Monday, March 08, 2010

Kejor yop kejor

Salam suma.

Sebagai seorang perantau yang hidup di kota metropolitan Ipoh yang sangat hebat memang tak boleh lari daripada sukan. Sapa kata budak medical tak mahu bersukan? Meh sini nak siku kepala bertalu-talu. Walaupun setiap hari jumpa patient, kami jugak ingin berjumpa dengan bola sekali sekala. Kami berharap bola jugak mahu berjumpa dengan kami walaupun bakal disepak dengan rakus. hehe.

Pada satu malam yang dingin getaran asmaraaaaa, bulan dan bintang jadi saksi untuk pertama kalinya saya bermain futsal. Ulang taip. Kali pertama okay. Nampaknya saya tak keseorangan sebab my girlfriends pun tak tahu dan tak pernah main futsal. hoyeh hoyeh. Ada geng ada geng.



Memang mencabar kewanitaan bila bermain futsal. Phew. Berguguran peluh remaja saya. Ini kan kali pertama saya bermain sukan. Maksudnya? eerr. Tidak membawa apa-apa maksud yang nyata. haha. Mana tahu bermula dari malam tersebut saya menjadi semakin handal bermain futsal. Dan dari futsal saya dapat bermain bola sepak. Mungkin setaraf dengan Drogba. Siapa tahu. Mungkin ini bakat terpendam yang lama duduk diam tanpa menyerlahkan dirinya. Biasa lah. Bukan manusia saja yang pemalu. Bakat pun pemalu jugak. Enough. Mari kita semua kembali ke pangkal jalan.

Owh ya. Terima kasih kepada Drogba serta Fabregas yang sudi mengajar kami budak-budak baru blaja kalau salah tolong jolokkan dengan penuh kesabaran. hehe. Berfutsal di gelanggang yang sangat comel sangat memenatkan. Kecik-kecik cili padi. Perut dah merengek-rengek mintak makan. Padahal tak tahu nak makan apa. Maka, kami membelasah makan di kedai nasik kandar Nasmir. Dah lupa kat area mana.



Sekali main saja tak cukup. Sehari sebelum game ada lagi sesi latihan (eceh) Kali ini kedudukan masing-masing dalam pasukan telah ditentukan. Saya memegang posisi penjaga gol kedua. Hey. Walaupun penjaga gol, jangan perlekehkan kedudukan ini. Walaupun kemungkinan ada suara-suara sumbang mengatakan saya dan tiang gol macam kembar serasi bersama, tak mengapa. Saya tak marah. Saya redha. Tuhan sayang dengan orang yang bersabar dan redha. hehe. Kalau diikutkan hati meh sini nak sumbat bola futsal dalam hidung sapa yang berani cakap macam tu. haha.

Walaupun bersukan, sila jangan abaikan perut sendiri. Ingat. Kalau perut merajuk memang anda akan binasa di kemudian hari. Macam besa, dah nama pun perut baby. Tak boleh tahan lapar. Lepas abes training pergi makan di restauran nasik ayam. Aiseh. Lupa lagi nama restauran. Ini mesti efek kena smash dengan bola tadi. Kedai ini terletak berhampiran dengan Pizza Hut yang jugak tak jauh dari Hospital Ipoh. Sedap jugak nasik ayam kat restauran ni. Belasah makan nasik lambang lapar tidak terperi. Sayang sayangkan perut isikan jua.



Menu yang selalu diode dan direkemen di sini adalah nasik ayam panggang dan nasik ayam Hainan (kalau tak salah saya. correct me if i'm wrong) Tambah pulak dengan air sirap biji selasih. Memang terasa betol diri macam vampire. Eh. Vampire main futsal ke? haha.



Nampaknya ada vampire yang sudah kekenyangan. Boleh nampak menu dekat situ. Sangat yummy.

 
Lokasi : My Futsal, jalan Kampar, Ipoh
Tarikh : 6 Mac 2010
Masa : 8.30 pagi - 2.30 petang


Keesokkannya memang bangun awal. Ini merupakan salah satu kemajuan bangun awal di hujung minggu dalam erti kata waktu boleh dipanggil pagi lagi. Semangat kesukanan memang tidak boleh disangkal lagi. Berkobar-kobar nak pegi tangkap bola. Walaupun tak minum air Milo dan makan biskut Tiger, semangat tetap berkobar-kobar. Kalau makan dan minum saya sendiri tak boleh bayang macam mana masa tu. Ntah-ntah dah jadi supersaiya. Kalau tangkap bola sure bola futsal jadi bola api. Pergh.

Ingatkan kami budak perempuan yang duduk hostel sampai paling lambat. Rupa-rupanya ada lagi lambat. Tuan empunya tempat futsal sampai lagi lambat. Maka tersadai lah kami di tepian jalan seperti kerang di tepi jeti. Tak caya. Meh nak tunjuk bukti.


See? Sila percaya. Walaupun membawa muka pagi yang jelas terpancar pada mata sepet bak bulan kena sabit berbanding dengan rakan yang mata bulat bak bulan mengambang, itu tak menjadi masalah. Dalam setengah jam jugak kena sidai muka tepi jalan. Bersepah-sepah budak course saya. Sekali masyarakat awam tengok macam budak-budak sekolah nak merentas desa pun ada jugak. Pekdahnya nak merentas desa tengah-tengah town Ipoh? Owh ya. Perlawanan ini disertai bukan saja pelajar radiografi tetapi pengajar, pensyarah serta staf kolej. Pengajar versus student. Senior versus junior.



picture credit to Miss Farah Ayuni

Perlawanan dimulakan lepas suma breakfast dulu. Team saya agak lewat mula perlawanan. Tapi tak mengapa. Semangat tak pernah luntur. And guess wat? Kami berjaya untuk ke separuh akhir. Hoyeh hoyeh. Sila tepuk. Sila tepuk. Tapi rezeki kami di separuh akhir untuk menentukan sapa dapat tempat ketiga dan keempat. Kalau mengikut kiraan mata (perlawanan dalam bentuk liga) team saya mendapat tempat ketiga. Tetapi atas permintaan yang inginkan perlawanan diadakan, kami pun main lah jugak walaupun masing-masing dah maleh benor nak main.

Ketika ini terjadinya satu tragedi.

Semasa perlawanan terakhir ini, saya pulak masuk gelanggang jadi penjaga gol. Boleh tahan jugak pihak lawan main. Kalau tak, tak adanya saya jadi superman buat stunt depan gol masa tangkap bola. heehh. Maka, nak dijadikan cerita, pipi saya telah selamat cium kepala lutut seorang pemain pihak lawan. Tuhan saya yang tahu betapa sakitnya kena smash dengan kepala lutut T_____T Nasib baik pipi tembam macam karipap daging. Kalau tak, rasa boleh retak tulang pipi (saya agak saja) Tak pun, pipi saya luruh di tempat kejadian. Dan nasib baik jugak lah muka saya tak bengkak. Tak pasal-pasal daripada karipap daging tukar jadi pipi pau daging.

Natijahnya team saya dapat tempat keempat. Nak nanges pelan-pelan tepi tiang gol jap T______T

Sebagai penutup perlawanan, mesti lah ada penyampai hadiah. Sapa yang dapat tempat keempat pun boleh dapat hadiah jugak. hehe.




Wakil team saya. Kalau ada hadiah untuk kumpulan sorak paling cemerlang, confirm team saya menang.
picture credit to Miss Farah Ayuni


Mereka jugak juara. Tapi dapat tempat keberapa saya tak ingat. hehe.
picture credit to Miss farah Ayuni

Dan sebelum berpisah.

jeng jeng jeng :)

 
picture credit to Hanif

Balik rumah jangan lupa mandi,
Bila mandi jangan mandi lama-lama;
Tahun depan boleh main lagi,
Majulah sukan untuk negara.

No comments: