Sunday, May 02, 2010

bukan salah hormon dalam badan


In the morning

Harini macam besa, berhibenasi dalam bilik sambil guling-guling dengan nota. Nota sekarang dah macam soulmate saya. Pegi mana-mana mesti teringat nota. Besa lah. Nak exam. Kalau tak exam, nota letak tepi-tepi macam abes madu sepah dibuang. Memandangkan saya dalam mood exam, jadi start lah nak kaco orang yang tak ada exam dan dah bekerja. Mintak dia temankan saya. Berkasih sayang secara maya until he starts to talk about his colleagues.

Yeah. That is when all things start to screw up.

Diari satu hati saiz kacang hijau

Saya bukannya marah tapi agak terkejut bila dengar. Terkejut dengan kadar yang sedikit dan tidak berbahaya. Mungkin ini perkara kecik dan sekadar gurauan bagi mereka. Tapi bagi saya, ia gurauan yang boleh menyebabkan hati saya yang beso macam stadium bola jadi kecik macam kacang hijau. Sangat comel saiz hati saya sekarang.

Saya masih lagi ingat kata-kata seorang kenalan saya, "JANGAN BUAT KAT ORANG KALAU KITA TAKNAK ORANG BUAT KAT KITA".  Apa kaitan dengan kisah hati saya jadi kecik macam kacang hijau? Meh nak story macam mana boleh jadi macam tu. Saya sebenarnya tak kisah bergurau kasar walaupun kadang-kadang gurau kasar tu boleh menyebabkan terasa hati. Fine. Dah nama pun gurau kasar. Kalau bergurau tentang perkara fizikal, bagi saya boleh diterima lagi. Contohnya, seseorang kata kepada saya, " atiq, cantiknya badan hang. cantik macam lidi sate. dah tu tinggi melayut macam tiang telekom." Saya boleh terima lagi gurauan kasar yang penuh dengan maksud tersirat. Well. Anggap saja ia sebagai pujian daripada pihak yang jeles sebab dorang tak dapat kurus dan tinggi macam saya. Yelar. Saya kan ada badan saiz model antarabangsa. HAHA.

Tapi bila ia melibatkan hati dan perasaan, I think it's too much. Let's make it simple. Katakan lah, (katakan saja. tak mahu jadi betol-betol) ada pihak-pihak berkenaan bergurau kasar dengan mengatakan mereka nak tolong carikan lelaki/perempuan lain untuk dijadikan girlfriend/boyfriend kepada boyfriend/girlfriend anda sedangkan mereka dah tahu yang boyfriend/girlfriend anda sudah berpunya (seyes tak ada keja depa nak buat. punya berlambak keja ada, itu jugak yang depa berkenan nak buat) Mungkin bagi orang lain ia sekadar gurauan besa. Bagi saya itu gurauan mintak pelembang telinga bertubi-tubi. Kalau dia nak cari jodoh untuk orang yang single, it still acceptable.

Seyes. Hati saya jadi kecik macam kacang hijau bila jadi macam tu T______T

Ia membuatkan saya terpikir. Wujud jugak orang macam tu. Saya pun ingat nak gurau kasar jugak lah. Baru fair kan. Apa kata saya pulak tolong carikan madu atau pasangan lain untuk isteri/suami/boyfriend/girlfriend mereka. Nak tak? Nak tak? Nak tak? Alar alar alar. Boleh lah. Pleeeaasseeee.

haahh. Tahu pun takut.

Dia berkali-kali meyakinkan saya bahawa itu cuma gurau dan saya jugak berkali-kali cuma menganggap ia sebagai gurauan. See. Macam mana kisah ini berkaitan dengan kata-kata kenalan saya. Pandai-pandai mike ler kaitkan kisah tadi dengan kata-kata kenalan teman.


Diari dua hati saiz kacang hijau

Esok saya nak exam paper CRSIT. Kalau nak exam, kena letak tepi-tepi hal yang boleh ganggu fokus. Tapi nak dijadikan cerita, saya terlari daripada fokus saya. Seperti besa, berkasih sayang sambil study. Apa kaitan study dengan kasih sayang? HAHA. Sembang punya sembang dia bagitau something kepada saya.

Sejarah lama kembali berulang.

Sekali lagi hati saya jadi kecik macam kacang hijau. Kali ni pun macam hati saya macam kena libas dengan paip getah. pergh. Sapa yang penah kena masa kecik-kecik dulu tahu lah macam mana pedih rasanya. Yang pasti, saya tak pernah kena. HAHA. Takat kena rotan tu besa lah. Dah nama pun budak nakal.

Kadang-kadang saya terpikir adakah saya kurang sporting atau kurang open minded (macam tingkap jer main bukak-bukak) Mungkin jugak faktor pergaulan seharian saya menjadikan saya berpikiran macam tu. Mungkin ada yang menganggap saya seorang yang kurang sporting sebab saya selalu keluar dengan kawan-kawan perempuan merangkap bestfriend saya tanpa ada pembabitan lelaki walaupun kawan sekelas. Mungkin jugak ada yang menganggap faktor berpunya menjadi halangan sekali gus mengurangkan tahap sporting untuk keluar dengan kawan lelaki. heehh.

Tak ada kaitan langsung.

Memang sejak zaman single mingle and totally available pun saya tak penah keluar dengan lelaki walaupun kawan sekelas apatah lagi nak keluar dengan orang lain sekarang. Itu adalah keputusan diri sendiri dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Kalau saya mahukan seseorang yang terbaik, saya haruslah menjaga diri dengan terbaik. He told me that somebody told him he had a secret admire. Woohooo. Phewit phewit. Tu lar. Sapa suruh kacak sangat sampai ada secret admire. HAHA.

For me, part secret admire tu okay lagi. Part ajak keluar main bowling ke snorkeling ke keluar makan ke apa yang lain saya tak kisah. Mungkin boleh dikatakan sebagai beridah bersama rakan-rakan. Tapi part nak  padan-padankan dengan orang lain sangat tak comel perbuatan tu. Seyes tak comel. Mungkin ada jugak yang kata tak rocks atau sporting atau open minded kalau tak keluar dengan kawan yang lain jantina.

Macam tu pulak dah.

Mood saya tengah tak berapa nak elok. Ini tak ada kena mengena dengan hormon. Jadi jangan salahkan hormon sebab hormon tak ada kaitan dan tak bersalah. Otak saya tak dapat terima lousy things rite now. Hanya perkara yang berfaedah dan ilmiah saja dibenarkan masuk. Memandangkan mood tak berapa nak elok, saya cepat berasa annoyed walaupun ia perkara kecik. Bila pikir balik, itu semua perkara kecik dan tak ada apa-apa pun. HAHA.



Bila saya rasa annoyed, beware. Anda berada dalam bahaya.

No comments: