Monday, March 22, 2010

Bukan dengan kerelaan hati

Salam suma.

 
Ingat lepas abes blaja nak tukar kerjaya. Nak apply jadi bidan. Tak mahu jadi juruxray. Membuat sesuatu yang lari daripada bidang yang dipelajari bukan lah perkara luar biasa. Normal lah kalau cita-cita nak jadi angkasawan, blaja perakaunan kat sekolah, apply masuk universiti course engineering, dapat course radiografi dan bila kerja jadi cikgu. Normal bukan? Dah nama pun kehidupan ini ibarat roda. Kejap di atas kejap di bawah. Owh lupa pulak. Jangan risau. Ini kisah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada walaupun ada sikit-sikit tempias kena kat diri sendiri T__T Yang lain-lain kalau ada terkena batang hidung sendiri jangan terasa yer.

 
Jadi bidan terjun memang memenatkan. No no no. Bukan bermaksud bidan yang pegi terjun mana-mana air terjun or apa-apa. Ini simpulan bahasa yer adik-adik. Sila catat dalam buku nota sehari satu simpulan bahasa. Nak tahu maksud, pegi bukak kamus simpulan bahasa. Jangan malas. Orang malas selalu rugi. Saya pun tak terlepas daripada menjawat jawatan bidan terjun.

 
Kisahnya begini.

 
Ini untuk minggu bahasa yang dianjurkan oleh course lain di kolej saya. Dan aktiviti yang sangat tipikal bila ada minggu bahasa adalah mesti ada pertandingan bahas. Setiap course mesti atau lebih tepat WAJIB (tengok warna tulisan pun dah tau maksud) Saya pun dah imun dan lali dengan ayat ugutan "penyertaan adalah diwajibkan. kalau tak hantar wakil balik nanti ada baldi air jatuh atas kepala" Saya harap pihak pengajur boleh menggunakan taktik dan cara lain untuk menarik minat student seperti kalau masuk bertanding dapat tiket percuma pegi Genting Highlands selama seminggu di mana semua perbelanjaan ditanggung. Kalau bagi nama saja dapat tiket jer tapi makan sendiri-sendiri bayar. Kan best kalau buat macam tuh. Jadi bidan terjun 14 kali pun saya sanggup.

 
Dan sangat tipikal jugak masing-masing tak mahu masuk bahas (termasuk saya) walaupun dalam kelas ada ramai yang sangat petah berkata-kata (bukan saya). *sigh* Hairan jugak kenapa yang sangat berbakat dan pandai bercakap tak mahu serlahkan bakat dengan masuk bahas. Hingga ke saat kecederaan untuk bagi nama dekat peganjur masih tak ada yang nak bagi nama walaupun ada yang bakat terpendam tu tak payah susah-susah dicungkil memang sah-sah dah nampak. Pensyarah pun dah start tanya sapa wakil. Masih jugak tak ada yang tampil bagi nama. Sehingga lah satu hari.

 
Selepas presentation iaitu kumpulan saya dan sebelum kelas abes serta cakap bye bye kat kawan masing-masing (sambil buat gaya dan muka comel) padahal lagi 5 minit nak jumpa lagi, pensyarah buat kenyataan maut. Lebih kurang macam ni ayat beliau;

 
"yang tadi tu boleh masuk bahas. haahh. yang lagi seorang tu pun boleh jugak"

 
Dan ia ditujukan kepada saya dan rakan saya. Macam kena panahan cinta pandang pertama ayat tu. Cuma panahan ini ada bisa yang boleh menghiris jiwa raga. Saya anggap ia cuma ayat kenyataan biasa. Ternyataan anggapan adalah salah bukannya sama sekali. Salah berkali-kali. Kelas seterusnya nama-nama yang menyertai bahas diumumkan. Guess what? Saya jugak tercalon. cis. Ada jugak yang cepat bertindak. On the spot cari pengganti. Dah tu dapat pulak pengganti. Argh. Memang tertekan. Malas nak pikir. Pack barang balik kampung jumpa mak ayah lagi bagus. Cuti dinikmati dengan sepenuhnya tanpa mempedulikan pertandingan bahas.

 
Balik hostel yakni hari Ahad (isnin dah nak kena pegi kelas. malasnya) Ida tanya sama ada saya dah buat belum persediaan untuk pertandingan bahas. Saya dengan selamba ya ya jawab tak buat pun. Sekali lagi saya dipanah panahan cinta pandang kedua. Sama jugak rasa pedih macam panahan cinta pandang pertama. Keesokkannya kumpulan bahas saya bertanding. What the fish? Tak lama kemudian rakan saya telefon bagi tajuk bahas.

 
Keesokkannya kelas tak ada. Nasib baik sedar diri masuk bahas. Kalau tak dah lama pegi berpoya-poya tengok movie from Paris with Love untuk ke berapa kali ntah. Buat apa yang patut untuk bahas walaupun tak tahu nak buat apa sebenarnya. Ini merupakan kali pertama saya masuk bahas. Mind you; KALI PERTAMA. Saya tak tahu apa-apa pasal bahas. See. Nampak tak bagaimana saya bertukar jadi bidan terjun. Nasib baik jadi bidan terjun. Kalau jadi raksasa buat onar di kolej lagi haru. Pertandingan bermula petang dan lawan kami adalah student medic yang tahu bahas dan sangat pandai berbahas. I admit it.

 
Kalau boleh saya nak cepat mula supaya cepat abes dan cepat balik. Pertandingan dimulakan dan saya merupakan menteri pertama selaku daripada pihak pembangkang. Rasa nak gugur jantung hati bila giliran saya sampai. Macam kena panahan cinta pandang ketiga. Dalam kumpulan saya, saya seorang saja tak ada langsung pengalaman berbahas. Dua orang lagi pernah menyertai bahas bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. T____T Yang mana nak menanges baca ayat kenyataan saya sila pegi amek tisu lap air mata hingus suma. Bila mula bercakap saya goreng isi dan ayat apa yang boleh digoreng. Rakan saya, Zainal merupakan penyeri pertandingan dengan peribahasa dia yang comel (main belasah jer letak comel. tak tahu nak kabor macam mana) Kami boleh gelak sakan dengar. Mana ada pertandingan bahas orang gelak-gelak. aik. Kata tadi tak tahu pasal bahas. Ni macam mana boleh tahu tak ada orang gelak masa bertanding? eerr. Takpa takpa. Kita tinggalkan dulu sementara misteri tu.

 
Selesai pertandingan, keputusan diumumkan. Pemenangnya sudah semestinya ..... student medic. haha. Saya pun tak yakin sangat yang kumpulan saya menang sebab kami tahu bagaimana persediaan kami. Tahniah buat pemenang!

 
Phew.

 
Balik hostel tersadai tepi dinding lambang penat bercakap tadi. haha. Dan dapat tahu mereka yang lain pegi tengok movie From Paris with Love. heehh. Dah kena tinggal T____T

 

 
 
Tidak ada kena mengena dengan bahas
 
Setelah semua badai berlalu apa yang boleh saya katakan adalah :
  • walaupun terpaksa jadi bidan terjun, sekurang-kurang mendapat pengalaman yang selama ini atau tak semua orang dapat walaupun sebelum tu mood memang swing abes. Naik roller coaster mahupun makan keropok roller coaster pun tak swing macam saya. Same as he said to me. Thanks sebab dengar luahan rasa hati yang lara.
  • kadang-kadang kita terpaksa berkorban demi kesenangan orang lain di mana kadang-kadang ia sedikit menyusahkan diri sendiri.  Itu dinamakan pengorbanan. eerr. Bukan dah bagi tahu awal-awal?
  • senior saya penah cakap, "sebelum korang bagi patient minum barium, korang sendiri patut minum dulu. rasa macam mana dan apa yang patient rasa bila dia minum". For my situation, sebelum mintak orang lain buat sesuatu, apa kata kalau diri sendiri cuba dulu. Baru thrill. Kata rockers.
  • saya tak suka kena paksa. Suma orang tak suka. Mintak elok-elok tak boleh ke?

Dah abes satu kerja. Lepas ni sapa ada lagi buat kerja macam ni memang rasa macam nak sumpah orang tu jadi kucing.

No comments: