Friday, April 30, 2010

My bad, my bad

Salam suma.


Comel sangat ke nombor matrik aku sampai asyik kena duduk paling belakang dalam exam hall? T___T


Sekali lagi saya buat kesalahan yang sama. Same stupid mistake. Untuk subjek ni dah ada target. Macam subjek-subjek lain. Harap-harap tak jadi macam exam yang lepas. Berapa hari memang dah tunggang langgang baca notes dengan hafal apa yang patut dihafal. Memang dah boleh agak apa yang akan masuk exam nanti. Macam besa, dah ada target soklan apa yang akan keluar untuk soklan esei. Dari zaman berzaman tu jer soklan yang boleh ditanya masa exam. Jadi memang guna abes kelebihan skill sebagai ahli nujum untuk spot soklan.

Sekali lagi buat otai dan kamikaze skip baca satu tajuk sebab malas nak baca. hehe. Panjang sangat tajuk tu dan banyak menda alah yang nak kena ingat. Contohnya proses pencucian filem, peralatan yang digunakan, bahan kimia yang digunakan untuk cuci filem serta apa ntah lagi. Banyak sangat. Tajuk lain lagi pun banyak jugak. So last-last skip baca tajuk tu walaupun dah tau tajuk memang wajib keluar untuk soklan esei. Well. Satu tajuk saja daripada sebelas tajuk yang lain. Owh ya. Lupa pulak. Kebanyakkan tajuk kena ada sekurang-kurangnya satu lukisan. Korang kira lah sendiri berapa banyak lukisan kena ingat. Remaja kan suka mencuba sesuatu yang baru dan thrill. Kira thrill apa skip satu tajuk. Alar. Satu jer pun. Budak dekan memang histeria kalau tak ingat satu ayat dalam satu tajuk. Kalau tak ingat satu tajuk, saya pun taktau apa nak jadi dengan dorang. Terjun lombong kot.

See. Alasan kukuh untuk skip baca satu tajuk yang takdak lukisan. Dapat saja kertas soklan, curi-curi baca soklan yang ada walaupun dah kena warning dengan penjaga dewan exam. Saya tak ingkar pun arahan. Takdak pulak arahan "jangan membaca soklan sehingga diberitahu" atau "jangan lihat soklan sehingga diberitahu".  Arahan "jangan bukak soklan sehingga diberitahu" ada lar.

Dapat arahan bukak kertas soklan, cepat-cepat tengok soklan esei apa yang masuk. Tepat sekali jangkaan saya. Tajuk yang saya skip baca masuk. Nak menyesal sekarang pun dah tak guna. Redha saja. Terus buat kiraan soklan mana yang boleh bagi markah paling banyak dan saya boleh ingat jawapan. Dan memang dah jadi tradisi tengok soklan tau yang diri boleh jawab. Yang menjadi masalahnya, jawapan untuk soklan tu agak rabun-rabun ayam. Sekali lagi, pasrah dan redha.

Lumrah remaja suka buat perkara yang thrill. Kurang daripada setengah jam masa menjawab nak abes, saya tukar soklan. woohoo. Saya amek soklan yang ada tajuk saya skip baca sebab ada yang saya boleh jawab. hehe. Bila masuk ayat ketiga jawapan, saya blur. Tak ingat dah nak tulis apa padahal sebelum tu memang dah ingat full answer. Bila masa tinggal 15 minit nak abes, saya tukar lagi soklan. hehe. Tulisan tak payah tanya. cakar ayam mahupun cakar-cakar haiwan lain lagi cantik daripada tulisan saya. Kalau ayam tengok tulisan saya, confirm kena gelak kaw kaw.

Let bygone be bygone.

Lepas abes exam, terus pergi tengok movie Ironman. Boleh lah tahan best movie tu. Masa tunggu bas, mengadu dekat dia pasal exam tadi. ehem ehem. Saja nak manja-manja bila dah abes exam.

Next, paper CRSIT. Paper ni pun ada potensi saya nak buat thrill. Skip baca beberapa tajuk daripada dekat 20 tajuk kena cover. hehe.

No comments: