Monday, May 17, 2010

Enjin bunuh diri



bukannya aku tak takut mati
hanya karena sering patah hati
yang aku takut bila patah hati
engkau nekat lalu bunuh diri


Salam suma.

Memang rutin harian kalau balik kampung adalah menghantar adik ke sekolah. Pukul dua belas tengah hari di mana time matahari tengah galak memancar dengan riang lah saya kena rempit pergi anta adik. Suruh naik bas tak sampai hati walaupun kadang-kadang tu sebenarnya boleh jadi modal nak ugut adik suruh dia buat keja rumah. HAHA. Pilih antara dua. Nak buat keja rumah atau pergi sekolah naik bas? Bagus. Pilihan yang tepat kerana memilih untuk buat kerja rumah.

Memandangkan hari berkenaan kemalasan saya tahap periuk belanga, saya buat lambat-lambat bersiap. Kononnya lah nak lambat anta adik padahal saya bersiap awal lagi daripada dia. ceh. Bersiap mengalahkan anak dara. Harinih mak bagi arahan suruh saya anta guna moto honda lama sebab moto LC abah bawak pi keja. alamak. Ni yang den lomah ni bila part nak start moto. Nak kena start secara normal. Moto LC boleh guna starter. Guna jari pun boleh. hehe.

Sebelum gerak baru perasan. Lampu signal dengan free gear tak menyala. Haah sudah. Dengan semangat kamikaze yang tinggi yang diselitkan keremajaan yang tidak terperi, bawak jugak moto.

EPISODE SATU
Lepas saja simpang rumah nak ke jalan besar, dah start rasa lain. Tak macam selalu saya bawak. Semput semacam saja moto ni. haish. Jangan buat hal tengah jalan sudah. Masa nak naik bukit merupakan masa yang menyemputkan jiwa raga. Masa ini jugak lah saya hilang ingatan saya dah masuk gear berapa. Nak check gear berapa tak boleh sebab lampu gear tak menyala. Jenuh jenuh.

Sampai dekat simpang empat steady lagi. Di sini lah pengembaraan baru bermula.

EPISODE DUA
Sampai saja dekat simpang tiga, macam besa lah. Berenti kejap. Tiba-tiba enjin stop daripada bernyawa. woii wooii wooii. Time ni jugak hang nak bunuh diri. Yang tak boleh blah enjin moto mati betol-betol tengah jalan simpang tiga. Kalau iyer pun nak bunuh diri, jangan lah babitkan aku dengan adik aku yang tak bersalah ni. Niat kami tulus dan suci sesuci lebaran yang bakal menjelma untuk pergi sekolah.

Haah sudah weih. Cuba start balik moto tak boleh sebab enjin tak nak hidup. Enjin moto ni memang dah nekad nak bunuh diri. Ingat dia main-main jer. Well, memang tak pernah dibuat orang start enjin moto tengah jalan kat simpang tiga. Saya saja yang buat T______T Sila berada di dalam kasut saya. Masa tu jugak lah keta muncul daripada pelbagai simpang. haish. Bila duduk tengah jalan tetiba rasa macam saya ini penghalang cinta tiga segi.

EPISODE TIGA
Tiba-tiba... Jenga jeng jeng. Ada dua orang hero Wonderpets datang memberikan bantuan. Phew. Depa tanya, "kenapa kak? moto rosak?" Dengan konfidennya saya menjawab, "a'ah. moto tak boleh start" Maka hero Wonderpets mula menjalankan misi menyelamat. Dorang cuba start moto tapi tak boleh jugak. Dan agak cerdik kalau nak jugak start moto tengah jalan padahal boleh jer tolak moto pergi tepi jalan.

Kemudian cuba lagi start tapi tak boleh jugak. Kalau saya start moto memang ada point jugak yang moto tak hidup sebab pagi tadi tak brekfes. Jadi tak cukup tenaga. Masa ni saya boleh steady lagi. Nasib baik masa tu saya tergerak nak bawak handphone sebab selalunya malas nak bawak. Kalau orang kol atau mesej mana sedar.

Hero Wonderpets cuba menghidupkan enjin moto yang nekad bunuh diri.

EPISODE EMPAT
Jeng jeng jeng. Ada lagi sorang hero iaitu brader mana ntah datang membantu. Dengan pakai jaket dan spek mata hitam siap kasut kulit lagi. Saya syak dia mungkin geng-geng polis. Tak polis, kastam ke imigresen ke pegawai bomba ke. Harini ramai hero datang membantu. ehem ehem. hikhikhik. Kejadahnya aku gelak galak? *libas tengkuk sendiri seckup rasa* Apa yang penting sekarang enjin moto dapat kembali hidup. Lantak lah masyarakat awam nak gelak ke nak tengok ke.

Masa saat-saat genting di mana enjin moto bunuh diri kat tengah jalan, saya ada lah jugak terperasan dengan kehadiran beliau. Beliau hanya memerhatikan dari jauh. ehem. Dah macam citer Korea plak. ehem ehem. Brader berspek hitam ni pelik sikit. Dia cuma tengok saja apa yang Wonderpets buat tanpa berkata apa-apa. Saya pulak dengan skemanya pergi tanya kat brader berspek hitam tu, "kalau moto tak boleh start kena check plug ke?" Dia jawab" a'ah. kita check dekat situ". ceh. Nampak sangat saya tak tahu apa-apa pasal moto. Jangan pasal moto, nak isi minyak moto pun tak tahu. Saya tak pernah isi minyak moto jauh sekali minyak kereta. 

Kepada sesiapa yang nak kutuk, sila kutuk dalam hati T______T

EPISODE LIMA
Wonderpets kata moto ni kena bawak pegi bengkel, tukar plug. Gulp. Pergi bengkel? Menda pertama yang terlintas di kepala; berapa banyak saya nak kena kuarkan duit untuk tukar plug. Yelar. Mana nak tahu bab-bab moto ni. Kena kang dia tapau saya abes-abesan mana saya nak cekau duit. Purse saya memang tebal. Banyak dengan resit. Saya lah manusia atas muka bumi yang paling gembira kalau resit tukar jadi duit. Ini masalahnya penuh dengan resit.Tak boleh jadi. Kol abah bagitau pasal enjin moto abah bunuh diri kat tengah jalan. Apa-apa pun kena jugak bagitau abah. 

Agaknya Wonderpets dah fed up dengan moto tu, mereka pun mintak diri dan berlalu pergi. Tinggallah saya, adik dan brader berspek hitam. Abah kata check amenda ntah. Saya pun dah tak ingat. Menda alah tu bunyi sumting like "cok". Lebih kurang macam tu lah. Brader tu tolong check kat tempat berkenaan dan cuba start.

Guess wat?

Enjin moto hidup kembali. Hoyeh hoyeh. Tiba-tiba saya nampak cahaya di hujung terowong. hehe. 

Saya dengan muka bangga macam saya yang start enjin padahal brader tu yang tolong start naik atas moto dengan gembira. Elok jer duduk, enjin moto mati balik T_______T Hampeh sungguh. Start balik moto tak nak hidup plak. Terpaksa lah brader tu tolong start balik. Bukan sekali malah 3 kali dia tolong start sebab asalkan saya duduk atas moto mesti enjin mati. Percubaan terakhir berjaya. 

Lepas ucap terima kasih kepada brader berspek hitam, terus pecut anta adik pergi sekolah.

EPISODE ENAM
Memang teruji kewanitaan dan keremajaan saya masa bawak moto. Moto buat hal lagi. Masa berenti kat traffic light simpang tiga (trauma trauma) sekali lagi enjin moto bunuh diri. Haish. Memang nak kena nih. Boleh pulak dok bebai kat traffic light. Nasib baik duduk kat tepi jalan. Tapi nasib baik senang nak start balik enjin. Boleh dikatakan setiap kali berenti di traffic light dan semasa nak buat U turn enjin moto mati. Haish.

Sampai depan sekolah adik, dengan selamba adik bawak keluar statement.

"Aji dah serik naik moto dengan hang. Hang jangan risau da lepas nih kena anta Aji pi sekolah. Aji pi sekolah naik bas"

HAHA. Baik punya kenyataan. Tu yang saya nak dengar.

On the way balik memang saya tak bagi chance langsung moto berenti walaupun sekejap. Saya akan pastikan moto sentiasa bergerak walaupun semasa berenti kat traffic light. Balik terus pecut laju-laju untuk sampai rumah. Balik tu abah bawak moto pergi bengkel. Nah. Amek kau kena dekat RM100 untuk tukar segala menda alah yang patut diganti. Kini, moto dah kembali sihat dan tak mahu bunuh diri lagi.

Walaupun moto tu bebai sampai bunuh diri kat tengah jalan simpang tiga, kami tetap sayang dia. Moto, sila terharu. Sebabnya;

  • moto tu dah lama da. Tak silap saya dah 20 tahun motor tu digunakan dan berjasa untuk kami sekeluarga. Senang citer, sebelum saya wujud, moto tu dah wujud.
  • moto tu yang abah saya guna untuk pergi kerja selama ini, nak cari rezeki buat keluarga.
  • dengan moto tu jugak lah yang bawak kami pi hospital atau klinik kalau saya atau adik sakit.
  • moto tu jugak yang berjasa bawak saya pergi sekolah untuk cari ilmu dari sekolah rendah sampai lah masuk universiti.
  • dengan moto tu jugak yang ajar kami erti macam mana susahnya mak abah cari duit untuk besarkan kami.
Jadi, sebenarnya saya sikit pun tak rasa nak marah bila enjin moto mati. Sekurang-kurangnya saya dapat rasa macam mana rasa enjin moto mati tengah jalan. Taylor Swift tak dapat rasa apa yang saya rasa ni. Rugi wooo ~ 

Petang tu lepas mak balik keja adik citer balik detik-detik mencemaskan kat mak abah. Sekali lagi, dia bawak kuar kenyataan yang tak boleh blah.

"Aji bajet hang nak sepak moto tu tadi kat tengah jalan. Rupa-rupanya hang tak buat pun. Aji macam besa, control macho masa tu"

Ceh. Hampeh punya adik.

No comments: