Thursday, May 20, 2010

Syukur Alhamdulillah


1. Saya bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang baik dan hebat sama ada di sekolah mahupun universiti.

2. Saya bersyukur dengan jumlah elaun yang MARA bagi tiap-tiap bulan walaupun cukup-cukup makan dan kadang-kadang masuk lambat.

3. Saya bersyukur saya tidak memilih dalam bab makan.

4. Saya bersyukur kad pengenalan saya masih dalam keadaan elok walaupun sudah hampir 10 tahun digunakan dan menampakkan muda zaman awal remaja.

5. Saya bersyukur dengan kewujudan mesin basuh di hostel saya yang bertaraf “lima bintang”.

6. Saya bersyukur dengan adanya bas Perak Transit lalu depan hostel sebab bas tu baru. Tambahan pula aircond berfungsi dengan cantik.

7. Saya bersyukur memiliki ketinggian 165cm kerana tak rasa kerdil di samping Gisele Bündchen mahupun Adriana Lima walaupun saya tetap pada paras ketiak dorang.

8. Saya bersyukur atas kewujudan Jusco di kota metropolitan Ipoh.

9. Saya bersyukur saya masih lagi diberi peluang untuk berubah.

10. Saya bersyukur saya dilahirkan dalam keluarga yang bahagia.

11. Saya bersyukur dengan kewujudan cendol pulut sedap di Kulim.

12. Saya bersyukur diberikan pendidikan yang baik daripada kecik sampai beso.

13. Saya bersyukur saya memiliki kaki saiz 8 walaupun susah nak cari kasut. Takpa. Gisele Bündchen dan Adriana Lima tentu memahami saya.

14. Saya bersyukur saya dilahirkan dalam keadaan yang sempurna anggota badan dan sihat.

15. Saya bersyukur saya tahu bawak motosikal walaupun tak tahu macam mana nak isi minyak motosikal sebab tak pernah isi.

16. Saya bersyukur memiliki seorang ayah yang penyabar dan baik.

17. Saya bersyukur memiliki seorang ibu yang tegas dan penyayang.

18. Saya bersyukur saya tidak mempunyai masalah kulit seperti jerawat yang teruk sehingga boleh meyebabkan saya saiko bila tengok.

19. Saya bersyukur saya tahu lipat baju dengan cantik, kemas dan tidak menyakitkan mata bila mak dan mak mentua tengok.

20. Saya bersyukur masih ada lagi orang memuji tulisan saya cantik macam ditaip guna computer. (terharu sangat. terima kasih suma. HAHA)

21. Saya bersyukur kerana diberikan kesedaran untuk tidak ber-so-sial macam tak ingat Tuhan. (mintak dijauhkan) Isu sporting ke tak kalau tak sosial dengan berlainan jantina pergi mati tepi-tepi dulu. Perkara tersebut akan diulas di masa akan datang.

22. Saya bersyukur ada Sushi King di Kulim.

23. Saya bersyukur saya tinggal di Kulim walaupun ada pasaraya The Store, Big 10 serta Giant.

24. Saya bersyukur saya dilatih daripada kecik untuk tahu naik bas awam.

25. Saya bersyukur mempunyai mata tak-berapa-sepet-dan-tak-berapa-bulat.

26. Saya bersyukur mempunyai Opah yang selalu mengingatkan saya tentang akhlak diri, ibadah serta aurat.

27. Saya bersyukur setiap hari saya dapat kejut roommate bangun pagi.

28. Saya bersyukur roommate saya kejut saya bangun untuk solat Subuh pada hujung minggu.

29. Saya bersyukur atas kewujudan watercooler di hostel yang bertaraf “berjuta-juta bintang di angkasa lepas”

30. Saya bersyukur dilahirkan sebagai perempuan.

31. Saya bersyukur mempunyai kakak-kakak senior di universiti yang cantik, baik, penyayang, gorjes serta boleh melayan kerenah adik-adik yang nakal dan comel.

32. Saya bersyukur kolej saya kecik di mana saya dapat melihat orang sama sebanyak 10 kali dalam masa sehari.

33. Saya bersyukur saya kurus walaupun pipi tembam macam kuih pau 6 kilo.

34. Saya bersyukur menpunyai jari yang panjang.

35. Saya bersyukur Malaysia mempunyai pelbagai jenis masakan yang enak-enak.

36. Saya bersyukur pak cik bas masih sabar tunggu student yang lewat naik bas walaupun balik-balik orang yang sama jugak lewat setiap pagi.

37. Saya bersyukur saya tak pernah menjejakkan kaki ke pusat karaoke apatah lagi disko. Kalau Jusco memang selalu.

38. Saya bersyukur mempunyai bestfriend yang selalu mengingatkan perkara yang saya lupa atau lalai.

39. Saya bersyukur saya seorang yang cepat sejuk bila marah.

40. Saya bersyukur saya masih lagi menyayangi kucing walaupun kucing selalu masuk dalam hostel dan selongkar tong sampah.

41. Saya bersyukur dengan kewujudan pasukan Chelsea dan Jerman di persada arena bola sepak antarabangsa.

42. Saya bersyukur atas penciptaan krim jerawat yang menghilangkan jerawat tumbuh manja-manja kat muka macam ni muka atok nenek dia yang punya. Terima kasih jerawat kerana memilih muka saya sebagai destinasi percutian anda sekeluarga.

43. Saya bersyukur saya tidak pernah hisap rokok atau shisha atau kedua-duanya.

44. Saya bersyukur di atas kewujudan World Cup walaupun diadakan 4 tahun sekali.

45. Saya bersyukur air yang digunakan untuk mandi adalah jernih dan bersih lagi menyucikan agar rambut saya kekal hitam serta bersih tanpa perlu bertukar kaler perang, blond,pink mahupun layer kaler.

46. Saya bersyukur arwah tok wan dan tok tanam banyak pokok buah di kampung.

47. Saya bersyukur tahun lepas dan tahun ini rumah saya tak banjir.

48. Saya bersyukur saya dilahirkan dalam keluarga Islam.

49. Saya bersyukur saya tidak anorexia walaupun dalam kategori underweight.

50. Saya bersyukur masih lagi bernafas di atas bumi-Nya.

51. Saya bersyukur saya masih lagi dapat membezakan antara perkara buruk dengan baik.

52. Saya bersyukur seksa final exam dah abes. Weehuu ~

53. Saya bersyukur saya memiliki lesen sebelum umur 20 tahun.

54. Saya bersyukur dengan adanya Drogba dalam pasukan Chelsea.

55. Saya bersyukur saya masih ada insan-insan tersayang untuk berkasih sayang serta meluahkan perasaan.

56. Saya bersyukur shopping mall di Malaysia selalu buat sales.

57. Saya bersyukur setiap hari dapat pergi kolej naik bas.

58. Saya bersyukur Malaysia tak ada musim sejuk sebab saya tak berapa nak tahan sejuk walaupun ada jugak hati nak main salji dan buat ais kepal guna salji.

59. Saya bersyukur saya saya dan keluarga mempunyai tempat tinggal yang selesa.

60. Saya bersyukur masih ada yang membaca blog saya.

61. Saya bersyukur masih lagi ingat nak nyanyi lagu sekolah walaupun dah lama tak nyanyi.

62. Saya bersyukur handphone saya masih lagi dalam keadaan elok walaupun selalu jatuh katil.

63. Saya bersyukur saya tak pernah kena tahan di wad.

64. Saya bersyukur tidak pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya mahupun kemalangan yang menyebabkan saya patah hati dan remuk jiwa raga.

65. Saya bersyukur saya tak pernah bercouple semasa sekolah.

66. Saya bersyukur saya tak pernah jatuh pokok walaupun selalu jugak panjat pokok masa kecik.

67. Saya bersyukur Malaysia sebuah negara yang aman damai harmoni tenteram.

68. Saya bersyukur ada panggilan dan sms bercuma sempena hari lahir. Terima kasih.

69. Saya bersyukur saya tahu memotong kuku dengan cantik dan kemas. Bukan guna gigi.

70. Saya bersyukur masih lagi dapat merasai nikmatnya tido.

71. Saya bersyukur saya kipas susah mati nasik dan bukannya sushi.

72. Saya bersyukur mempunyai sebuah blog.

73. Saya bersyukur dapat menyambut Ramadhan pada tahun lepas dan berharap dapat berjumpa pada Ramadhan akan datang.

74. Saya bersyukur mesin xray semakin canggih.

75. Saya bersyukur dapat berjumpa dan kenal dengan pelbagai perangai manusia walaupun kadang-kadang perangai macam mintak pelempang berkali-kali.

76. Saya bersyukur bau kentut dapat diklasifikasikan sebagai wangi jika hendak dibandingkan dengan bau bangkai serta mayat reput.

77. Saya bersyukur pak cik kedai bakso belakang hostel buat delivery ke hostel. Tak payah hari-hari tak teh tak teh pergi kedai beliau.

78. Saya bersyukur saya tinggal di rumah 2-12.

79. Saya bersyukur saya bukan calon bertuah kena pergi PLKN. Phew.

80. Saya bersyukur single seat bas kesukaan saya luas dan harga tiket yang berpatutan di samping service yang baik.

81. Saya bersyukur lelaki bermata sepet handsome. Contohnya beliau (ehem ehem) dan Lin Dan.

82. Saya bersyukur dilahirkan selepas merdeka.

83. Saya bersyukur line broadband yang baru cantik dan tak lambat macam siput yang tempang.

84. Saya bersyukur saya dapat amek final exam untuk semester ni.

85. Saya bersyukur tiada orang membuat onar dalam hidup saya. Setakat ini.

86. Saya bersyukur ada ramai pelakon vampire dan serigala jadian yang kacak dan cantik sehingga membuatkan saya menonton movie tersebut tanpa jemu. Bagaimana pulak dengan pontianak harum sundal malam? Tak ada serigala jadian kacak. Tak nak tengok.

87. Saya bersyukur saya tak pernah jumpa benda ghaib secara live.

88. Saya bersyukur saya dah kena demam campak dan berdoa agar tak kena lagi.

89. Saya bersyukur selipar saya masih dalam keadaan elok dan selesa digunakan walaupun sudah lama dipakai dan tidak berharga mahal.

90. Saya bersyukur subjek Geografi masa form 3 banyak melukis dan tak payah buat nota. Phew. Lega.

91. Saya bersyukur pernah tinggal di kampung dan merasai suasana kampung.

92. Saya bersyukur tinggal lagi setahun saya nak kawen abes belajar.

93. Saya bersyukur di atas kewujudan Astro di rumah.

94. Saya bersyukur saya tak rasa jemu makan nasik gorang ayam selama 2 semester pada setiap malam.

95. Saya bersyukur dapat tengok mayat segar dari peti sejuk di bilik mayat kat kolej. (eerr. tak tahu apa orang panggil untuk peti simpan mayat)

96. Saya bersyukur tak ada lagi orang kena lempang laju-laju dengan saya.

97. Saya bersyukur hari ini cuaca sangat cantik dan baju kering.

98. Saya bersyukur hari-hari dapat makan nasik.

99. Saya bersyukur saya tak terminate account Myspace saya. 

100. Saya bersyukur bertemu dirinya kerana dia adalah doa saya. Alhamdulillah.




I know I am stubborn and annoying yet your patience keeps our relation going

I pray this bond never grows cold

No comments: