Sunday, February 07, 2010

internet @#$%^&*

Assalamulaikum :)

Apa khabar suma? Bagaimana dengan kesihatan anda? Kalau suma dalam keadaan baik, bagus. Ayat introduction yang macam caring dan friendly. Muka memang manis abes macam gula lapan tan tuang dalam cawan kecik. Ini kalau orang tengok pun dah boleh kena serang diabetes.Macam orang kata. Manis sangat tak bagus untuk kesihatan. Luar memang manis. Sweetnya. Sweet sangat-sangat. Dalam hati berapi-api macam bola-bola api dragon ball yang dalam gunung berapi.

Tengah panas sekarang. Kipas macam tak berfungsi saja. Rasa macam nak pegi ganti dengan kipas kapal terbang supersonik letak kat sini bagi sejuk sikit.

Amenda yang bagi saya panas sangat?

Sebagai pengguna tegar internet, kelajuan internet adalah sangat penting sebagai mana pentingnya berapa bulan nak kena bayar untuk internet. Lately, kelajuan semakin lembab. Sangat lembab. Kajol dengan Shah Rukh Khan guling kat padang pun lagi laju. Pegi check modem kot-kot ada masalah. Tak ada pulak. Kemain galak lagi laju kat laptop akak tu.

Balik hostel dengan penuh sinar harapan line kembali normal. Dengan lafaz Bismillah, connect internet.

hehe *evil grin*

Ada jugak broadband nak kena masak gulai tempoyak jap lagi. Agak-agak tak sempat masak terus telan masuk dalam perut. hehe *more evil grin*

Line still slow even though masa Subuh. Bayangkan betapa lembabnya line internet. Selalunya masa Subuh lah masa paling heaven nak online sebab majoriti tak bangun tido dan tak guna internet lagi tapi saya dah bangun dan wangi semata-mata nak online. ggrr.

Apa tak cukup wangi ke saya walaupun dah pakai perfume Dior Addict yang entah zaman bila nak abes? (nak ganti dengan elizabeth arden pulak. hehe)
Tak cukup comel ke saya walaupun dah pakai bedak yang jugak entah zaman bila nak abes?
Tak cukup ayu ke saya walaupun dah pakai baju kurung?

Bukan kali pertama masalah ini terjadi. Sudah banyak kali. Bila internet buat hal, mood saya mula jadi swing. Bertambah lagi swing bila memikirkan pokok-pokok yang ditanam tak dituai. Haiwan ternakan yang tak diberi makan. Bahan-bahan masakan yang saya dah terlepas dalam seminggu. Kuiz masakan yang saya tak jawab. eerr. Okay okay. Kalau anda peminat game Country Story dan Restaurant City di Facebook anda faham perasaan saya T____T

Sekarang sangat kecewa dengan speed internet yang lembab macam siput T________T

No comments: