Monday, May 03, 2010

The return of cute little vampire

Salam suma.

Lately, saya cepat rasa annoyed dan jadi garang. Tambah pulak tekanan exam. Masyarakat awam selalu kata garang macam harimau, takpun garang macam singa betina. Lepas ni boleh keluarkan perumpamaan garang macam Atiq. I wonder, kenapa tak letak garang macam kucing. Kan lagi comel. Rasa macam nak tarik-tarik ekor kucing tu sampai dia tak boleh jalan. HAHA.

Okay okay. Enough citer pasal kucing comel mata bulat. Meh sini meh nak story pasal lain. Nak start macam mana yer. Hhmm. Okay okay. Macam nih. Hati saya rasa sangat annoyed sekarang. Nak marah pun ada jugak tapi saya tak tahu macam nak luahkan rasa marah tu. Apa yang saya mampu buat adalah dengan bercakap secara annoyed sampai masayarakat awam dengar macam nak ikat saya kuat-kuat kemudian tinggalkan saya kat tol Jelapang sorang-sorang.

Kadang-kadang kita tengok orang tu macam tak kisah dengan keadaan sekeliling atau perkara yang yang orang lain buat. Tapi kita tahu tak apa yang dia rasa dalam hati dia? Di dalam hatinya dirinya jua yang tahu. Macam saya. Walaupun saya kadang-kadang nampak macam tak kisah dengan sesuatu perkara tetapi sebenarnya saya sangat kisah walaupun perkara tu di mata orang lain adalah perkara kecik. Contohnya pasal kes gurau kasar yang mintak lempang bertubi-tubi yang jadi hari tu.

Dan kini citer sedih dan tragis baru start.

Pada suatu hari, saya pergi mandi macam besa lambang bau dah macam kucing tak mandi seminggu. No wonder lah sebab last mandi Subuh tadi. Harap basuh muka time nak solat saja. Lepas keluar bilik air, tetiba darah muda dan manis yang disukai oleh nyamuk mula menyirap dan mendidih. Selalu orang cakap nak bagi sejuk hati minum air atau mandi untuk bagi sejuk. Tapi memandangkan saya baru lepas mandi, malas nak pergi mandi balik semata-mata untuk sejukkan hati yang tengah panas. Membazir air saja. Membazir amalan syaitonirrajim. Ingat tu.

Sebab apa darah muda dan manis saya menggelegak?

  1. Saya tak kisah kalau orang nak pinjam atau guna barang saya selagi ia berada dalam keadaan macam mana asalnya. Dan antara benda yang saya sayang macam menantang minyak yang penuh adalah buku-buku dan majalah-majalah saya. Saya tak marah pun kalau nak baca buku saya TETAPI jaga lah buku saya elok-elok. Saya pantang orang pinjam buku saya tapi tak jaga elok-elok terutamanya novel. Bila dah kena terkena sekali, saya dah serik. Saya bagi pinjam novel saya dalam keadaan elok siap ada bau kedai lagi. Dapat kat peminjam abes lunyai novel saya. Ini yang bagi saya sedih dan marah. Saya malas nak sound direct. Sendiri mau ingat lah. Ini lar yang dikatakan masyarakat awam tak boleh ubah. Tak bagi, mengata. Bila dah bagi buat harta. Sejak kejadian tu, saya dah malas dan bertaubat daripada beli novel dan berazam nak angkut suma novel kat hostel bawak balik rumah.
  2. Jangan ingat kalau saya buat tak tahu bermakna saya membenarkan apa yang terjadi. Contohnya bila berkenaan dengan barang-barang saya. Sekali lagi, saya tak kisah kalau nak pinjam atau guna barang saya selagi pengguna itu tahu hormat saya selaku tuan empunya barang. Walaupun dah tahu tuan empunya barang tak kisah, sekurang-kurangnya mintak izin tuan barang dulu. Bukannya main redah guna. Ini yang sebenarnya pencetus kemarahan saya. Tergamam saya yang baru lepas kesukaan sebab mandi pakai sabun Protex yang melindungi badan daripada bacteria. Bila dah tengok apa yang terjadi, ternyata sabun Protex tak dapat lindungi saya daripada rasa marah dan annoyed. Ini bukannya baru terjadi tetapi dah lama saya perhatikan.
  3. Sila hormati privacy orang lain. Macam mana perasaan anda bila orang lain tengok benda yang anda tak mahu orang lain tengok? Ada rasa macam nak sekeh dan lempang secukup rasa. Contohnya gambo-gambo yang anda simpan dalam laptop mahupun handphone. Mesti lah ada gambo-gambo yang anda simpan dan tak berhasrat langsung nak upload dalam facebook mahupun blog. Mungkin gambo tu merupakan antara gambo dalam koleksi gambo buruk atau gambo bersama insan tersayang atau gambo gedik giler. Tapi tetiba ada orang lain pergi bukak folder tu dan tengok. Ini pulak merupakan pencetus kedua kepada rasa marah dan annoyed yang saya rasa.
  4. Mungkin bagi orang lain sesuatu perkara tu nampak remeh temeh tetapi tidak bagi orang lain. Contohnya belasah makan makanan orang lain di mana tuan empunya makanan tak sempat nak rasmi dulu makanan tu. For me, kau nak kena hempuk dengan kuali ke haahh? Aku tak sempat nak makan kau dah belasah makan. Kalau semut yang makan, lain citer. Dah nama pun semut. Serangga kecik yang tak tahu apa-apa. Kalau tuan empunya badan sendiri yang offer suruh orang lain rasmi makanan dia, lain citer. Iyer. Lain sangat-sangat citer tu. Sekali sekala saya tak kisah. Kalau dah berkala-kala memang nak kena ketuk kepala. Bukan maksud saya tak boleh makan. Bukan bukan bukan macam tu. At least cakap" nak sikit". Saya bukannya kejam sangat tak bagi langsung. haish. Kan lagi polite dan comel kalau macam tu. Muka suma dah lawa.
  5. Salah ke saya balik kampung tiap-tiap minggu? Salah ke? Habaq mai sat. Isu ni dulu saya tak berapa nak amek pusing sangat. Sekarang YA. Saya sangat kisah. Saya ada mak abah adik di kampung. Saya nak jumpa depa. Saya rindu mereka. Saya boleh demam kalau tak jumpa atau dengar sora meraka lama-lama. Ada jugak sora-sora mintak sepak dari pelbagai sudut kata motif saya balik kampung adalah untuk berdating dengan kekasih hati jiwa raga. Haish. Memang saya balik berdating tapi dengan mak abah adik. Yang dengki kenapa? Jeles sebab anda dah boring asyik kuar dating dengan pakwe makwe anda saja? HAHA.
Agak-agak dah tak boleh nak handle rasa annoyed dan marah tu, saya buat sesi luahan hati dengan Kak Lin sambil makan nasik kerabu. Bila dah luah suma dan nasik kerabu pun dah abes dimakan, baru rasa lega. Macam masyarakat awam selalu cakap, kenyang perut suka hati.

Pengajaran yang dapat diperolehi di hujung citer;
  • Sila main redah pakai helmet. Kalau tak pakai, amat buruk natijahnya. Eerr. Ada yang tak paham ayat tadi? Takpa. Anda kan beuty or handsome with brain. Of course boleh paham. Kan? Kan? Kan?
  • Jangan ingat seseorang tu diam maknanya dia tak kisah apa yang terjadi. Ia lebih kepada silent killer. Huih. Gerun tak dengar? Haah. Nasib baik gerun.
  • Tak bagi, mengata. Dah bagi buat harta. Ini memang ayat peveret saya sejak dari sekolah rendah lagi. Kawan baik saya selalu jugak guna. Itu yang terjadi dalam kehidupan realiti.
  • Walaupun bagi sesetengah pihak penggunaan mintak izin tak berapa nak penting, tapi bagi saya penting. Sekali tengok dan dengar macam bercirikan orang nerd, tapi tinggi nilainya.
Oleh itu, entry bebai dan merap diakhiri dengan ucapan terima kasih.

No comments: