Sunday, May 16, 2010

Perkara

Perkara satu - Bangun pagi dalam waktu yang boleh dipanggil pagi. Memandangkan abah ada kat umah, kena bangun awal. Kalau lewat, memang akan kena sound kaw kaw. Boleh jatuh saham kalau selalu bangun lewat. Selain saham jatuh, potensi hantaran kawen untuk turun jugak boleh terjadi. huish. Memang tak boleh dibiarkan jadi. Tapi kalau hantaran turun, boleh kawen awal. Semakin kurang hantaran, semakin cepat boleh kawen. HAHA. Boleh tak macam tu?

Perkara dua - Sebelum main game atau tengok tv kena mandi, brekfes dan kemas katil. Memang kena buat. Tak ada diskaun. Mak memang tak berkenan kalau bangun tak kemas katil. Jadi nak tak nak kena jugak buat walaupun kami adik beradik kadang-kadang malas nak buat. Kemas tetap kemas tapi cuma lewat sikit. HAHA.

Perkara tiga - Menonton CSI untuk kali ke berapa ntah. Tak jemu walaupun diulang-ulang. Well. Dah nama pun peminat CSI. Kalau ulang 34 kali pun saya sanggup tengok. Kalau tengok citer Gerak Khas? Tolong lah. Saya awal-awal lagi dah tukar channel. Tapi kalau mak nak tengok, saya tak dapat berbuat apa sebab tv tu mak punya.

Perkara empat - Pagi ni mak ada test JPJ. Abah bagi cadangan nak pi tengok mak amek test tapi mak tak setuju. Mak kata takut mak tak boleh buat dengan cemerlang kalau kami semua pi tengok. Jangan risau. Akak nak pi tengok orang yang amek test jer. Tak pun tengok tayar keta dan motor kat sana. HAHA.

Perkara lima - Mak lulus test JPJ dengan cemerlang. Tahniah mak! Weehuu.

Perkara enam - Hari ni dapat lepas mengidam. Dapat makan cendol pulut yang mak cik jual dekat kat Sungai Ular, Kulim. Terbaik alam semester. Punya lama teringin nak makan sampai ngigau-ngigau time tido.

Perkara tujuh - Untuk meraikan mak lulus test, kami makan di luar. weehuuu. Sekali lagi, dah lepas gian nak makan ikan masak steam.

Kira mak saya lagi hebat daripada anak gadis dia. Sekali amek test JPJ dah lulus. Anak gadis dia kena amek dua kali. T______T Apa daaa ~ Owh ya. Selera makan semakin bertambah. Memandangkan saya die hard fan nasik, hari-hari mesti makan nasik. Tiada hari tanpa nasik.

No comments: