Thursday, June 17, 2010

Daripada tak ada keja pi bagi keja.

Salam suma!

Bila pikiaq-pikiaq balik kejap saja masa berlalu. Sedar-sedar dah 2 tahun saya blajaq kat Ipoh. Dah 2 tahun saya kenai kawan-kawan yang mai dari pelbagai negeri. Dah 2 tahun saya jumpa macam-macam jenis perangai manusia yang sebelum ni saya tak pernah jumpa. Dah 2 tahun saya hidup merantau di bumi orang (eceh). Dan dah 2 tahun saya menginap di hostel lama. Sapa-sapa budak kolej saya mesti tau hostel budak perempuan kat area Klebang Jaya. Sapa tak tau jangan dok mengaku hampa budak kolej. HAHA. Dak aaiih. Acah saja.

Mula-mula sampai dekat hostel, saya tak sangka yang kami akan duduk kat situ. Sebabnya hostel ni tak sama macam kat universiti yang saya dah pernah pi. Hostel ni unik. Sebabnya macam rumah. Saya pun tak pasti nak panggil rumah yang kami duduk dengan nama apa. Nak kata flat, bukan. Nak kata apartment, saya sendiri tak yakin rumah ni macam aparment. Nak kata kondominium lagi bukan apatah lagi penthouse. Lagi jauh beza. Tapi awat yang depan pintu rumah kami depa tempek kertas tulis "apartment 2-12"? Tak ada macam rupa apartment pun. Atau ini merupakan salah satu ayat sedapkan hati untuk bagi student gembira duduk kat situ dan tak menanges nak balik rumah? Kalau hostel pelajar lelaki memang betol-betol rumah 3 tingkat. Cantik pulak tu.

Masa daftar untuk masuk hostel dah pelan-pelan kayuh rasa cuak. Macam-macam dok pikiaq dalam kepala otak. Time tengah hari rembang ni jugak lah otak dok aktif pikiaq macam-macam. Mungkin sebab ini kali pertama saya duduk kat hostel. Pergh. Anak mak abah dah besaq. Boleh berdikari. HAHA. Berdikari lah sangat. Beli kari pun dok konpius-konpius lagi. HAHA.

Tapi tu suma dulu. sob sob sob.

Hari tu kami dapat arahan kena pindah pergi hostel baru sebab hostel lama akan ditutup. Kalau tak tutup saya pun tak tahu depa nak buat dengan hostel lama tu.. Erk? Macam kena panahan kilat yang menusuk kalbu bila dapat tahu macam tu. dulu masa time saya masuk bahas pun ada jugak dengar citer kena pindah tapi tak amek kisah sangat. Sebabnya kalau pindah, macam mana pulak barang-barang senior yang praktikal kat luar. Takkan nak tinggal saja terbiar tanpa perhatian dan kasih sayang yang secukupnya. Cannot cannot.

Memang nak dijadikan citer jodoh kami memang panjang nak duduk hostel sampai abes belajar. Macam ni. Kami ada bertanyakan pendapat tentang mana yang lebih baik sama ada tinggal di hostel atau di rumah sewa. Ini kerana harga yang perlu kami bayar tak berapa nak berbaloi dengan keadaan hostel baru. Kalau hostel lama, bagi saya, masih reasonable dengan keadaan rumah itu. Dan jawapan yang diterima adalah lebih baik tinggal di rumah sewa. Ada jugak yang mengatakan bahawa tinggal di hostel lebih baik. Kami ada jugak cari rumah sewa dalam masa terdekat tapi tak berjaya. Seharian terkonpius-konpius sama ada nak terus tinggal di hostel atau di rumah sewa. Sehinggalah sesuatu terjadi.

Ehem ehem.

Memang betol apa yang orang tua-tua cakap. Depa lebih lama hidup dan lebih makan garam daripada kita yang muda belia remaja. Mereka lebih berpengalaman. Pada suatu hari, mama Ida kol. Lepas 5 saat Ida abes cakap engan mama dia, kami dah sepakat serta sebulat suara meja pinggan mangkuk suma untuk terus tinggal di hostel. Muktamad. hehe. Senang citer. Bila tak dapat buat keputusan, ibu bapa merupakan tempat terbaik untuk kita buat rujukan dan tanya pendapat. Besa lah. Kadang-kadang kita tak terpikir apa yang mereka pikirkan. Yang kita tahu nak seronok dan bebas serta yang lain-lain yang dirasakan masuk dalam topik ini.

Memang bila tinggal di rumah sewa tak terikat dengan apa-apa peraturan. Itu yang saya tahu lah. Tak tahu kot-kot rumah sekarang dah maju ada peraturan. Contohnya kena balik sebelum pukul 10 malam dan kalau lewat kena bagitau pak guard atau HEM atau kena berpakai sopan bila dalam rumah atau kena tulis nama bila nak keluar rumah. Contoh saja. Tapi di hostel ada peraturan-peraturan tu suma. Duduk hostel memang tak boleh sesuka hati 2 pagi 3 pagi baru sampai balik ke pangkal jalan yang benar. Hang ingat tu hotel ka? HAHA.

Maka tiba hari yang dinantikan.

Barang-barang yang tak nak pakai dah anta balik kampung. Berkotak-kotak barang. Bila pikir-pikir balik entah apa-apa barang yang saya beli. haish. Membazir betol. Barang yang nak tinggal kat hostel baru pun dah siap pack malam sebelum pindah. Maka kami pun tido nyenyak lambang penat mengemas barang. Dah plan dah siap-siap nak angkut barang yang mana dulu. Bangun pagi tengok plan dah hancur. Tu lah masalah bila plan jadi terlalu hebat yang dibuat oleh orang yang sangat cerdik. HAHA. Bas ada pukul 9 pagi. Maka saya dan Ida pi lah angkut barang turun. Sekali tengok bas dah penuh. Depa yang len lagi awal daripada kami. Kononnya bajet bas sampai dalam kul 9 dan gerak kul 10 camtu. Tengok-tengok kul 9 dah nak gerak pi hostel baru. 

haah sudah. Cepat-cepat angkat barang turun. Daripada ketiak wangi terus ketiak jadi masam macam kucing.

Dia pun dah nak sampai Ipoh dah. Tiba-tba mentol dalam kepala keluar melompat keluar. Dapat satu idea. Saya akan pergi kemudian daripada yang lain sebab nak tunggu beliau sampai dulu. Jadi saya akan bawak barang yang boleh dibawak naik kereta. Kami pun nak kena cepat sebab nak book bilik. Kalau tak ada bilik jawabnya kami sekadar dipinggiran seperti ketam di tepi jeti. Kesian jugak kat kawan-kawan angkat barang banyak. 

Beliau sampai saja terus masukkan barang dalam kereta dan gerak pergi hostel baru.

Kami bernasib baik ada satu bilik kosong. Dapat tengok kejap masa anta barang. eerr. Boleh lah nak hidup. Tak ada lah boleh mati di tempat kejadian kalau duduk situ. Cuma hujung minggu mungkin tak tahu nak buat apa duduk sana. Kalau hostel lama ada saja benda saya nak buat. Nak burguling dalam rumah ke main sabun dalam bilik air ke nak melompat sampai atap rumah ke boleh saja.

Lepas selesai, beliau tolong anta Ida dan Kak Mira pi kolej sebab nak buat bussines plan dan koko. Part ini yang saya rasa tak best sebab saya tak ada masa depa buat kerja. Dan sudah semestinya akan rasa bersalah. Dalam hati ku jua tahu. sob sob sob. Lepas bagi pendrive, video dan lain-lain, maka kami pun gerak ke destinasi yang ingin dituju.

Rasa sayu nak tinggal hostel lama. Banyak kenangan indah dan masin sepanjang tinggal kat sana. Bila tengok movie malam-malam, kami akan bentang tilam nipis dekat hall rumah. Kemudian bawak bantal dan teddy duduk depan laptop then tutup lampu. Sama-sama tengok movie secara berjemaah dalam gelap lalu kami pun tertido secara berjemaah depan laptop. Dekat hall rumah kami study secara berjemaah. Bersepah-sepah nota. Rumah 2-12 yakni nombor rumah saya, Ida, Kak Lin dan Kak Tipah ni rumah bertuah. Sebabnya rumah kami tak pernah lagi dapat ahli baru selepas saya dan Ida masuk walaupun ada kekosongan. Lagi satu, kalau masuk rumah, anda boleh nampak duit ada di mana-mana. Dah rasa macam bank. HAHA. Kalau sapu dalam, bawah meja ada, bawah tikar ada, bawah kerusi, dalam buku nota, bawah kotak, dalam bilik pakaian, bilik air. Saya cakap berdasarkan pengalaman. HAHA. 

Ada satu malam saya dan Ida tido di tilam nipis milik Kak Lin dekat hall sebab dalam bilik kami panas. Maka bergelimpangan lah kami berdua dekat hall tu macam baby yang sangat kecik dan comel. HAHA. Keesokkan harinya, kami berdua tido dengan berselimut padahal malam tu memang kami buat taf dan macho konon-konon tak sejuk di kala Subuh. Cuba teka sapa yang bagi kami berdua?

Ehem ehem. Kak Lin bagi. Patut lah kami tido lena semalam. Dah tu sempat lagi main berebut selimut dengan Ida. HAHA.

Owh. Sangat indah.

Galeri nostalgia :



No comments: