Monday, March 29, 2010

For the rest of my life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along

Salam suma.

hhmm. Macam mana ea nak start. Okay okay. Macam ni. Minggu lepas adalah yang terakhir bagi kami. Lepas ini tak tahu entah bila pulak dah tukar Ipoh jadi taman bunga ada rama-rama dengan burung kumbang belalang suma menari dan ketawa riang dbawah pelangi. ceh. Sangat hiperbola.

Tipu lah kalau kata tak sedih. Bersiap seperti biasa (thank you Ida for the dress and the hijab) Tidak ada yang luar biasa. Seperti main tenyeh make up ke pakai shawl ke. Tidak tidak. Masih lagi seperti dulu. Hari itu kena spendtime betol-betol. Tak boleh ada sikit masa yang dibazirkan. Masa itu emas. Time is gold. Senarai barang yang nak dibeli pun dah ada cuma tempat saja yang tak confirm lagi.

Citer How to Train Your Dragon memang best. Sapa-sapa yang tak pi tengok lagi elok lah tarik pi tengok. Saya harap nanti akan ada orang buat movie How to Train Your Girlfriend Not to be too Stuborn. I know I know. Dia mesti sangat gembira kalau movie ini ada. Mesti nak tengok.

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time I`ll be loving you
For the rest of my life
Thru days and night I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I`ll be there for you

Diari satu

Mula-mula pegi survey kasut kat kedai sukan sebab dia nak beli kasut untuk pegi keja. Saya ingat kena pakai kasut skema macam kasut kulit ke dan yang sama jenis dengannya. Tak tahu pulak boleh pakai kasut sukan pegi keja. Sekali tengok macam budak pengakap selalu pakai pun ada jugak. Empat belas kali tengok pun tetap nampak macam budak pengakap pakai. haha. eerr. Maapkan adinda mu ini. hehe.

Masuk-masuk kedai dah nampak kasut idaman kalbu. Dia pun dah suka kasut itu. Suka macam baru dapat cinta pandang pertama. Nasib baik tak pegi peluk cium kasut. haip haip. Tak ada pekdahnya buat macam tu pun. Daripada peluk cium kasut baik bagi macam tu kat saya. kahkahkah. Mengucap Atiq mengucap. Ingat Tuhan. Ingat Tuhan. Sapa-sapa yang dah terbaca ayat tadi cepat istigfar. haha. Walaupun itu merupakan kasut cinta pandang pertama dia, tak beli pun kasut tu. adoi.

Aktiviti seterusnya adalah untuk mencari sebuah bag pack. Alar alar yang macam budak pengakap nak pegi camping. hehe. Selagi lagi adinda menyusun sepuluh jari maap. Maapkan adinda mu ini. *wink wink* Saya pun tak tahu macam mana nak pilih bag pack yang elok. Kalau pilih handbag dekat Vincci dan Carlo Rino saya taw lah. Regular customer dorang kat Jusco. haha. Rasa macam jakun pun ada jugak tengok bag pack yang ada sebab ada banyak saiz. Yelar. Handbag Vincci dengan Carlo Rino mana ada saiz S ke M ke.

Dia pilih beg yang beso. Seyes tak tipu. Memang beso beg tu. Ini nak beli beg isi baju ke nak seludup saya bawak pegi sana? haha. Makin beso beg makin beso lah harganya. Sama harga dengan satu beg kat Vincci dengan sebentuk cincin kat Poh Kong. Seperti kata-kata remaja purba, beso kawah beso lah keraknya. haahh. Tunggu apa lagi. Macam besa, salin peribahsa utnuk hari ini. Beg ini pun sama jugak kes dengan kasut cinta pandnag pertama. Punya lama belek tapi tak beli. haish.

Lepas solat Zohor gerak untuk meneruskan perjalanan misi mencari cinta yang seterusnya.

Diari dua

Makan tengah hari di tempat yang saya selalu makan sebab kat situ ada ais kacang special yang sedap, nasik lauk yang sedap dan buah mempelam muda yang sedap. Sampai saja kat sana, hancur luluh hati jantung suma bila ais kacang spesel tak ada dan nasik serta lauk dah abes. T_______T Sangat kecewa. Dengan ramai pulak masyarakat awam makan kat sana. Makan lah jugak yang lain walaupun tak berapa nak. kalau diikutkan hati, nak saja tengok muka dia sampai saya kenyang walaupun sebenarnya tak kenyang pun kalau tengok. heehh. Yang ada cuma mempelam muda yang sedap. Nasib baik mempelam ada. Kalau tak ada, memang nak bebai baling pinggan mangkuk suma.

Bila dah kenyang baru boleh pegi sambung misi mencari cinta yang berenti sebentar untuk makan. Kami oun manusia jugak. Ada rasa lapo.

Diari tiga

Sampai saja kat Ipoh Parade, mata saya mula jadi liar bila tengok perfume. Bila tengok perfume Dior lagi jadi liar dan galak macam burung hantu sakit mata. hehe. Better mata liar tengok perfume daripada tengok jejaka kacak lain yang ada kat sana. eleh. Yang ada sebelah saya pun kacak jugak. Lagi kacak daripada yang ada dekat sana dan lagi kacak daripada perfume Dior. So mata liar tengok dia saja. haha. aiseh. Macam dah lari topik. Meh sini meh kembali ke pangkal jalan.

Ada apa entah kat Ipoh Parade. Macam ada pertandingan menari. Dah terpaku terpana kejap tengok dorang menari alar-alar Wondergirls menari padahal tak best pun. Disebabkan masa itu emas dan time is gold, kami pegi Al-Ikhsan cari kasut keja dia. Memang benar kata pujangga cinta. Cinta pandang pertama memang susah nak dilupakan. Kasut kat Al-Ikhsan pun tak dapat menggoda dia. Saya pulak tergoda-goda dengan kasut futsal kaler pink kat sana (eceh) Macam tu jugak kedai kasut yang lain. Tak kena dengan taste dia (kasut ada rasa ke manis masam masin ke?)

Kemudian pegi cari bag pack. Sekali lagi, cinta pandang kedua jugak sukar dia lupakan. eerr. Ini kata-kata saya. Orang tua tak cakap pun macam ni. Bag pack kat sini pun tak berjaya menggoda dia. Kuat betol iman dia. hehe. Macam biasa, saya tergoda-goda tengok bagasi cantik kat situ. haha.

Next, pegi cari souvenir untuk dia bawak pegi sana. Tak ada yang best. Saya kecewa dengan Ipoh Parade. disebabkan kecewa, kami pegi bawak diri yang lara kembali ke tempat dia jumpa kasut cinta pandang pertama dan bag pack cinta pandang kedua.

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my future and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along

Diari empat

Sampai saja di Jusco (jusco lagi. haih. pasrah jelar. ini jer yang ada kat sini) terus pegi mendapatkan cinta pandang pertama dan kedua dia. Phew. Lengkap sudah misi mencari cinta. Punya lah berbelit. Saya jugak dah dapatkan souvenir untuk dia. ehem ehem.

Now the time has come.

Diari lima

Perut dah merengek-rengek lapo. Saya ada bagitau dia yang saya dah lama tak makan satay dan teringin nak makan satay. Dan keinginan saya dipenuhi. weehuu ~ Kami makan di Satay Kajang. Saya makan sikit saja (macam tipu jer kalau saya makan sikit) sebab banyak ruang dah diisi masa tengok dia makan. haha. Tak bleh blah. Sapa-sapa yang agak-agak dah dapat simptom nausea baik pegi toilet tak pun standby beg plastik.

On the way balik, hujan turun secara romantiknya. Saya pun rasa macam nak hujan jugak tapi masih dapat kaver cun lagi. Sampai saja dekat hostel, cun ke mana macho suma ke mana. Ipoh hujan, saya pun hujan gak. Sayu saja. Dia ada bagi hadiah untuk saya. weehuu ~ hehe. Hensem sungguh hadiah tu. Daripada saya sedang berhujan-hujanan terus muncul stop hujan dan berhoyeh-hoyeh sebab dapat hadiah. Seperti biasa, saya akan tunggu sehingga dia selamat sampai rumah dengan selamat.

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

1 comment:

tagskie said...

hi.. just dropping by here... have a nice day! http://kantahanan.blogspot.com/