Saturday, May 08, 2010

rumah manis rumah

Salam suma!

Dengar sini suma penduduk kampung.
Sila amek perhatian.
Dengan ini diisytiharkan bahawa saya telah selamat pulang ke kampung halaman.
Oleh itu, ayuh rakan-rakan!
Ayuh kita berpoya-poya!
Sekian terima kasih.

Lega bila exam dah abes. Dan mungkin perbuatan tipikal serta agak tak boleh blah iaitu mengira markah yang saya akan dapat untuk paper berkenaan. eerr. Macam tak penah dibuat orang. Memandangkan saya dah buat, kira dah ada orang buat lah. Itu memang habit dari zaman sekolah sampai ke uni yang saya tak boleh nak buang. Saya pun tak tahu kenapa. Maybe ini merupakan salah satu misteri dan keunikan seorang remaja.

Semester ini baru saya dapat rasa nikmatnya study. Bagaimana sebelum ini? Tidak blaja? Bukan bukan. Maksud saya nikmatnya mengulangkaji pada waktu exam. Tidak lagi berlaku blaja pada saat-saat kecederaan. Natijahnya baru saya paham amenda yang selama ini saya blaja. hehe. Baru saya paham macam mana TV camera berfungsi. Baru saya paham macam mana nak buat subtraksi (tajuk ni memang bagi saya tensi sebab berbelit-belit). Baru saya paham apa prosedur nak buat kes dekat bilik forensik (tempat peveret untuk lepak sambil tunggu abang meor fetch lepas abes duty)

Semester ini jugak saya blaja dengan bersungguh-sungguh. Nota jadi boyfriend nombor dua. Boyfriend nombor satu adalah Kyuhyun. HAHA. Acah jer. Kyuhyun pun boleh keluar dari senarai.


kacaknya Kyuhyun. Tapi awak lagi kacak daripada Kyuhyun. wo ai ni <3

Semester ini jugak saya blaja secara nerd. Sepanjang masa asyik membaca nota. Setiap masa perlu diisi dengan blaja walaupun kadang-kadang terasa seperti malas nak baca sebab kemalasan saya berada pada tahap periuk belanga *sigh* Ada 2 sem lagi untuk tunjuk kehebatan diri *kembang idong* Pelajar cemerlang kalau study memang secara saiko-saikoan. Saya tengok pun rasa saiko jugak. Owh ya. Salah satu ciri-ciri pelajar cemerlang adalah study secara saiko supaya anda mendapat result yang membolehkan anda sendiri saiko melihat result sendiri.

Bagi saya, suma paper tak bagi impak yang hebat atau teruja. Lebih kepada neutral. Ada yang tersengeh-sengeh masa keluar dewan exam. Ada jugak yang menanges lepas abes exam. Tu memang panorama yang besa lepas jawab soklan exam. Dah imun dah pun. Bukan sekali dua amek final exam. Boleh tahu sapa yang mengalirkan air mata lepas exam dan sapa yang berhoyeh-hoyeh depan dewan exam lambang satu seksa paper dah lepas kemudian dengan tanpa rasa bersalah pegi tengok movie. (ehem. macam kena kat batang idong sendiri ni)

Suma orang pandai. Tapi macam besa lah, masyarakat awam yang tipikal akan ukur pandai melalui akademik. Alar. Macam lah korang tak besa pulak dengan ayat dan pandangan tipikal pihak-pihak berkenaan.

Let bygone be bygone.

No comments: