Saturday, April 17, 2010

Save the best for last

Salam suma.

Semalam hari akhir praktikal dan balik rumah. weehuu ~ Minggu ni saya bertugas di kecemasan untuk syif petang. Masa duty pun rasa cemas bila tengok patient datang dengan cemas. Patut lah asyik rasa berdebar-debar. Macam ada kenal kebal tengah drift. Abes tunggang laggang aorta. hehe.

Duty minggu ni saya tak banyak sangat buat kes. Dah macam tak ada semangat nak buat. Separuh jiwaku pergi. haha. Oleh itu saya banyak buat keja-keja yang tak jumpa dengan patient. Contohnya duduk kat kaunter pendaftaran. My favourite place. haha. Saya memang suka duduk kaunter pendaftaran kat kecemasan. Kira dah tahu apa nak buat kalau borang sampai. Macam tu jugak kalau duduk dekat main department. Bab daftar nama patient memang saya sangat suka walaupun sebenarnya mencabar jugak duduk kat situ. Sapa kata jaga kaunter senang? Meh sini nak puleh hidung.

Selain dari duduk kat kaunter, bilik gelap pun boleh jadi tempat saya duduk bila kurang rajin nak buat kes. Haip haip. Bukan malas cuma tahap rajin kurang haritu. Dan seboleh-bolehnya saya taknak masuk bilik gelap. Kalau diberi pilihan antara bilik gelap dengan buat kes, saya akan pilih buat kes. Aik. Tadi bukan kata nak duduk bilik gelap ke?

Iyer iyer. Saya akan masuk bilik gelap bila keadaan memaksa saya masuk. Contohnya malas nak kena soal jawab pasal anatomi atau pasal positioning patient. Masa tu memang cabut masuk dalam bilik gelap walaupun hati berat saja nak masuk. Bilik gelap kat kecemasan kat hospital yang saya praktikal ni lain sikit daripada bilik gelap yang saya penah masuk. Sapa yang penah masuk akan tahu macam mana lainnya. Kalau masuk jer apa yang saya dah siap setting dalam kepala saya nak abeskan cuci filem cepat dan keluar cepat. Tambah pulak, lampu merah (lampu cahaya selamat) tak terang sangat. Kena tunggu lama sikit baru boleh nampak.

Dan jugak minggu ni minggu last anta buku log. Macam biasa, salin kes tapi entah kat mana saya letak pun tak tahu. Haritu bukak kotak ada lar jumpa sepuluh kes. Bukak buku nota jumpa lagi. Usha dalam buku anatomi ada lagi. heehh. Kes ada di mana-mana.

Hari last saya pegi duty pagi sebab saya nak balik awal. Biasa lah. Mak abah duk tunggu bila anak depa nak balik. hehe. Dan macam biasa, nak naik bas feveret dan single seat punya pasal sanggup tunggu lama kat stesen bas.

Apa yang penting kerjasama. eh eh. Bukan bukan. Apa yang penting dapat balik. :)

No comments: