang. tapi bukit bintang ada bukit ke? eerr. tak pernah jejak kaki kat sana pun) Gunung Lang di Ipoh terkenal sebagai tempat rekreasi. Kalau kita dari utara dan ikut lebuh raya, keluar dari lebuh raya ikut susur keluar ke Sungai Siput. Untuk masuk ke Gunung Lang, akan ada stesen minyak Petronas. (eceh. kerjaya baru ni. tour guide)



Bila sampai Gunung Lang, mungkin anda akan bayang kawasan yang banyak pokok macam kat hutan tebal macam dalam citer King Kong mahupun Lost. Mula-mula saya pun ingat macam tu jugak. Bila dah sampai, baru tau tempatnya macam mana. Di sini ada satu tasik. Boleh tahan jugak luasnya. Di seberang tasik ada tempat lain. hhmm. Nak kata macam mana ea. hhmm. Macam ni tempatnya.


Untuk sampai ke seberang kena naik bot. Masa ni hujan baru saja berenti. Pak cik yang tolong bawak pi seberang kata elak pi kat area lagi dalam sebab dah agak lewat petang masa tu. Nak dijadikan citer, Farah kena tinggal sebab tunggu punya tunggu dia tak sampai lagi. Last-last, kami gerak dulu.

Sampai saja kat seberang, korang paham-paham sendiri lah. Dah nama pun perempuan yang masih belum berkawen. HAHA. Meh tengok amenda kami buat kat sana.


Tungu seminit tunggu seminit. Apa dah jadi dengan Farah? Dia pi mana? Kenapa dia tak ada dengan kami? Ini sebabnya;


Sebab dia sampai kemudian daripada kami. Kena tahan dengan abang polis. Tu lah. Sapa suruh comel sangat. HAHA. Dengan helmet, selipar dan jaket. Pergh. Memang bergaya. Okay. Sambung balik sesi bergambar.


Maka kita sudah sampai di penghujung rancangan. eceh. Sebelum berpisah, sila lah ke Gunung Lang untuk merasai kegembiraan yang kami rasai. HAHA. Menurut pak cik yang bertugas, ada tempat macam nak buat camping macam tu lah kat situ tapi kena inform awal-awal dulu. Jangan kau main redah tak pakai helmet buat gempak bajet sempoi dengan tak bagi salam redah duduk sana. Phew. Penat buat ayat satu nafas.

Rehat jap. Minum milo dulu.

Okay sambung entry balik.


Sebagai penutup kepada entry cuti-cuti Malaysia (sapa ada kelas esok tak boleh cuti T____T), memang seronok dapat spendtime sama-sama. Lagi pun dah lama kita tak keluar sama-sama macam ni tambah-tambah lagi dengan Kak Lin. Lepas ini tak tahu bila lagi kita dapat duduk sama-sama, makan sama-sama, gelak sama-sama, menanges sama-sama dan lain-lain lagi yang dapat dibuat sama-sama.

Impian hari ini; Ingat nak buat outdoor photoshoot kawen dekat sini. hehe.

No comments: