Tuesday, March 23, 2010

Dear, dont be sad :)

Salam suma.

Waktu yang sangat heaven untuk online adalah di waktu pagi. Speed line sangat laju. Lagi laju dari bullet. Subuh merupakan waktu feveret saya untuk online sebab game loading dengan penuh semangat dan laju. Macam biasa, akan online di facebook dulu.

Peristiwa satu

Saya dapat satu mesej daripada kawan baik saya di Facebook.

Setelah membaca dan paham isi kandungan mesej, saya rasa sangat sedih sebab kawan baik saya rasa sedih. Cubit paha kiri paha kanan pun terasa jugak. Macam tu lah peribahasa untuk hari ini. Apa yang kawan baik saya rasa, saya jugak turut rasa walaupun masing-masing duduk jauh dan jarang saling menghubungi.

Apa yang saya boleh katakan kepadanya adalah dengan memberi kata-kata semangat kepadanya. Kalau saya berada di tempatnya, saya pun akan rasa apa yang dia rasa. Rezeki ada di mana-mana. Selagi kita berusaha, InsyaAllah kita akan berjaya untuk mencapai apa yang kita ingini. Tak semestinya apa yang kita mahu adalah yang terbaik untuk kita. Dan selalunya kita akan dapat yang bertentangan dengan kehendak kita kerana itu adalah yang terbaik untuk kita. Mungkin sekarang kita tak nampak hikmah di sebalik apa yang berlaku tetapi kita akan dapat nampak hikmah suma yang terjadi pada suatu hari nanti.

Cuba berpikir dari sudut positif. Berdasarkan apa yang saya penah lalui, Dia tidak memberi sesuatu yang saya terlalu inginkan tetapi menggantikan keinginan saya memberi sesuatu yang sangat-sangat tidak ternilai harganya kepada saya. Dan saya sangat bersyukur dengan nikmat yang diberikan kerana saya tahu suma ini ada hikmah disebaliknya.

So dear, dont be sad  :)

Peristiwa kedua

Seminggu sebelum pertandingan bahas saya dapat tahu yang dia telah dapat tukar ke negeri Kedah tapi tidak tahu posting daerah mana. Fine. Saya pun risau takut dia tak dapat tempat yang dia nak.

Pada pagi pertandingan bahas, dia dan ayahnya pegi JKN untuk nak tahu posting kat daerah mana. Dan instinct dia betul-betul terjadi. Instinct saya lagi lah tersasar jauh. Sipi pun tak kena. Dia tak dapat posting kat daerah yang dia nak T_____T  Saya yang mood tengah swing roller coaster dengan bahas bertambah swing merry go round bila dapat dapat berita tu. Maka swing roller coaster telah bergabung dengan swing merry go round dan terhasillah swing supersaiya kuasa empat belas.

Dia mintak penangguhan sebab tempat posting jauh (memang jauh. tempat gunung daik bercabang tiga. kalau dayung sampan atau rakit nak pegi sana. empat hari empat malam tak sampai lagi) dan dia tak abes pack barang lagi. Saya masa tu letak tepi-tepi pasal bahas. Pegi main jauh-jauh. Shuuh shuuh. Him first, bahas kemudian. Saya sendiri tak boleh bayang macam mana keadaan dia di sana nanti. Macam mana tempat tinggal, makanan, transport dan lain-lain lagi. Yang pasti, naluri seorang perempuan tetap ada kerisauan yang bagi lelaki kerisauan itu lebih kepada mengada-ngada dan kerisauan yang sangat tipikal bagi perempuan tapi itu lah yang bakal terjadi. Lambat atau cepat. Dan saya harap ia tidak terjadi. Amiin.

Mungkin ini dugaan pertama yang perlu saya tempuh walaupun agak masin. aik. Masin? Yelar. Air laut kan masin. Kalau selalu amek yang masin-masin takut kena darah tinggi pulak. Oleh itu, jaga makan. Aiseh. Terlari topik. Meh reverse balik meh.

So Atiq, dont be sad :)

Kesimpulannya,
  • cuba nikmati hidup walaupun kadang-kadang tak indah. Macam hari-hari kita makan makanan. Ada hari lauk rasa sedap, ada hari lauk rasa tak sedap. Orang yang memasak pun manusia biasa. Mungkin dia letih sampai tak tak bersemangat nak masak lauk. Tu yang rasa tawar.
  • seboleh-bolehnya kurangkan komplen. Contohnya saya tak boleh hidup tanpa aircond (tak ada kena mengena dengan sapa-sapa. kalau ada kena batang hidung sendiri adalah satu kebetulan dan bukan saya. saya masih lagi hidup tanpa aircond sebab saya tak boleh hidup tanpa oksigen, makanan dan air) Ia lebih kepada manja tak kena tempat. eh. Macam tak ada kena mengena dengan entry je. Takpa takpa. Belasah jer.
  • remaja purba penah kata, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Jangan lah pulak dok asyik mengembek dan menguak sampai diri sendiri jadi macam kambing dengan kerbau.
Masing-masing dah beso. Boleh berpikir yang mana terbaik untuk diri sendiri.

No comments: