Saturday, April 10, 2010

Head shake

Salam suma.

Rasa macam sebelah otak tertinggal dekat dalam kotak bawah meja study. Sebelah lagi duduk elok dalam kepala. Minggu ni nak kena sumbat segala macam jenis nota dalam kepala. Harap otak tak buat hal lagi. Kang tetiba jadi blur memang haru. Walaupun rupa saja nerd tapi tak semestinya study pun secara nerd. Kalau tengok saya live memang macam nerd. Patut lah tak ada orang nak mengorat masa kat kolej. HAHA.

Minggu-minggu terakhir kelas. Jadi hutang test kena bayar. Tu lar. Sapa suruh tangguh buat test. Walaupun sangat gembira test ditangguhkan, natijahnya bila dekat dengan hari test berlungguk-lungguk jugak kena baca. Itu tak masuk lagi dengan test yang boleh dikatakan ada hampir setiap hari. Kan orang tua dah pesan. Menda yang baik tak elok ditangguh-tangguhkan.

ehem ehem.

Sem ni baru nampak macam saya study bersungguh-sungguh. Sungguh nerd cara saya study. Kalau nak buat idola memang tak boleh sebab ia bukan cara smart study. Nak cara study yang kacak, smart dan cantik kena rujuk cara budak-budak dekan study.Walaupun saya suka makan ikan, tak semestinya saya dekan walaupun harap dapat dekan *sigh* Kalau bab study memang tak payah cakap lah. Berlungguk-lungguk cara orang study.

Yang paling femes adalah study group. Jawapan tipikal kalau bab study. Saya kurang berkenan sangat study group sebab kadang-kadang menambahkan lagi blur. Memang lah bagus sebab ada orang boleh tolong terang. Tapi kalau ada 5 orang nak terang dengan 5 cara yang berbeza untuk terangkan satu menda kat saya, blur daripada tahap satu boleh jadi blur tahap empat. Too many cooks spoil the broth.

Ada jugak yang jenis ilmu penuh di dada. Ini memang spesis manusia kacukan encyclopedia. Terang panjang berjela macam karangan kajang pak malau padahal yang penting ciput saja.  Bagus jugak hasil kacukan ni walaupun jenuh jugak nak paham amenda yang dorang terang.

Bila dah blur, susun nota cantik-cantik atas meja study. Kemudian simpan suma pen dan barang-barang yang perlu disimpan. Masuk bilik...

Selamat malam Malaysia. Sweetdream.

No comments: