Sunday, April 04, 2010

Karnival sukan

Salam suma.

Ingatkan lepas futsal league haritu dah tak terlibat dah dengan futsal serta sukan-sukan yang lain. Rupa-rupanya tak. Kami mewakili course kami untuk futsal (perempuan) dan kami merupakan satu-satunya team perempuan yang masuk futsal untuk karnival sukan. Bunga-bunga di antara segerombolan kumbang. eceh. Masih mengekalkan lagi posisi yang sama bagi pemain. Cuma ada import pemain baru. Kak Tam. hoyeh hoyeh. Welkam to da klab bebeh.

Bagaimana dengan saya? owh. Saya masih jugak menjadi penjaga gol kedua yakni dengan lebih tepat dan maksud stret to da point pemain simpanan. Haip haip. Jangan pertikaian posisi ini. Walaupun pemain simpanan ia tetap bermakna. Bermakna? Macam mana tu? eerr. Tak mengapa. Tak masuk exam pun. Kami jugak berasa syukur kerana semasa short sem kena buat tugasan pasal futsal walaupun sebenarnya saya sendiri pun tak paham amenda tu futsal. Itu merupakan teori. Sekarang baru nampak amenda yang kami buat tugasan dulu. Okay okay. Enough pasal kenangan lama. Meh kita masuk ke isi utama.

Kali ini kami bermain di Extreme Park, Ipoh. Tak silap dekat area Tambun. Kalau tak silap lar. Ingatkan kami sampai lewat. Ternyata kami silap berkali-kali. Kami merupakan pasukan paling awal sampai. Solat Maghrib kat sana dulu. Kalau ikut jadual, pukul 9 malam sepatutnya dah start game tapi sebaliknya berlaku. Ini jangan tanya saya sebab apa jadi macam ni. Ini kena tanya pihak penganjur.

Rakan-rakan kelas jugak datang bagi sokongan kepada course saya. Tenkiu tenkiu. Dush dush dush boom boom. haahh. Itu dia bunga api.
Sebelum mula game, meh berkenalan dengan team saya :)

Jeng jeng jeng.


Lihat lihat. Kak Tam sebagai ahli baru sebagai pelengkap kumpulan. Dan Kak Tam pandai bermain. Seyes tak tipu. Mula game ada rsa cuak bagi mereka yang bermain. Yang jadi pemain simpanan dan serta bagi sorakan jugak rasa cuak walaupun tak main. hey. Dah nama pun manusia. Normal bukan untuk rasa macam tu. Macam peribahasa yang nenek tokwan kita dulu-dulu, cubit paha kanan, pahan kiri pun terasa jugak. eerr. Masuk tak maksud peribahasa ni dengan situasi? Kalau tak berapa nak masuk, masuk-masukkan jua lah.

Sejarah ternyata sekali lagi berulang. Ramai jugak kata sejarah adalah sesuatu yang untuk kita jadikan pengajaran terhadap apa yang berlaku masa dulu. Bagi saya, kadang-kadang sejarah ini ada jugak unsur-unsur mengungkit kisah lampau. heehh. Sekali lagi kami terkandas di separuh akhir. Tapi yang bestnya kali ini tak ada perlawanan untuk tentukan sapa dapat tempat ketiga. Hoyeh hoyeh. Itu yang kita mahukan. Hal ini berlaku sebab masa untuk adakan perlawanan dah singkat. Lagi singkat daripada kain sekolah budak-budak sekolah yang sengteng kain bagi singkat sebab bajet nak nampak macam Beyonce dalam video Crazy In Love. Sengteng pi lah macam mana pun kain sekolah tu. Beyonce tetap ada satu saja. Tak ada Beyonce dua atau Beyonce tiga. Enough melalut. Jom kembali ke pangkal jalan.

Tempat ketiga ditentukan mengikut kiraan mata. Kelebihan kami ada pada mata. Bukan maksudnya mata cantik sebab minum Innershine or whatever. Mata perlawanan. Sejak main futsal baru saya tahu macam mana sistem liga. Saya pun mana arif sangat bab bola dan futsal suma ni. Kenal skuad Kenari dengan team The Blues ada lah. eceh. Yang pasti saya bukan penyokong Red devil. Nama tu pun dah alar-alar macam team vampire makan budak jer.



Kami sedang mencari konklusi. eceh. Macam lagu Hujan. Bukan bukan. Sedang mengira mata terkumpul setelah diberitahu yang perlawanan untuk tentukan tempat ketiga tak ada. Ada kecewa bercampur gembira sebab tak ada game tu. Kita mulakan dengan berita sedih. Saya akan menggantikan penjaga gol utama untuk perlawanan tu. Then dapat beritan tak jadi buat. See. Sedih kan? Seterusnya kita akan ke berita gembira. First, saya tak perlu jaga gol dan risau kalau-kalau pipi saya bakal cium kepala lutut lagi. haha. *sekeh hidung atiq bertubi-tubi* Second, kumpulan saya dapat tempat ketiga kalau mingikut kiraan mata. Kalau ada game, jenuh jugak dok pulun nak bagi dapat tempat ketiga.

Suma game futsal abes pukul 1 pagi. Saya memang dah mengantok tak tahu nak cakap macam mana. Walaupun tak dapat main tetap rasa penat.  Tengok mata pun dah tahu yang memang tengah mengantok. Semakin lewat tido, semakin sepet mata, semakin jelas eyebag. Tak caya tengok gambo kat bawah.


Kebenaran yang tak dapat disangkal lagi -_-

Owh ya. Acara penyampai hadiah untuk para pemenang akan diadakan di Multi Purpose Hall (MPH) kolej pada keesokkannya.

Di sini bermula satu kisah menyayat hati.

Bangun pagi macam biasa lah. Dah nama pun bangun pagi. Jagi kena bangun sementara waktu boleh dipanggil pagi. hehe. Saja buat ayat pusing-pusing. Move on. Kami yang duduk di hostel konpius sama ada nak pegi atau tak majlis bagi hadiah untuk karnival sukan. Ada yang tak kisah. Saya? Berbelah bahagi nak pegi atau tak. Kapten futsal yang gorjes (haha) kata dia tak kisah. Kak Mira ada misi penting. Misi nak tukar Ipoh jadi bandaraya dalam taman yang penuh dengan bunga serta burung berkicauan. haha. Maka tinggallah saya, kapten futsal yang gorjes di mana nama beliau tak dapat diberitahu iaitu Ida (haha) serta Ma.

Guling punya guling kat hostel, kami buat keputusan untuk pegi jugak selepas kol pelajar yang incharge untuk pengangkutan pelajar dari hostel. Dia kata lagi setengah jam van akan sampai. Kelam kabut bersiap. Nasib baik saya dah iron baju tudung suma siap-siap. Maka kami bertiga seiring dan sejalan menuju ke jalan yang benar. Tunggu punya tunggu van tak sampai lagi. Sebelum itu van dah datang ke hostel amek student course lain.

Sejam masa berlalu.

Van tak sampai-sampai lagi. Perut pun dah merengek-rengek kelaparan. Belasah makan keropok lekor dan pisang goreng serta ayaq nyok (air kelapa) yang mak cik jual depan hostel. Kesabaran kapten futsal semakin menipis seperti nipisnya lapisan ozon di Bumi. Pelan-pelan dia tukar jadi vampire. Saya dan Ma pun rasa macam nak join jadi vampire jugak.

Dua jam berlalu.

Bukan setakat batang hidung van, bayang van pun tak nampak. Kol abang yang bertanggungjawab datang amek. Guess what? Dia kata dia tak diberitahu pun untuk datang amek kami. WTF. Tiga jam tunggu for nothing. Setakat nak makan keropok lekor dan pisang goreng serta minum ayaq nyok? Tak ada maknanya. majlis bagi hadiah dah start. Tak kira macam mana sekali pun kami kena sampai sebelum giliran team futsal amek hadiah. Kol teksi dan akak sora-best-saya-bajet-dia-cun bagitahu yang teksi akan sampai dalam 20 minit macam tu lah. Kena tunggu lagi. Rasa macam nak menanges guling-guling pun ada jugak.

Teksi sampai saja terus naik dan mintak pak cik drive selaju yang boleh. Pak cik teksi pun drift tidak terperi. Sampai saja kolej terus secepat yang boleh masuk dewan.

Sekali lagi. Izinkan saya menggunakan perkataan seronok disebut tapi buruk maknanya. WTF.

Elok-elok saja kami sampai penyampaian hadiah untuk futsal pun selesai. T______T Sekali lagi rasa macam nak menanges guling-guling. Tinggal nak bagi hadiah untuk boling dan piala pusingan. Kecewa tak terkata tak dapat naik pentas amek pingat. Walaupun begitu, kami suma gembira sebab dapat ini.


Walaupun dapat tempat ketiga, kami sangat gembira. haha. Muka yang tadi jadi vampire dah tukar jadi sangat angelic.






Dan kami seterusnya ke pameran PC. Ada barang nak beli sambil cuci-cuci mata. Tak sangka jejaka Celcom kacak. Tapi sekacak-kacak mereka tetap tak boleh lawan kacaknya pembantu pegawai farmasi kat Langkawi. pergh. HAHAHA. *kapten futsal, aku tau ko nak sagat muka aku kat dinding bila baca ayat ni. haha* Tak cukup cuci mata kat pameran, kami meneruskan pencucian mata di Jusco. Shopping apa yang patut.

Tapi macam besa. No money no shopping.

Sekian, terima kasih.

No comments: